Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris

language

Definisi : dead ~, bahasa yg sudah mati; to speak the same ~, (colloq) ngam: from the very begining they spoke the same ~, sejak mula lagi mereka memang ngam. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata language


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
primitif bahasa(language primitive)Kata, suruhan, atau struktur paling asas dalam bahasa pengaturcaraan komputer yang boleh digunakan untuk membina ayat kenyataan atur cara.Kamus Komputer
penterjemahan bahasa(language translation)Penukaran kandungan fail sumber atau input langsung dalam bahasa sumber kepada satu bahasa sasaran atau lebih. Misalnya, daripada BASIC kepada Pascal.Kamus Komputer
pemproses bahasa(language processor)1. Perisian yang boleh menerima atur cara yang ditulis dalam suatu bahasa pengaturcaraan dan menukarkannya kepada bentuk yang boleh dilaksanakan terus oleh komputer. Terdapat tiga jenis pemproses bahasa, iaitu penghimpun, penyusun, dan pentafsir. 2. Perisian yang boleh memproses bahasa tabii manusia bagi tujuan seperti pemahaman, pertanyaan, penterjemahan dan penyemakan.Kamus Komputer
loghat bahasa(language dialect)Variasi unik pada bahasa pengaturcaraan yang membezakannya daripada bentuk baku bahasa tersebut.Kamus Komputer
LIkep Language Institute (Institut Bahasa).Kamus Dewan Edisi Keempat
bahasa tabii(natural language)1. Bahasa pengaturcaraan yang menggunakan peraturan dan gaya bahasa yang mengikut tabiat semula jadi manusia. Ia berbeza daripada bahasa pengaturcaraan yang direka bentuk untuk memudahkan pelaksanaan sesuatu mesin. 2. Bahasa yang digunakan oleh manusia. Bandingkan bahasa buatan.Kamus Komputer
bahasa sepunya(common language)1. Bahasa pengaturcaraan yang boleh digunakan terus tanpa sebarang pengubahsuaian pada dua atau lebih komputer yang berbeza. Misalnya, BASIC, Pascal, C, FORTRAN, COBOL, Prolog, LISP, Modula-2, dan Ada. 2. Bahasa pengaturcaraan yang ditetapkan sebagai bahasa yang kan digunakan untuk melaksanakan semua modul dalam sesuatu projek besar yang melibatkan pelbagai kumpulan dan perkakasan.Kamus Komputer
bahasa semesta(universal language)Bahasa pengaturcaraan yang dianggap paling kerap digunakan sebagai bahasa pengaturcaraan untuk melaksanakan sesuatu sistem dalam bidang tertentu.Kamus Komputer
bahasa pertanyaan(query language)Bahasa komputer aras tinggi yang membolehkan pengguna membuat pertanyaan kepada sistem dalam bahasa tabii atau bahasa mudah tanpa mengetahui kod perintah atau kata kunci.Kamus Komputer
bahasa perintah(command language)1. Bahasa yang digunakan untuk memberi perintah langsung kepada sistem pengendalian komputer. 2. Bahasa sumber yang kebanyakannya terdiri daripada pengendali proses. Setiap pengendali mampu melaksanakan fungsi atau perintah tertentu.Kamus Komputer
1234

Kembali ke atas