Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.lu] | لالو

Definisi : ; ~-lalang = ~-landang a) banyak kali lalu, keluar masuk, ke sana ke mari: banyak orang ~-lalang di jalan raya; b) mencurah­curah keluar (kata-kata kasar dll); c) tidak teratur, kacau-bilau: susun buku itu baik-baik, jangan ~-lalang begitu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lu] | لالو

Definisi : 1. berjalan, melintas: semua kereta tidak boleh ~ di jalan itu; seorang laki-laki ~ di hadapan mereka; sekali ~ a) sekali gus; b) sambil-sambil; 2. boleh masuk, telus, lulus; 3. yg sudah lepas (berlaku, lewat, dll), selesai, telah dibuat: tiadalah kanda perbuat lagi spt yg telah ~ itu; baru tiga malam yg ~, seorang tauke telah disamun orang; 4. berdaya, sanggup, larat: santap pun tiada ~ ia pd malam itu melainkan keluh-kesah sahaja; aku hendak pergi pun tiada ~ oleh sakit badanku lagi; 5. langsung, lanjut; 6. terus, hingga ke, langsung ke: setelah datang ke Melaka maka disuruh baginda arak ~ ke balai; mereka berperahu ~ ke Melaka; 7. kemudian drpd itu, sesudah itu, segera: setelah makan minum mereka ~ meneruskan per­jalanan ke selatan; 8. lewat, sudah lampau: kulihat orangnya telah ~ separuh umur; 9. tidak boleh ditebus kembali (barang gadaian dll); ~ akal boleh diterima akal, munasabah; ~ penjahit ~ kelindan prb kalau usaha yg pertama telah berhasil maka usaha yg berikut­nya pun akan tercapai juga; berlalu 1. lepas (waktu dll), lampau, lewat: semuanya sudah tenang dan di luar ribut kencang telah ~; sudah sepuluh tahun ~ semenjak pernyataan di atas ditulis; 2. berjalan, berlepas: sekejap kemudian perem­puan itu ~ meninggalkan warung makan itu; 3. ki pergi, meninggal (mati); melalui 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguam­nya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; melalukan 1. membiarkan lalu (lantas, masuk, dll), memasukkan, meluluskan: dilalukannya cahaya hijau itu menembusi prisma; 2. men­jalankan (cita-cita, apa yg hendak dibuat, dll), mengerjakan: ia selalu hendak ~ kehendaknya; 3. membawa atau membuat terus, me­neruskan; terlalu 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai; seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan Inggeris; 3. (per­buatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung: perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampun­kan, yg kemudian jangan dibuat lagi; keterlaluan 1. hal yg berlebih-lebihan, keadaan yg melampau, hal atau perbuatan yg melampaui batas (tatatertib dll): rakan sekerja Darwisah juga sudah meluat melihat ~ itu; 2. teramat sangat, terlalu, berlebih­-lebihan, melampaui batas: tindakan ~; laluan 1. jalan yg dilalui, jalan yg menjadi landasan atau tempat pergerakan pergi balikorang atau pengangkutan: penduduk kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu bimbang bahawa mereka akan dipindahkan; 2. pergerakan (peralihan dsb) maju ke tahap lain: kemenangan ini menjadikan ~ mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya; kelaluan 1. (yg) telah lepas, telah lalu; 2.Mn cita-cita, hajat, tujuan; berkelaluan Mn berpanjangan, sentiasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Puisi
 

Pisang rendah masak hijau,
     Nanti layu tidak layu;
Tinggi rendah mata meninjau,
     Nanti lalu tidak lalu.


Lihat selanjutnya...(103)
Peribahasa

Lulus (= lalu) jarum,
     lulus (= lalu) kelindan.

Bermaksud :

Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalu penjahit, lalu kelindan). lulus = masuk

 

Lihat selanjutnya...(73)

306

Let bygones be bygones

Lupakan dendam lama atau perselisihan lalu, sebaliknya mulakan lembaran baru.

Buang yang keruh, ambil yang jernih

We are avoiding each other, and getting ourselves all worked up every time we stumble onto each other? Don't bear grudges, let bygones be bygones.

Mengapakah kita mengelakkan diri antara satu sama lain, dan naik marah apabila bersua muka? Usahlah berdendam, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
traffic countkiraan lalu lintasKomunikasiKorporatKaedah yang digunakan secara sejagat untuk mengira kekerapan lalu lintas di jalan raya dalam sesuatu tempoh unit masa. Dalam komunikasi korporat, kaedah ini digunakan untuk mengesan dedahan sesuatu iklan jalanan kepada khalayak yang menggunakan sesuatu laluan dalam tempoh tertentu. Lebih kerap kawasan tersebut dilalui oleh khalayak berkenderaan atau pengguna lain, maka lebih tinggi dedahan sesuatu iklan jalanan kepada khalayak sasaran. Kaedah ini juga dilakukan untuk menentukan nilai sewaan papan iklan jalanan berkenaan. Pengiraan kekerapan dedahan lalu lintas terhadap sesuatu lokasi iklan juga berfungsi untuk menentukan jenis khalayak yang menggunakan kawasan tersebut untuk disesuaikan dengan barangan atau perkhidmatan yang diiklankan. Hasil pengiraan itu digunakan untuk membantu pihak perancang pengiklanan mengenal pasti dan membuat pilihan lokasi yang boleh memuaskan keperluan pelanggan. Untuk memastikan kesahan penggunaan kaedah ini, beberapa aspek sosiobudaya di sekitar kawasan lalu lintas yang ditentuka
inverse of an operationsongsangan operasiMatematikTiadaOperasi yang dapat membatalkan kesan sesuatu operasi. Misalnya, apabila nombor n ditambah a lalu ditolak a, hasilnya masih n; begitu juga sesuatu yang ditolak a lalu ditambah a. Maka operasi tolak ialah songsangan bagi operasi tambah dan sebaliknya. Sinonim operasi songsang.
corrosionkakisanKimiaTiadaTindak balas redoks yang berlaku pada logam akibat tindakan agen kakisan yang menukarkan logam tersebut kepada bahan yang tidak dikehendaki. Agen kakisan yang utama ialah oksigen, wap air, larutan natrium klorida, dan pH larutan. Kakisan berlaku apabila logam yang terdedah pada udara bertindak dengan oksigen lalu membentuk lapisan oksida lalu membentuk lapisan oksida logam. Misalnya, ferum bertindak dengan oksigen untuk membentuk ferum(II) oksida, dan ferum(II) oksida pula bertindak dengan wap air untuk membentuk ferum(III) oksida terhidrat yang dapat dilihat sebagai karat pada permukaan besi.
generative nucleusnukleus generatifBioteknologiTiadaNukleus yang membahagi melalui mitosis kepada dua nukleus gamet jantan yang terdapat dalam tiub debunga angiosperma yang sedang berkembang. Salah satu nukleus tersebut akan bertaup dengan sel telur lalu membentuk zigot, manakala yang satu lagi bergabung dengan dua nukleus kutub dalam kantung embrio lalu membentuk nukleus triploid yang membahagi beberapa kali untuk membentuk endosperma.
alkalialkaliKimiaTiadaBes yang larut di dalam air lalu membentuk larutan berakali, mempunyai pH>7 dan menghasilkan ion hidroksil, OHˉ.
vitiligovitiligoPerubatanTiadaGangguan pigmentasi yang dicirikan oleh pemusnahan melanosit lalu menyebabkan munculnya tompok-tompok tanpa pigmen pada kulit.
partial agonistagonis separaFarmasiFarmakologiAgonis yang merangsang sesuatu reseptor lalu menghasilkan kesan maksimum yanglebih rendah daripada kesan rangsangan reseptor yang sama oleh agonis penuh. Dalam keadaan apabila terdapat kesan agonis penuh, agonis separa bertindak sebagai antagonis.Contohnya, agonis separa opiat seperti nalbufina akan menghasilkan sindrom sarak sekiranya diberikan kepada penagih dadah jenis heroin. Lihat juga antagonis, sindrom sarak.
highway noisehingar lebuh rayaFizikAkustikhingar yang disebabkan oleh lalu lintas di jalan awam.
solutezat terlarutKimiaTiadaBahan yang larut di dalam pelarut lalu membentuk larutan. Zat terlarut tersebar dengan sekata di dalam pelarut, sama ada dalam bentuk ion seperti garam atau molekul seperti gula.
dampredamMekanikGunaanMerintangi gerakan sistem yang berayun atau bergetar lalu menyebabkan amplitud ayunan atau getaran itu menyusut dan ayunan atau getaran itu berhenti akhirnya.
123456789

Kembali ke atas