Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lang] | لڠ

Definisi : helang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[lang] | لڠ

Definisi : Jk sj meja tempat menaruh atau men­jaja barang-barang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang] | لڠ

Definisi : ark bp selang (waktu), antara, lat; ~ sehari selang sehari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang] | لڠ

Definisi : sj burung pemangsa dlm famili Acci­pitridae; ~ barat = ~ kepala putih, Circus aeruginosus; ~ belalang burung rajawali, Microhierax caerulescens; ~ berjambul, Spilornis cheela; ~ gunung, Spizaetus nipalensis; ~ hitam, Ictinaetus malayensis; ~ ikan, Heliaeetus leucoryphus; ~ jambul = ~ malam, Machaerhamphus alcinus; ~ kanguk, Icthyophaga spp.; ~ laut = ~ putih = ~ siput, Heliaeetus leucogaster; ~ lebah, Pernis apivorus; ~ merah = ~ tembikar, Haliastur indus; ~ rintik, Bustatur indicus; ~ sewah = ~ tikus, Elanus caerulens; ~ sikap, Accipiter trivirgatus; ~ tiram, Pandion haliaetus; burung ~ ling sj burung, Anthracoceros malabaricus; ~ menerap buaya prb pemuda yg merenggut bunga drpd sanggul seorang gadis; ~ pungguk ~ berikan, tidur siang berjaga malam prb orang jahat (pencuri) yg tidur siang dan berjaga malam; di tempat tiada ~, kata belalang, akulah ~ = tak ~ si pungguk menjadi ~ prb di tempat tiada orang yg pandai si bodoh mengaku dirinya cerdik; pantang ~ dgn ayam lambat-laun disambar juga prb dikatakan bkn sesuatu yg tidak baik apabila diper­dekatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lang

Puisi
 

Lang inang padi Daik,
     Padi sawah mahu guna;
Kalau mudah-mudahan baik,
     Esok boleh buat berguna.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Tak lang,
     si pungguk menjadi lang.

Bermaksud :

Di tempat yang tiada orang pandai, si bodoh mengaku dirinya pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!). (Bandingkan dengan: Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberColumn1
Kurik Kundi Merah SagaLang pungguk terbang berbalik, Hinggap seekor pohon keladi; Barang buruk jangan dibelek, Silap mata kena beli.
Kurik Kundi Merah SagaLang inang padi Daik, Padi sawah mahu guna; Kalau mudah-mudahan baik, Esok boleh buat berguna.
Kurik Kundi Merah SagaLang Buana mengait ciku, Gugur sebiji ke Majapahit; Hilang warna manikam biru, Terkena sinar intan yang baik.
Kurik Kundi Merah SagaLang terbang menyongsong angin, Mari dipangku ke atas puan; Surat sepucuk dibawa angin, Kalau sudi bacalah tuan.
Kurik Kundi Merah SagaLang putih terbang ke kubur, Kembang bunga waktu pagi; Adik putih bangun tidur, Macam bunga kembang pagi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak lang kayu tinggi, Patah ranting terbanglah dia; Anak dagang datang ke sini, Sampai masa pulanglah dia.
Kurik Kundi Merah SagaAnak lang di kayu tinggi, Patah ranting terbanglah dia; Anak dagang jatuh ke sini, Sampai musim pulanglah dia.
Kurik Kundi Merah SagaAnak lang di kayu tinggi, Patah ranting terbanglah dia; Anak dagang terlanjur ke mari, Sampai musim pulanglah dia.
Kurik Kundi Merah SagaAnak lang di kayu mati, Patah ranting terbang dia; Saya dagang tumpang berhenti, Kecut hati berjalanlah saya.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam tujuh sekerat, Anak lang tertiti-titi; Tidur malam teringat-ingat, Tidur siang termimpi-mimpi.
12

Kembali ke atas