Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ba] | لاب

Definisi : 1 keuntungan yg diperoleh drpd perniagaan, berjual beli, pelaburan dll: Syarikat itu telah mendapat ~ yg berlipat ganda. 2 faedah; guna: Perbuatan itu tidak mendatangkan apa-apa ~ pun. berlaba mendapat laba; beruntung. melabakan menghasilkan (mendatangkan) laba; menguntungkan: Perniagaan beras ~ beberapa orang di kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.ba] | لاب

Definisi : 1. keuntungan (drpd perniagaan, perdagangan, pelaburan, dll): perniagaan yg diusahakannya itu menghasilkan ~ yg berlipat ganda; 2. faedah, guna, kebaikan: apa ~nya kita bertengkar ini? ~ modal (Eko) keuntungan yg diperoleh drpd wang yg dilaburkan dlm sesuatu perniagaan (saham dsb) hasil drpd kenaikan harga; ~ rugi a) untung rugi; b) baik buruk; (pajak) ~ perang Id (cukai yg dikenakan atas) keuntungan yg diperoleh dlm masa perang; ~ sama dibagi, rugi sama diterjuni prb bersahabat (bermuafakat) sehidup semati; belum tahu akan ~ rugi prb belum tahu akan baik buruk sesuatu hal; kalau ~ bercikun-cikun, buruk diberitahu orang prb berdiam diri sahaja sewaktu dlm kesenangan tetapi meminta pertolongan orang lain apabila dlm kesusahan; mengaut ~ dgn siku prb orang yg selalu mencari keuntungan yg banyak; berlaba 1. mendapat atau beroleh laba (keuntungan): dia ~ berlipat ganda drpd perniagaannya; 2. menghasilkan (mendatangkan) keuntungan: perniagaan yg diurusnya itu tidak ~ sedikit pun; melabakan, melabai menghasilkan (mendatangkan) keuntungan kpd, menguntungkan: rancangan itu hanya akan ~ beberapa orang yg telah sedia kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
laba (kata nama)
Bersinonim dengan keuntungan, untung, hasil, pendapatan, perolehan, dividen, faedah, bonus;,
Kata Terbitan : berlaba, melabakan,

Peribahasa

Kalau laba bercikun-cikun,
     buruk diberitahu orang.

Bermaksud :

Bila beroleh kesenangan, diam saja; tetapi bila menderita susah berkeluh kesah atau minta tolong pada orang lain. bercikun-cikun = bersembunyi-sembunyi.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni.Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek, b. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau laba bercikun-cikun, buruk diberitahu orang.Bila beroleh kesenangan, diam saja; tetapi bila menderita susah berkeluh kesah atau minta tolong pada orang lain. bercikun-cikun = bersembunyi-sembunyi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengaut laba dengan siku.Selalu hendak beroleh untung banyak saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum tahu laba rugi.Belum tahu baik buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laba tertinggal, harta lingkap.Laba tidak diperoleh, modalnya lenyap pula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jerih menentang boleh, rugi menentang laba.Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rugi menentang laba, jerih menentang boleh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rugi menentang laba, jerih menentang boleh.Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerih menentang boleh, rugi menentang laba).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kurang taksir hilang laba.Kalau kurang hati-hati mungkin mendapat kerugian atau bahaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seberat-berat beban, laba jangan ditinggalkan.Meskipun terpaksa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang berat namun keuntungan jangan dilepaskan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak untung menjadi buntung.Hendakkan laba, rugi yang diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak menangguk ikan, tertangguk akan batang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas