Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lang

Puisi
 

Lang inang padi Daik,
     Padi sawah mahu guna;
Kalau mudah-mudahan baik,
     Esok boleh buat berguna.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Tak lang,
     si pungguk menjadi lang.

Bermaksud :

Di tempat yang tiada orang pandai, si bodoh mengaku dirinya pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!). (Bandingkan dengan: Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Lang pungguk terbang berbalik, Hinggap seekor pohon keladi; Barang buruk jangan dibelek, Silap mata kena beli.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Lang inang padi Daik, Padi sawah mahu guna; Kalau mudah-mudahan baik, Esok boleh buat berguna.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Lang Buana mengait ciku, Gugur sebiji ke Majapahit; Hilang warna manikam biru, Terkena sinar intan yang baik.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Lang terbang menyongsong angin, Mari dipangku ke atas puan; Surat sepucuk dibawa angin, Kalau sudi bacalah tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lang putih terbang ke kubur, Kembang bunga waktu pagi; Adik putih bangun tidur, Macam bunga kembang pagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak lang kayu tinggi, Patah ranting terbanglah dia; Anak dagang datang ke sini, Sampai masa pulanglah dia.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Anak lang di kayu mati, Patah ranting terbang dia; Saya dagang tumpang berhenti, Kecut hati berjalanlah saya.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Anak lang di kayu tinggi, Patah ranting terbanglah dia; Anak dagang terlanjur ke mari, Sampai musim pulanglah dia.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Anak ayam tujuh sekerat, Anak lang tertiti-titi; Tidur malam teringat-ingat, Tidur siang termimpi-mimpi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas