Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuang] | کواڠ

Definisi : sj burung, kuau; ~ cermin, Polyplectron inopinatum; ~ mas, Chrysolophus pictus; ~ perak, Lophura nycthemera; ~ pongsu, Polyplectron malacense; ~ ranting, Lophura edwardsi; ~ raya, Argusianus argus; ~ raya gunung, Rheinardia ocellata; mati ~ (kuau) kerana bunyi prb mendapat kesusahan (kecelakaan) kerana perbuatannya sendiri; spt ~ memekik di puncak gunung prb a) perihal orang yg sedang mencintai kekasihnya; b) dikatakan tentang perempuan yg bercakap dgn suara yg kuat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuang] | کواڠ

Definisi : ; balik ~ a) tertunggang, terjungkir; b) tidak spt yg sewajarnya (sepatutnya, se­harusnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuang] | کواڠ

Definisi : ; ulat ~ sj ulat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuang] | کواڠ

Definisi : nama sj burung, Argusianus argus argus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuang

Puisi
 

Tidak jadi padi Terengganu,
     Burung kuang berintik-rintik;
Tidak jadi dengan si anu,
     Air Pahang balik mudik.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Mati kuang kerana bunyi.

Bermaksud :

Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya, (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, d. Mati rusa kerana tanduknya). kuang = burung kuau.

 

Lihat selanjutnya...(8)