Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.song] | کوسوڠ

Definisi : 1 tidak berisi apa-apa: botol ~; gelas ~. 2 nombor O; sifar: Utk memanggil operator telefon, dail nombor ~. 3 tidak ada orang yg mendiaminya; tidak bertulis apa-apa; belum ada orang yg memegangnya (menyandangnya): rumah ~; kertas ~; jawatan (kerja) ~. mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada orang yg mendudukinya, menyandangnya dll): Beliau telah mengisi jawatan pengurus yg telah dikosongkan oleh rakannya itu. kekosongan keadaan kosong. pengosongan perihal atau perbuatan mengosongkan: ~ bilik itu adalah utk membolehkan kerja-kerja baik pulih dilakukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ko.song] | کوسوڠ

Definisi : 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan­-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada yg mendudukinya, memegangnya, me­ngisinya, dll): Malaysia telah dilantik menjadi anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tempat yg dikosongkan oleh Czechoslovakia; Puan Curie telah ditawarkan jawatan profesor yg telah dikosongkan oleh suaminya itu; kekosongan 1. perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yg tertentu), keadaan tidak ada yg menjawatnya (mengisinya dsb): pengambilan pekerja-pekerja baru utk memenuhi ~ beberapa jawatan; ~ iman ketiada­an iman; 2. kehampaan: dia terasa ~ sekarang di dlm jiwanya kerana kehilangan orang yg sangat dikasihinya; pengosongan perihal atau perbuatan mengo­songkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kosong (adjektif)
1. Dalam konteks bekas
bersinonim dengan tidak berisi
Berantonim dengan penuh

2. Dalam konteks angka
bersinonim dengan sifar, nol, nihil,

3. Dalam konteks ruang
bersinonim dengan tidak didiami, tidak dihuni, sunyi, sepi, lengang, hana,

4. Bersinonim dengan sambang: hampa, keropok, keropong, geroheng,
Berantonim dengan bernas

5. Bersinonim dengan hampagas: vakum

6. Bersinonim dengan berongga: lompang
Berantonim dengan padat

7. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hampa, kecewa, sia-sia, tidak bermakna,

Kata Terbitan : mengosongkan, kekosongan, pengosongan,

Puisi
 

Kalau ada kereta api,
     Pergi ke Panggor membeli benang;
Sudah suka hati,
     Perut kosong menjadi kenyang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Perut kosong,
     dibuat gulai.

Bermaksud :

Keinginan timbul bila dalam kekurangan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blind embossing (printing)cetak timbul kosong; terap timbul kosongGeografiTiadaTiada
blank pipepaip kosongKejuruteraanPetroleumSebarang paip yang keadaannya seperti dalam keadaan asal, iaitu tidak mengalami proses pene- bukan sehinggakan paip berkenaan tidak mengandungi lubang tebukan. Biasanya dirujukkan kepada selongsong, dan kadang kala dikenali juga sebagai selongsong kosong. Rujuk : selongsong kosong.
love allkosong samaSukanTiadaKiraan mata kosong bagi kedua-dua pihak apabila sesuatu permainan bermula.
sac videskarung kosongPentadbiran PerniagaanTiadaKarung yang mengandungi karung-karung kosong untuk dihantar ke pejabat asal.
vacant site molemol tapak kosongKejuruteraanKejuruteraan KimiaJumlah kepekatan molar tapak kosong per unit berat mangkin dibahagi dengan nombor Avogadro.
outage gaugetolok kosongKejuruteraanTiadaKaedah mengukur isi padu cecair di dalam tangki berdasarkan ukuran kosong.
running into spacegerak ke ruang kosongSukanTiadaPerihal pemain sepasukan yang bergerak ke ruang kosong untuk menerima bola.
zero-based budgetbelanjawan dasar kosongPentadbiranPentadbiran Awam

Belanjawan ini diperkenalkan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter. Ia berorientasikan keutamaan program dan diaplikasikan dengan meluas sekitar tahun 1976-1980. Belanjawan Dasar Kosong merupakan peruntukan sumber kepada agensi-agensi kerajaan yang berdasarkan penilaian semula keperluan semua program dalam satu-satu agensi. Setiap agensi perlu menyemak semula program sama ada program tersebut perlu diteruskan atau dihentikan semasa membuat cadangan belanjawan. Penyemakan ini adalah daripada atas ke bawah dan oleh itu dikenali sebagai zero-based. Dasar kosong bererti menghapuskan pembaziran yang meningkat ke atas program yang ketinggalan zaman dalam belanjawan kerajaan. Belanjawan ini memaksa setiap agensi membuat justifikasi ke atas setiap sen yang dipohon.

empty chair techniqueteknik kerusi kosongPsikologiPsikologi UmumPendekatan dalam terapi Gestalt yang mengutamakan kesedaran mengenai perasaan klien. Dalam teknik ini, kerusi kosong diletakkan berdekatan dengan klien supaya dia dapat melahirkan perasaannya dengan membayangkan seseorang berada di atas kerusi tersebut yang akan mendengar segala rintihannya. Klien dalam terapi ini akan berasa lebih selamat kerana mencurahkan perasaan kepada individu dalam bayangannya yang tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat kepadanya.
blank casingselongsong kosongKejuruteraanPetroleumSelongsong yang berada seolah-olah dalam keadaan asal, yakni tidak mengandungi atau tidak terdapat lubang tebukan. Kadangkala ia dikenali juga sebagai paip kosong.
12345678910...

Kembali ke atas