Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.man] | لامن

Definisi : halaman. ~ web dokumen elektronik pd paparan skrin komputer, biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb ttg sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dpt dicapai melalui Internet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.man] | لامن

Definisi : bp kep halaman: jamuan ~; ~ web dokumen elektronik pd paparan skrin komputer (biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb) tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dapat dicapai me­lalui Internet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laman

Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(53)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
utility lawnlaman rumput utilitiLandskapTiadaKawasan laman berumput yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti perkhemahan dan beriadah. Laman ini biasanya ditanam dengan rumput tahan lasak seperti rumput tikar (Axanopan compressus).
segment accessibilitykecelusan ruangKomunikasiKorporatBahagian dalam laman web sesebuah syarikat atau organisasi yang boleh dicapai atau dicelus oleh khalayak dengan mudah. Selain itu, terdapat juga bahagian yang boleh dicapai oleh khalayak yang berdaftar sahaja. Bahagian dalam laman web tersebut biasanya bersifat umum serta mempunyai kaitan dan berkepentingan langsung dengan khalayak. Antara bahagian yang boleh dicapai oleh khalayak termasuklah profil syarikat atau organisasi, jenis barangan atau perkhidmatan organisasi, dan jawapan bagi soalan yang kerap ditanya. Kandungan maklumat yang disediakan bertujuan untuk mengurangkan jurang komunikasi dalam kalangan khalayak, mewujudkan publisiti, dan memudahkan khalayak mendapatkan maklumat barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.
courtyardlaman dalamLandskapTiadaKawasan lapang yang dikelilingi oleh tembok atau dinding.
back yardlaman belakangLandskapTiadaKawasan di belakang rumah yang biasanya ditanam dengan rumput atau tumbuhan lain.
front yardlaman depanLandskapTiadaKawasan lapang di bahagian hadapan rumah atau bangunan.
approach courtlaman ketibaanLandskapTiadaSatu kawasan lapang di hujung lebuh masuk yang digunakan sebagai tempat menyambut tetamu kenamaan sebelum dibawa masuk ke dalam bangunan.
wild flower lawnlaman bunga liarLandskapTiadaKawasan berumput yang ditumbuhi oleh pokok-pokok bunga liar. Contohnya, bunga Dandelion dan Asystasia.
cobbled courtyardhalaman berbatuLandskapTiadaLaman yang lantainya diperbuat daripada susunan batu bulat dalam corak tertentu.
site-use planningrancangan guna tapakLandskapTiadaKerja mengatur aktiviti yang dicadangkan di lokasi projek seperti laman tiba, ruang berkumpul, taman herba dan sebagainya.
sculpture gardentaman arcaLandskapTiadaKawasan berlandskap yang mengandungi pelbagai bentuk elemen hasil daripada seni tiga dimensi seperti arca. Contohnya, Laman Asean di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
12

Kembali ke atas