Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ri] | لاري

Definisi : 1 pergi utk melepaskan diri (drpd bahaya, tahanan, sekatan dsb): Mereka terkejut lalu ~ menyorok ke dlm belukar. Dia ~ dr penjara subuh-subuh tadi. 2 pergi meninggalkan pekerjaan atau kewajipan: Budak itu selalu ~ dr sekolah. 3 kadar kelajuan sesuatu yg bergerak: Kencang sungguh ~nya kereta baru itu. berlari bergerak dgn langkah yg pantas (lebih cepat drpd berjalan): Dapatkah kamu mengejar kuda yg ~? ~(-lari) anak berlari dgn tidak berapa pantas. ~(-lari) anjing berlari dgn langkah yg pendek. berlarian berkejar dan berlari dgn tidak tentu hala; dlm keadaan berlari-lari: Orang ramai telah gempar lalu ~ ke sana ke mari. melarikan 1 membawa lari: Perompak itu sempat ~ tas tangan seorang gadis. Mereka telah ~ kereta-kereta yg dicuri itu ke sebuah negara tetangga. 2 membawa atau memandu (kereta dsb) laju-laju: Dia ditahan kerana ~ keretanya melebihi had laju yg dibenarkan. 3 melepaskan sesuatu (drpd bahaya, sekatan, cukai dsb): Dia didapati bersalah kerana ~ cukai. 4 mengalih (pandangan dll): Ani ~ pandangannya ke jalan raya di hadapan rumahnya. ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan dll). ~ nyawa menyelamatkan diri drpd bahaya maut. memperlarikan menyebabkan (kuda dsb) berlari. larian 1 balapan tempat berlari: ~ kuda tempat perlumbaan kuda. 2 gerakan berlari: ~ yg pd mulanya laju sekali itu perlahan-lahan terhenti. 3 (kiraan) mata dlm permainan kriket. pelarian 1 hal (perbuatan dsb) lari atau melarikan. 2 = orang ~ orang yg melarikan diri dr sesebuah kawasan, negeri dll. pelari 1 orang yg berlari (dlm sukan dll). 2 orang yg lari. 3 orang yg melarikan cukai dsb. selari sama hala (bkn garisan, banjaran dll); sejajar: Garisan-garisan itu kelihatan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.ri] | لاري

