Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.jut] | لنجوت

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Mangifera lagenifera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.jut] | لنجوت

Definisi : 1. panjang (cerita, hikayat, dll): ada­pun perkataan Singapura berperang dgn Jawa itu terlalu amat ~ perkataannya; 2. lama, panjang, tinggi (umur): ia masih menjadi mahasiswa walaupun umurnya sudah ~; 3. mendalam (pengetahuan, penerangan, dll), saksama, teliti: elok juga saya jelaskan perkara ini dgn ~ sedikit; 4. ber­panjangan, tidak berhenti-henti, berterusan: mereka bergurau senda ~ hingga tengah malam; 5. panjang (keluhan): bapa mengeluh ~; 6. labuh (pakaian): dia memakai kain ~ sungguh; 7. lebih tinggi (ilmu, pelajaran, dll): sekolah yg ~; 8. Kd lambat (gerakan) per­jalanan dll: perempuan itu berjalan ~ sungguh; ~ akal panjang akal (cerdik); ~ fikiran cerdik; ~ usia panjang umur; selanjutnya 1. berikutannya, seterusnya: mereka memikirkan kemungkinan yg akan dihadapi hari esok dan hari ~; 2. selepas itu, sesudah itu: ~ Datuk Mufti telah menerangkan segala rukun haji; berlanjut-lanjut tidak berhenti-henti, ber­panjang-panjang, bersambung-sambung, terus­-menerus: suara itu kemudiannya memanjang dan ~ dan makin melemah pula; berlanjutan berpanjangan, berterusan, ber­kekalan: peperangan itu ~ hingga berpuluh­-puluh tahun lamanya; melanjut tidak putus-putus, tidak terhenti-­henti (tetap), terus: aku telah merantau sejak masa Jepun ~ ke masa orang putih; melanjutkan 1. menjadikan panjang atau berterusan, menyambung: kadang-kadang ia ~ tidurnya hingga fajar menyingsing; ~ perundingan; 2. menambah lagi (pelajaran, pekerjaan, dll), meneruskan: Hindun ber­sungguh-sungguh benar hendak ~ pelajaran­nya lagi; semua yg hadir diminta datang ke gedung kesenian utk ~ perkenalan; terlanjut terlebih (ukuran, perbuatan, dll),terlanjur; lanjutan sambungan (pelajaran, perbualan, dll), tambahan (pd sesuatu sebelumnya): sekolah menengah ~; kelanjutan ekoran atau perkembangan (drpd perkara yg berlaku sebelumnya), sambungan, kelangsungan, kesinambungan: ~ drpd pertengkaran itu, Bidin dan Bujal tidak ber­tegur sapa selama dua hari; bagi membiak­kan keturunan dan mengekalkan ~ generasi manusia; perlanjutan perihal berterusan (ber­panjangan); ~ jenis Id pembiakan jenis (tumbuh-tumbuhan); pelanjutan perihal atau perbuatan me­lanjutkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lanjut (adjektif)
Kata Terbitan : selanjutnya, berlanjut-lanjut, berlanjutan, melanjutkan, terlanjut, lanjutan, pelanjutan,

Peribahasa

Tiada telap oleh asai.

Bermaksud :

Sihat dan kuat meskipun usianya telah lanjut. asai = binatang kecil yang memakan kayu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
melalui pembelahan dedua secara memanjang. Sinonim flagellate. (BIO) flagellate (flagelat) 1. Lihat flagellata. 2. Perihal sesuatu yang menyerupai flagelum. (BIO) flagging (ceracak) Gejala pada pokok yang merupakan peringkat yang lebih lanjut daripada layu kerana hampir semua daun, bunga dan buahnya telah gugur sehingga nampak ranting sahaja. (BIO) flame spread rating (kadar rebak nyalaan) Ukuran terhadap kecepatan api yang merebak pada permukaan

Kembali ke atas