Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kotor;

Peribahasa

Air cucuran atap,
     jatuhnya kepelimbahan.

Bermaksud :

Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. pelimbahan = tempat air yang kotor.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dirty sandstonebatu pasir kotorKimiaTiadaBatu pasir yang mengandungi banyak mineral lempung di dalam matriksnya. Batu pasir ini mempunyai nilai keporosan yang rendah dan dikelaskan sebagai batuan reserbor yang bermutu rendah. Berdasarkan data daripada log telaga, misalnya log sinar gama, batuan ini ditafsirkan dari zon yang bacaan sinar gamanya mendekati nilai untuk syal.
dirty sandstonebatu pasir kotorKejuruteraanPetroleumBatu pasir yang mengandungi banyak mineral lempung di dalam matriksnya. Batu pasir ini mempunyai nilai keporosan yang rendah dan dikelaskan sebagai batuan reserbor yang bermutu rendah. Berdasarkan data daripada log telaga, misalnya log sinar gama, batuan ini ditafsirkan dari zon yang bacaan sinar gamanya mendekati nilai untuk syal.
discharge zonezon pembuanganLandskapTiadaKawasan yang dikhaskan untuk mengumpul air kotor dan sampah sebelum dialir atau dibuang ke tempat lain.
food adulterationpengadukan makananMakanan dan PemakananMakananPenambahan bahan kandungan yang bermutu rendah, tidak selamat, kotor, toksik atau bahan yang tidak sepatutnya ke dalam suatu penyediaan makanan. Pengadunan makanan ini bertujuan untuk menipu pelanggan, meraih keuntungan dan menutup kekurangan rasa makanan tersebut.
picapikaMakanan dan PemakananPemakananKeadaan yang dicirikan dengan ketagihan dan berselera untuk makan bahan bukan makanan seperti tanah liat dan bahan yang kotor. Bahan kotoran boleh mengikat zat besi dalam saluran usus yang menyebabkan berlakunya anemia kekurangan zat besi.
square pitch heat exchangerpenukar haba pic segi empat samaKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenukar haba yang tiubnya disusun dalam bentuk segi empat sama dan tiub dijarakkan � inci untuk memudahkan pencucian dengan menggunakan berus. Penukar haba jenis ini digunakan sekiranya bendalir pemanas kotor dan mudah memendapkan kotoran pada permukaan tiub.
shaly sandstonebatu pasir bersyalKimiaTiadaBatu pasir yang mengandungi mineral lempung dalam kuantiti yang bermakna di dalam matriksnya. Banyaknya mineral lempung itu tidak ditentukan secara tepat tetapi hanya secara lebih kurang sahaja. Sekiranya kuantiti mineral lempung itu terlalu banyak, batupasir yang berkenaan digredkan sebagai batu pasir kotor. Istilah ini selalu dipakai dalam pengelogan telaga dan sebenarnya pemakaian ini tidak tepat jika ditinjau dari segi pengertian geologi.
shaly sandstonebatu pasir bersyalKejuruteraanPetroleumBatu pasir yang mengandungi mineral lempung dalam kuantiti yang bermakna di dalam matriksnya. Banyaknya mineral lempung itu tidak ditentukan secara tepat tetapi hanya secara lebih kurang sahaja. Sekiranya kuantiti mineral lempung itu terlalu banyak, batupasir yang berkenaan digredkan sebagai batu pasir kotor. Istilah ini selalu dipakai dalam pengelogan telaga dan sebenarnya pemakaian ini tidak tepat jika ditinjau dari segi pengertian geologi.

Kembali ke atas