Definisi : 1. = berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): mereka pun terkejut lalu ~ tunggang-langgang; lumba ~ 100 meter; 2. menyelamatkan atau melepas­kan diri (drpd bahaya, tahanan, dll): kesemua pencuri itu telah dapat ~ drpd serbuan polis; maka tuan Puteri Bongsu pun hendak ~lah, malu akan tuanku Malim Deman; 3. me­ninggalkan (sesuatu tempat, pekerjaan, dll) tanpa kebenaran, (dan biasanya pergi ke mana­mana supaya tidak dapat dikesan): kedua­-dua orang pemuda yg ~ masuk hutan itu akan dihukum; 4. bebas (terlepas, tersisih, dsb) drpd sesuatu atau drpd terpaksa melaku­kan sesuatu: ini ialah pembicaraan forma­listik yg tidak ~ drpd konsepnya; kita tidak dapat ~ drpd membandingkan kedua-dua bahasa kerana dua sebab; 5. bp perginya, arah, hala, haluan: ke mana ~nya wang tadi? 6. kecepatan, kelajuan: kuat sungguh ~nya kereta itu; 7. Jk panjang (sesuatu bidang); ~ celebu Kl, Tr lari dgn pantas; ~ pecut larian pd jarak dekat dgn kadar yg terpantas; selari 1. sama hala atau arah (garisan, banjaran, dll), sejajar: garisan lintang itu ialah bulatan-bulatan yg ~ dgn khatulistiwa; garisan ~ garisan sejajar (tidak akan bertemu walaupun dipanjangkan); 2. = selarian se­imbang dgn, sesuai dgn: terdirinya sekolah menengah itu adalah ~ dgn cita-cita kerajaan hendak menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar di sekolah; sengaja kupakai berjalan bersama-sama dgn engkau ini supaya selarian dan sesuai dgn darjatmu; 3. tidak putus-putus, terus-menerus: ulasan ~; berselari dlm keadaan yg selari: ketiga-tiga banjaran itu kira-kira ~ antara satu dgn lain; menyelarikan menjadikan sesuatu selari (sejajar): persediaan tersebut hendaklah diselarikan dgn program pembangunan; keselarian keadaan selari: ~ sinar itu; perselarian persamaan: imej-imej dlm kedua­-dua satira tersebut ada ~nya; berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): jangan ~ nanti jatuh; ~ (-lari) anak berlari perlahan-lahan; ~(-lari) anjing a) berlari dgn langkah pendek; b) sekejap berlari sekejap berjalan; guru kencing berdiri murid kencing ~ prb murid mencontohi kelakuan gurunya terutama kelakuan yg tidak baik; berlarian, berlari-larian, berkelarian ark 1. berlari atau berkejar tidak tentu hala: maka gemparlah orang ~ ke sana sini; 2. dlm keadaan berlari-lari: semua dayang dan inang pengasuh datang ~ meniarap serta menangis di kakinya; kedua-dua anaknya berlari-larian datang mendapatkan dia; 3. berlari, berjalan cepat-cepat: berjalan pun berlari-larian sahaja kerana hari hampir petang; melarikan 1. membawa lari: dua orang perompak telah ~ wang tunai dr sebuah kedai minyak; 2. memandu atau membawa laju­laju (kenderaan dll), menyebabkan berlari (spt kuda dll): dia ~ skuternya ke pejabat; 3. = ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan, dll), menghilangkan diri: beberapa orang telah ~ diri ke hutan mencari perlindungan; ketika patah perang pd minggu yg lalu, ia telah ~ diri; 4. mengalihkan (pandangan dll): Zaini telah ~ mukanya ke arah lain; memperlarikan 1. melarikan (memandu kereta dll) dgn laju; 2. lari melalui; terlari-lari berlari-lari kerana: ~ ketakutan; larian 1. perlumbaan (kuda dll); 2. perbuatan (pergerakan) lari: ~ mereka terhenti, di hujung jambatan itu sudah didatangi api; ~ kuda tempat perlumbaan (kuda dll); 3. jalan kecil sebelah dalam kubu (kota dll); pelarian 1. perihal berlari dgn cepat: mata­nya liar memerhatikan sekeliling spt mata pencuri dlm ~; 2. = orang ~ orang yg melari­kan diri, pengungsi; sepelarian sejauh (yg terdaya) berlari; ~ kuda sejauh kuda berlari; pelari orang yg berlari (dlm sukan dll), orang yg melarikan diri; ~ pecut orang yg berlumba lari pd jarak dekat dgn kadar yg terpantas; binatang ~ binatang yg kuat berlari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lari
Kata Terbitan : berlari, selari, menyelarikan, keselarian, melarikan diri, larian, pelarian, pelari,

Puisi
 

Lari puyuh jalan kontang,
     Tetak dengan batang kemudi;
Darilah jauh abang pun datang,
     Meraikan tuan yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Musang jebat lari tinggal baunya.

Bermaksud :

Orang yang baik atau jahat itu, apabila pindah ke tempat lain, namanya akan disebut-sebut orang juga.

 

Lihat selanjutnya...(21)

275

Don't jump from the flying pan into the fire

Setelah terlepas daripada bahaya, janganlah terjebak pula ke dalam bahaya yang lebih besar.

Takut akan lumpur, lari ke duri

She ran way with her two kids from her husband who was an incorrigible drunk to be witah a man whom she trusted. But it seemed that she had jump from the flying pan into the fire when she ended up being beaten while her children were kidnapped.

Dia lari meninggalkan suaminya yang kaki botol itu dengan dua anak kecilnya untuk bersama seorang lelaki yang dipercayainya. Dia akhirnya dibelasah, dan anaknya pula diculik. Inilah yang dikatakan, takut akan lumpur, lari ke duri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Majalah

