Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.jut] | لنجوت

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Mangifera lagenifera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.jut] | لنجوت

Definisi : 1. panjang (cerita, hikayat, dll): ada­pun perkataan Singapura berperang dgn Jawa itu terlalu amat ~ perkataannya; 2. lama, panjang, tinggi (umur): ia masih menjadi mahasiswa walaupun umurnya sudah ~; 3. mendalam (pengetahuan, penerangan, dll), saksama, teliti: elok juga saya jelaskan perkara ini dgn ~ sedikit; 4. ber­panjangan, tidak berhenti-henti, berterusan: mereka bergurau senda ~ hingga tengah malam; 5. panjang (keluhan): bapa mengeluh ~; 6. labuh (pakaian): dia memakai kain ~ sungguh; 7. lebih tinggi (ilmu, pelajaran, dll): sekolah yg ~; 8. Kd lambat (gerakan) per­jalanan dll: perempuan itu berjalan ~ sungguh; ~ akal panjang akal (cerdik); ~ fikiran cerdik; ~ usia panjang umur; selanjutnya 1. berikutannya, seterusnya: mereka memikirkan kemungkinan yg akan dihadapi hari esok dan hari ~; 2. selepas itu, sesudah itu: ~ Datuk Mufti telah menerangkan segala rukun haji; berlanjut-lanjut tidak berhenti-henti, ber­panjang-panjang, bersambung-sambung, terus­-menerus: suara itu kemudiannya memanjang dan ~ dan makin melemah pula; berlanjutan berpanjangan, berterusan, ber­kekalan: peperangan itu ~ hingga berpuluh­-puluh tahun lamanya; melanjut tidak putus-putus, tidak terhenti-­henti (tetap), terus: aku telah merantau sejak masa Jepun ~ ke masa orang putih; melanjutkan 1. menjadikan panjang atau berterusan, menyambung: kadang-kadang ia ~ tidurnya hingga fajar menyingsing; ~ perundingan; 2. menambah lagi (pelajaran, pekerjaan, dll), meneruskan: Hindun ber­sungguh-sungguh benar hendak ~ pelajaran­nya lagi; semua yg hadir diminta datang ke gedung kesenian utk ~ perkenalan; terlanjut terlebih (ukuran, perbuatan, dll),terlanjur; lanjutan sambungan (pelajaran, perbualan, dll), tambahan (pd sesuatu sebelumnya): sekolah menengah ~; kelanjutan ekoran atau perkembangan (drpd perkara yg berlaku sebelumnya), sambungan, kelangsungan, kesinambungan: ~ drpd pertengkaran itu, Bidin dan Bujal tidak ber­tegur sapa selama dua hari; bagi membiak­kan keturunan dan mengekalkan ~ generasi manusia; perlanjutan perihal berterusan (ber­panjangan); ~ jenis Id pembiakan jenis (tumbuh-tumbuhan); pelanjutan perihal atau perbuatan me­lanjutkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lanjut (adjektif)
Kata Terbitan : selanjutnya, berlanjut-lanjut, berlanjutan, melanjutkan, terlanjut, lanjutan, pelanjutan,

Peribahasa

Tiada telap oleh asai.

Bermaksud :

Sihat dan kuat meskipun usianya telah lanjut. asai = binatang kecil yang memakan kayu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lanjutlanjutPertanianTiadaTiada
longevitylanjut usiaGerontologiTiadaPerihal umur individu yang panjang.
afterburnerpembakar lanjutKejuruteraanTiadaTiada
afterburnerpembakar lanjutAeroangkasaTiadaTiada
afterburnerpembakar lanjutKejuruteraanTiadaPeranti yang biasanya dipasang di dalam litar gas serombong yang terdiri daripada sebuah pembakar bahan api bantu dan kebuk pembakaran gas cemar bagi penunuan.
brand extensionlanjut jenamaPentadbiranTiadaPeluasan penggunaan jenama keluaran baharu.
brand imagelanjut jemanaPentadbiranTiadaPandangan dan kepercayaan pengguna terhadap sesuatu jenama.
afterboildidih lanjutKejuruteraanKejuruteraan MekanikKeadaan bahan penyejuk di dalam enjin kereta yang masih mendidih walaupun enjin telah berhenti. Keadaan ini berlaku kerana enjin tidak berupaya menghilangkan haba yang berlebihan.
afterburningpembakaran lanjutKejuruteraanKejuruteraan Mekanik1. Pembakaran di dalam enjin pembakaran dalam, selepas letupan pada tekanan maksimum. 2. Pembakaran akibat penambahan bahan api ke dalam gas ekzos enjin jet untuk meningkatkan lagi tujah dan mengurangkan penggunaan bahan api. 3. Pembakaran tak regular sisa bahan pendorong di dalam motor roket selepas berakhirnya pembakaran utama.
advancependahuluan;;, lajakan, lanjut); mara (KEJ, P.JAS, LYR)Komunikasi MassaTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas