Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.muh] | کوموه

Definisi : 1. Mn kotor, keji, cemar; berhati ~ tidak bersih (ikhlas) hatinya; 2. benda yg tidak berguna dan dikeluarkan oleh badan manusia, haiwan atau tumbuhan, kotoran: darah membawa zat makanan dan oksigen dan mengeluarkan ~; ~ tumbuh-tumbuhan hijau terdiri drpd karbon dioksida yg dikeluarkan dlm masa pernafasan dan oksigen yg berlebihan; mengumuhkan 1. Mn mengotorkan, menge­jikan; 2. mengeluarkan benda yg tidak berguna dr badan manusia, haiwan atau tumbuhan; kumuhan bahan buangan yg dikeluarkan dr tubuh spt peluh, air kencing, dsb; perkumuhan yg berkaitan dgn kumuh atau pembuangan kumuh; salur ~ salur utk mengalirkan kumuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.muh] | کوموه

Definisi : 1 tidak bersih; kotor; cemar. 2 benda buangan atau sesuatu yg dikeluarkan oleh haiwan atau tumbuh-tumbuhan (najis, kencing, peluh dsb). mengumuhkan 1 menjadikan kotor; mengotorkan. 2 membuang atau mengeluarkan kumuh (bkn haiwan atau tumbuh-tumbuhan). perkumuhan hal yg berkaitan dgn kumuh (bkn haiwan atau tumbuh-tumbuhan). pengumuhan perbuatan atau hal mengumuhkan; pembuangan kumuh dr haiwan atau tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kumuh