Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.song] | کوسوڠ

Definisi : 1 tidak berisi apa-apa: botol ~; gelas ~. 2 nombor O; sifar: Utk memanggil operator telefon, dail nombor ~. 3 tidak ada orang yg mendiaminya; tidak bertulis apa-apa; belum ada orang yg memegangnya (menyandangnya): rumah ~; kertas ~; jawatan (kerja) ~. mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada orang yg mendudukinya, menyandangnya dll): Beliau telah mengisi jawatan pengurus yg telah dikosongkan oleh rakannya itu. kekosongan keadaan kosong. pengosongan perihal atau perbuatan mengosongkan: ~ bilik itu adalah utk membolehkan kerja-kerja baik pulih dilakukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ko.song] | کوسوڠ

Definisi : 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan­-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada yg mendudukinya, memegangnya, me­ngisinya, dll): Malaysia telah dilantik menjadi anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tempat yg dikosongkan oleh Czechoslovakia; Puan Curie telah ditawarkan jawatan profesor yg telah dikosongkan oleh suaminya itu; kekosongan 1. perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yg tertentu), keadaan tidak ada yg menjawatnya (mengisinya dsb): pengambilan pekerja-pekerja baru utk memenuhi ~ beberapa jawatan; ~ iman ketiada­an iman; 2. kehampaan: dia terasa ~ sekarang di dlm jiwanya kerana kehilangan orang yg sangat dikasihinya; pengosongan perihal atau perbuatan mengo­songkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kosong (adjektif)
1. Dalam konteks bekas
bersinonim dengan tidak berisi
Berantonim dengan penuh

2. Dalam konteks angka
bersinonim dengan sifar, nol, nihil,

3. Dalam konteks ruang
bersinonim dengan tidak didiami, tidak dihuni, sunyi, sepi, lengang, hana,

4. Bersinonim dengan sambang: hampa, keropok, keropong, geroheng,
Berantonim dengan bernas

5. Bersinonim dengan hampagas: vakum

6. Bersinonim dengan berongga: lompang
Berantonim dengan padat

7. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hampa, kecewa, sia-sia, tidak bermakna,

Kata Terbitan : mengosongkan, kekosongan, pengosongan,

Puisi
 

Kalau ada kereta api,
     Pergi ke Panggor membeli benang;
Sudah suka hati,
     Perut kosong menjadi kenyang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Perut kosong,
     dibuat gulai.

Bermaksud :

Keinginan timbul bila dalam kekurangan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Majalah

Dewan Budaya » 2017 » June
melekat dalam benak fikiran penulis ini. Pada ketika itu, pelbagai persoalan timbul – apa puncanya? siapa? bagaimana? kenapa? – sehingga penulis ini tidak menyedari bahawa terdapat satu petak tempat letak kereta yang kosong dan telah “dicuri” oleh kenderaan lain. Setelah hampir sejam mencari tempat letak kereta, perancangan awal penulis ini untuk mengeluarkan peluh di taman ternyata tidak berjaya dan telah bertukar kepada mengeluarkan dan waktu berbuka puasa.  Lazimnya pengunjung kelab itu datang secara berkumpulan, baik dengan keluarga, sahabat handai mahupun rakan sepejabat.  Jarang-jarang pengunjung kelab datang berseorangan. Meja makan dipenuhi sajian.  Ruang kosong sukar untuk dicari.  Barangkali semakin besar meja, semakin banyaklah sajiannya.  Hidangan disajikan secara bufet  di tempat khusus.  Barangkali sajian memenuhi meja makan kerana pengunjung kelab itu tidak mahu berulang-alik
Dewan Budaya » 2014 » August
Melayu, Cina dan India serta warga asing – memenuhi setiap meja di dalam kedai itu tanpa mengira hawa yang kurang nyaman itu. Tidak ketinggalan juga pengunjung yang tercegat, cuba mencari meja kosong walaupun mengetahui keadaan yang tidak begitu selesa di dalam kedai itu. Tauke pemilik kedai – berdiri di belakang kaunter bayaran – sibuk melayan pelanggan yang membuat bayaran selepas menikmati hidangan. Si penjual pelbagai kaum; tidak ketinggalan juga warga asing. Ada masanya mereka berkongsi meja walaupun tidak mengenali antara satu sama lain – kadangkala “terpaksa” berbual-bual untuk mewujudkan kemesraan – kerana tiada meja yang kosong. Secara tidak langsung, restoran itu menjadi mangkin pembinaan hubungan muhibah masyarakat negara ini. Secara realitinya, selepas 57 tahun merasai nikmat kemerdekaan, hasrat untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini
Dewan Budaya » Nota Editor
dan waktu berbuka puasa.  Lazimnya pengunjung kelab itu datang secara berkumpulan, baik dengan keluarga, sahabat handai mahupun rakan sepejabat.  Jarang-jarang pengunjung kelab datang berseorangan. Meja makan dipenuhi sajian.  Ruang kosong sukar untuk dicari.  Barangkali semakin besar meja, semakin banyaklah sajiannya.  Hidangan disajikan secara bufet  di tempat khusus.  Barangkali sajian memenuhi meja makan kerana pengunjung kelab itu tidak mahu berulang-alik

Kembali ke atas