Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : carik, rabak, sobek: bajunya ~ kerana terkait pd sebatang paku di dinding; ~ rabak koyak atau koyak-koyak yg panjang atau lebar; ~ baju mahu ukur badan prb merosakkan barang yg hendak dibaiki (disempurnakan); ~ tak berbunyi prb sesuatu keburukan (keaiban) yg berlaku dgn tidak diketahui orang; tak mahu ~ kulit, ~ kain mahu juga prb sanggup ber­korban harta benda walaupun tidak sanggup mengorbankan diri; mengoyak menjadi besar atau terbuka (luka): lukanya yg hampir-hampir sembuh dahulu itu ~ sekali lagi; bagai bunyi orang dikoyak (dicabik) harimau prb menjerit-jerit (melaung-­laung) kuat-kuat; mengoyakkan, mengoyak-ngoyakkan me­nyiat(-nyiat), mencabik(-cabik), mencarik(­carik): tanganku segera ~ sampul surat itu; terkoyak tersiat, tercarik: cebis-cebis kain yg ~ drpd bajunya; ~ isinya akibat tikaman lading musuhnya; kekoyakan keadaan koyak: perineum memerlukan masa utk pulih semula drpd luka-luka dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Kain putih koyak di tengah,
     Pakaian anak naik ke hulu;
Tengah kasih datang fitnah,
     Biar saya berundur dahulu.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Koyak tak berbunyi.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu yang kurang baik, tidak diketahui orang.

 

Lihat selanjutnya...(7)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Koyak pinang jangan dikupas, Kalau dikupas menjadi semilu; Orang bertunang jangan dilepas, Kalau lepas mendapat malu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kain panjang koyak memanjang, Tidak dapat ditebuk lagi; Abang sudah merajuk panjang, Tidak dapat dibujuk lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila suka mencangkung, Cepatlah koyak seluar; Apabila suka menyombong, Cepatlah nama tercemar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana jala tidakkan koyak, Jala direntang kaki terpuruk; Bagaimana kepala tidakkan botak, Mentua garang bini perajuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kain putih koyak di tengah, Pakaian anak naik ke hulu; Tengah kasih datang fitnah, Biar saya berundur dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kerana kainnya sudah koyak, Hendak diikat pastilah kendur; Kerana pemimpin laba dan tamak, Banyaklah umat mati kebulur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Lipat kain kemas-kemas, Koyak cukin di hujung paku; Kalau kaya berlaksa emas, Kerana miskin tidak laku.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Itik tuk tanjung, Ambil benang buat koyak; Adik putih ngelek buyung, Kacip pinang abang sepiak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kain putih satu hasta, Dikoyak-koyak tinggal sejengkal; Pandanglah saya nyata-nyata, Balik ke kampung jangan menyesal.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
12

Kembali ke atas