Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tanda (lukisan, lencana dll) yg digunakan utk memperkenalkan atau utk menyatakan sesuatu; simbol; isyarat: Warna putih ialah ~ kesucian. berlambang mempunyai lambang. berlambangkan mempunyai sesuatu sbg lambang: Dgn ~ traktor, parti itu telah turut serta dlm pilihan raya yg lalu. melambangkan menjadi lambang utk (kpd): Gambar daun lontar ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. memperlambang menjadikan sesuatu sbg lambang: Mereka bersetuju ~ pena utk persatuan mereka. memperlambangkan menyebabkan sesuatu mempunyai lambang; memberi berlambang: Majlis yg bersidang itu sepakat ~ DBP dgn daun lontar. perlambangan perihal atau perbuatan memberi lambang kpd; hal mempunyai sesuatu sbg lambang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1. tanda yg menyatakan atau menge­nalkan sesuatu (spt bendera, lencana, dll), simbol, isyarat, pelambang, perlambang: masyarakat menjadikan songkok baldu hitam sbg ~ kebangsaan kita; ~ status harta benda dsb yg dianggap sbg tanda yg menunjukkan kekayaan, prestij, kedudukan sosial yg tinggi dsb seseorang; 2. (Lin) tanda yg mewakili entiti linguistik (spt bunyi, fonem, suku kata, morfem dan kata) yg diterima dlm trans­kripsi fonetik atau sistem tulisan; berlambang mempunyai atau memakai lambang: bangunan baru itu masih belum ~; berlambangkan mempunyai atau meng­gunakan sesuatu sbg lambang, bersimbolkan: Sistem Penerbangan Malaysia ~ wau bulan; melambangkan menjadikan sbg tanda (utk memperkenalkan sesuatu), merupakan lambang, menggambarkan: penghulu sbg pemim­pin masyarakat Dayak juga ~ persatuan dan perpaduan; istilah baru dicipta utk ~ benda­-benda baru; perlambangan perihal (perbuatan dsb) meng­gunakan sesuatu sbg lambang: yg dimaksud­kan dgn ejaan ialah ~ fonem dgn huruf; perlambang lambang: pelambang lambang: Uda dan Dara selalu disebut sbg ~ cinta kasih yg teguh dan murni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lambang (kata nama)
Bersinonim dengan simbol, tanda, ideograf, logo, monogram, piktograf;,
Kata Terbitan : melambangkan,


Majalah

Dewan Budaya » 2013 » February
WordPress site • Hubungi Kami • Langganan • Ceritera Bulan Ini • Galeri • Gatra Perdana • Kamar Seni • Kembara Seorang Penyair • Nota Editor • Sekeliling Kita • Tradisi • Umum Home » 2013 » February 0 Comments TAHUN BAHARU CINA LAMBANG KEJAYAAN ABADI admin on February 3rd, 2013 Oleh Lin Ying Ucapan lazim Gong Xi Fa Cai atau Kong Hee Fatt Choy bermaksud “Semoga tahun baharu membawa rezeki yang melimpah ruah besar atau jamuan pertemuan semula sebagai tanda eratnya ikatan kekeluargaan, yang menjadi tunjang masyarakat yang harmoni. Tahun Baharu Cina yang mula dirayakan lebih 4000 tahun yang lalu ini dianggap sebagai lambang perpaduan, kemakmuran, dan harapan besar terhadap masa depan. Tahun Baharu yang melambangkan titik permulaan dalam kehidupan ini diraikan dengan meriah.Rumah dibersihkan dan dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah
Dewan Budaya » 2013 » January
banyak destinasi pelancongan di sepanjang Sungai Li. Antaranya termasuklah Batu Ludi, Batu Qixing, Puncak Duxiu, Bukit Fubo, dan Bukit Diecai. Antara semua destinasi yang terkenal di sini, Bukit Gajah menjadi lambang pelancongan Kota Guilin. Bukit Gajah terletak di pertemuan Sungai Li dengan Sungai Taohua (Bunga Pic) di kawasan kota Guilin. Bukit ini terbentuk daripada batu kapur dan bentuknya menyerupai seekor gajah
Dewan Budaya » 2013 » March
Panda gergasi yang berasal dari Wilayah Tengah China ini hidup di kawasan pergunungan hutan buluh yang beriklim sederhana, seperti Sichuan dan Tibet. Pada akhir separuh abad ke-20, panda menjadi lambang kebangsaan Republik Rakyat China (RRC), dan sekarang digunakan dalam syiling emas RRC.Panda Gergasi juga merupakan simbol Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF). Pada tahun 1970-an, Panda Gergasi dipinjamkan kepada
Dewan Budaya » 2013 » October
Posted in: Uncategorized 0 Comments ETNIK DAN SENI KONTEMPORARI admin on October 2nd, 2013 Oleh Amirah Syazwani Baderol Sham Kraf tangan atau seni kraf acap kali dikaitkan dengan kehalusan dan lambang kesenian sesuatu bangsa.Hal ini demikian kerana pembuatan kraf tangan merupakan hasil peninggalan nenek moyang yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi sebagai warisan budaya bangsa. Istilah kraf tangan yang mengesahkan bahawa orang Asli sebagai masyarakat peribumi di Tanah Melayu terkenal dengan “Budaya Buluh” mereka.Walau apa-apa pun definisi, sejarah, dan asal-usul kraf tangan Malaysia, keunggulannya merupakan lambang budaya bangsa selain membantu menjana ekonomi Malaysia. *** Rencana ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Oktober 2013. Posted in: Uncategorized 0 Comments TRADISI LISAN YANG DILUPAKAN admin on October 2nd
Dewan Budaya » 2015 » August
pahlawan mereka dalam menuntut kemerdekaan sehingga bebas daripada cengkaman dan penderitaan penjajahan Belanda, tetapi saat untuk mereka merenung cara untuk mengisi kemerdekaan itu agar lebih bererti. Kemerdekaan, bagi mereka, ialah lambang kesatuan, kesepaduan, perpaduan dan kebersamaan. Rakyat Indonesia tidak perlu mengadakan kempen, apatah lagi dipujuk atau dirayu untuk menyambut hari yang penuh makna itu. Adakah 30 juta orang rakyat kita juga apa cara sekalipun, hal ini bermaksud bahawa mereka merupakan rakyat yang cinta akan negara dan mempunyai semangat patriotisme yang tidak dapat dipertikaikan. Oleh itu, kita bukan sahaja perlu berbangga dengan lambang kebangsaan negara, termasuk bendera Malaysia, tetapi bersedia untuk berkorban bagi mempertahankan negara ini daripada ancaman musuh dari dalam dan luar. Apakah makna bendera Malaysia bagi rakyatnya? Adakah kita menjadikannya sebagaimana
Dewan Budaya » 2014 » June
6000 meter. Tingginya pula 12 meter. Terdapat enam buah pintu keluar masuk di empat belah tembok kota yang berbentuk umpama seekor kura-kura. Dalam kebudayaan tradisional China, kura-kura merupakan lambang umur yang panjang. Arkitek dan pembina kota purba Pingyao berharap agar kota purba ini dapat wujud dengan kukuhnya untuk selama-lamanya, seperti kura-kura. Seperti yang diharapkan oleh mereka, kota
Dewan Budaya » 2013 » May
Miao kerana mereka menganggapnya sebagai pemimpin yang gagah perkasa.Baju yang berwarna-warni itu menunjukkan kebijaksanaan masyarakat Miao. Terdapat tiga sulaman yang melambangkan Sungai Yangtze, Sungai Kuning, dan Qinghe serta lambang perkampungan yang pernah diduduki oleh nenek moyang suatu ketika dahulu tetapi kini tinggal impian. Atas dataran yang dingin, mereka menyanyi dan menari dengan iringan bunyi daripada seruling yang diperbuat dari
Dewan Budaya » 2015 » April
mereka mempunyai budaya tradisi menyimpan pasu. Tradisi itu menjadikan pasu berfungsi sebagai harta simpanan. Oleh sebab itu, tajau dianggap sebagai harta pusaka, sesuatu yang bernilai, sesuatu yang perlu dihormati, dan lambang kemegahan warisan keturunan mereka. Terdapat perbezaan antara tembikar dengan tempayan. Tembikar ialah barang yang diperbuat daripada tanah liat yang dibakar dan digilap sehingga berkilat, seperti cawan, mangkuk dan pinggan. Tempayan
Dewan Budaya » 2017 » June
makanan dan kaedah masakan. Budaya ini juga berbeza-beza daripada sumber makanan yang diperoleh sehingga kaedah penyimpanan makanan. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika ada makanan yang menjadi identiti dan lambang bagi sesuatu bangsa. Budaya pemakanan terbaik diamalkan oleh Rasulullah. Nabi Muhammad dan kaumnya ialah orang yang makan apabila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Dengan cara begini, orang sukar untuk
Dewan Budaya » 2011 » December
gus membawa pembaca “mengembara” ke alam jejak pewaris Istana Melaka. Sesungguhnya, buku ini dapat menyuntik semangat – biar sesiapa pun anda, tidak kira di mana pun berada. Air Mata Raja menjadi lambang perjuangan yang menjanjikan sesuatu yang belum pasti, namun tetap wujud. ___ Ulasan buku ini dipetik daripada Dewan Budaya Disember 2011. Posted in: Uncategorized 0 Comments Berian Sampai Mati admin on
Dewan Budaya » 2012 » February
semakin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubahsuai mengikut kedudukan dan taraf seseorang. Orang Melayu Melaka menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah kain untuk dipakai sebagai penutup kepala. Tanjak dahulunya merupakan lambang status seseorang. Hanya golongan yang berada sahaja mampu memakai tanjak. Maka tidak hairanlah, ketika itu tanjak menjadi sebahagian daripada pakaian raja atau sultan. Tanjak raja pada zaman Melaka dibuat daripada
Dewan Budaya » 2014 » April
negara ini. Tembok Besar merupakan projek pertahanan pada zaman purba China. Binaan yang masyhur ini didirikan dengan darah, peluh, kebijaksanaan, dan semangat nenek moyang orang China. Kini Tembok Besar menjadi lambang bangsa China. Sejarah yang begitu lama dan projek yang begitu besar menjadikan Tembok Besar sebagai keajaiban dunia yang sama terkenal dengan piramid di Mesir dan Taj Mahal di India. Tembok

Kembali ke atas