Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ya/] | کويق

Definisi : carik, rabak, sobek: bajunya ~ kerana terkait pd sebatang paku di dinding; ~ rabak koyak atau koyak-koyak yg panjang atau lebar; ~ baju mahu ukur badan prb merosakkan barang yg hendak dibaiki (disempurnakan); ~ tak berbunyi prb sesuatu keburukan (keaiban) yg berlaku dgn tidak diketahui orang; tak mahu ~ kulit, ~ kain mahu juga prb sanggup ber­korban harta benda walaupun tidak sanggup mengorbankan diri; mengoyak menjadi besar atau terbuka (luka): lukanya yg hampir-hampir sembuh dahulu itu ~ sekali lagi; bagai bunyi orang dikoyak (dicabik) harimau prb menjerit-jerit (melaung-­laung) kuat-kuat; mengoyakkan, mengoyak-ngoyakkan me­nyiat(-nyiat), mencabik(-cabik), mencarik(­carik): tanganku segera ~ sampul surat itu; terkoyak tersiat, tercarik: cebis-cebis kain yg ~ drpd bajunya; ~ isinya akibat tikaman lading musuhnya; kekoyakan keadaan koyak: perineum memerlukan masa utk pulih semula drpd luka-luka dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Kain putih koyak di tengah,
     Pakaian anak naik ke hulu;
Tengah kasih datang fitnah,
     Biar saya berundur dahulu.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Koyak tak berbunyi.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu yang kurang baik, tidak diketahui orang.

 

Lihat selanjutnya...(7)

Lihat selanjutnya...(1)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ridang Ibkoyak besar.koyak, koyak. Ejaannya ialah: K-O-Y-A-K. Sebutan: ko yak. Erti koyak, ialah carik, rubik atau ridang. “Perkataan yang kedua: cukur. Ejaannya ialah C-U-K-U-R. Sebutan: cu kur. Ertinya ialah kukur atau kendis.”Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kendis Ibcara mencukur rambut iaitu dengan mencukur di bahagian tepi kepala sahaja manakala bahagian tengah dan ubun-ubunnya dibiarkan. Biasanya bagi kanak-kanak untuk mengelakkan penyakit kudis.koyak, koyak. Ejaannya ialah: K-O-Y-A-K. Sebutan: ko yak. Erti koyak, ialah carik, rubik atau ridang. “Perkataan yang kedua: cukur. Ejaannya ialah C-U-K-U-R. Sebutan: cu kur. Ertinya ialah kukur atau kendis.”Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bisak MSrkoyak, carik.Menyedari emaknya belum bersedia untuk baring, Ayu menarik baju tidur emaknya. Esah terdorong ke katil lalu terlentang. "Eh, koyak baju emak nanti. Budak niii! Kalau bisak baju mak ni kau ada duit nak ganti?"Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas