Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.man] | لامن

Definisi : halaman. ~ web dokumen elektronik pd paparan skrin komputer, biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb ttg sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dpt dicapai melalui Internet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.man] | لامن

Definisi : bp kep halaman: jamuan ~; ~ web dokumen elektronik pd paparan skrin komputer (biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb) tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dapat dicapai me­lalui Internet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laman

Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(53)

Pantun

SumberColumn1
Kurik Kundi Merah SagaGalah terpacak di tengah laman, Laman tempat orang berjudi; Bukan tak hendak mencari teman, Belum dapat teman sejati.
Kurik Kundi Merah SagaSerai serumpun tengah halaman, Tempatlah murai berulang mandi; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal laman tempatnya mandi.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan jatuh ke laman, Tiba di laman berisi bunga; Celaka tangan jembalang tangan, Dalam tangan orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaKutip-kutip bunga di laman, Bunga di laman habis layu; Kalaulah takut abang nak teman, Janganlah adik berasa malu.
Kurik Kundi Merah SagaLaman tempat orang berjudi, Kalau kalah lari ke mana Kalau tak jumpa teman sejati, Abang nak bujang selama mana?
Kurik Kundi Merah SagaSerai serumpun di tengah laman, Tempat murai berjejak kaki; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal surau tempat mengaji.
Kurik Kundi Merah SagaTerbang gunduk berkawan tiga, Mari makan padi di laman; Jangan dipujuk kasih adinda, Saya berbalik ke kampung laman.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan di laman tangga, Sarang pipit di dalam padi; Tiada orang semacam saya, Menaruh kiamat di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading di laman belas, Buat ketupat berisi inti; Hancur daging tulang kukilas, Sudah dapat baru berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaJangan bicara di laman tangga, Cucur atap ke rumput juga; Jangan bicara di hadapan mata, Dalam dakap kurebut juga.
123456

Kembali ke atas