Dewan Budaya » 2015 » October
Budaya Just another WordPress site • Hubungi Kami • Langganan • Ceritera Bulan Ini • Galeri • Gatra Perdana • Kamar Seni • Kembara Seorang Penyair • Nota Editor • Sekeliling Kita • Tradisi • Umum Home » 2015 » October 0 Comments LARI admin on October 1st, 2015 Oleh AAS Chinkara “Mengapakah komunis menang?”tanya seorang murid sekolah menengah selepas selesai menonton teater Lari . Jelas terlakar wajah tidak puas hati pada mukanya selepas babak terakhir teater tersebut. Pastinya dia tidak selesa dengan adegan yang menggambarkan kemenangan pengganas komunis. Rakannya turut menimbulkan pertanyaan. “Mengapakah Ramlah
Dewan Budaya » 2015 » May
Empat orang insan cacat pelihatan mencari rezeki melalui muzik di kaki lima ibu kota. Mereka hendak diambil kesempatan oleh Mat Pit (Rodhi Md. Noor) yang mengetahui bahawa Mona (Aida Othman) lari dari rumah dan bapanya telah membuat laporan polis. Helah Mat Pit dapat dipatahkan oleh mereka. Mereka dipelawa oleh aktivis masyarakat, Laila (Azizah Mahzan), dan peguam, Jamil (Azman Hassan), untuk mengadakan dan ada maksud tersirat bahawa kemampuan orang kurang upaya wajar diketengahkan. Sepadanya Daud ada jatuh hati kepada Mona. Mona pula mewarnakan hatinya kepada Pie (Eman Manan). Mona yang bendul sanggup lari dari rumah untuk mendapatkan kasih sayang dan perlindungan. Pie pula kaki sakat, tetapi daya fikirnya tinggi. Selayaknya mereka hidup di jalanan, maka pertuturan mereka hanya bahasa jalanan. Perkataan Inggeris yang
Dewan Budaya » 2013 » December
malang, lapan orang penduduk tempatan maut akibat bersesak-sesak apabila ribuan penduduk menyerbu gudang kerajaan yang menyimpan beras. Sebanyak 33 000 guni beras yang setiap satunya seberat 50 kilogram dibawa lari oleh penduduk. Tindakan ini merupakan kemuncak desakan hidup setelah enam hari mereka terputus bekalan elektrik dan talian telefon, serta tidak mendapat rawatan perubatan. Malaysia serta-merta menghantar pasukan perubatan dan malang, lapan orang penduduk tempatan maut akibat bersesak-sesak apabila ribuan penduduk menyerbu gudang kerajaan yang menyimpan beras. Sebanyak 33 000 guni beras yang setiap satunya seberat 50 kilogram dibawa lari oleh penduduk. Tindakan ini merupakan kemuncak desakan hidup setelah enam hari mereka terputus bekalan elektrik dan talian telefon, serta tidak mendapat rawatan perubatan. Malaysia serta-merta menghantar pasukan perubatan dan
Dewan Masyarakat | Tragedi Westgate: Konflik Berdarah di Afrika
asyik membeli-belah untuk keperluan harian. Tembakan rambang dengan menggunakan senjata automatik serta lontaran bom ke segenap arah menyebabkan suasana yang tenang bertukar menjadi panik apabila ratusan orang awam bertempiaran lari menyelamatkan diri daripada ditembak oleh kumpulan lelaki yang tidak dikenali. Kesan daripada letupan bom tangan itu menyebabkan banyak bahagian bangunan mengalami rosak teruk, termasuk lantai bangunan di tingkat dua yang
Dewan Masyarakat | 2011 | Februari
bidang keusahawanan yang merupakan sebahagian daripada instrumen perubahan dan pembaikan ekonomi bagi mana-mana individu dan komuniti. Share Dewasa ini, masyarakat masih pesimis terhadap golongan belia. Mat Rempit, bohsia, remaja lari dari rumah dan kes pembuangan bayi selalu dipaparkan dalam media perdana. Dalam rentetan pendedahan negatif ini, muncul beberapa kelompok belia yang menampakkan kematangan dan berfikiran luar dari kotak. Masyarakat umum
Dewan Masyarakat
elit sastera di peringkat global, beliau masih dipengaruhi kuat oleh tradisi India – masih memakai Kurta dan seorang vegetarian. Dewasa ini, masyarakat masih pesimis terhadap golongan belia. Mat Rempit, bohsia, remaja lari dari rumah dan kes pembuangan bayi selalu dipaparkan dalam media perdana. Dalam rentetan pendedahan negatif ini, muncul beberapa kelompok belia yang menampakkan kematangan dan berfikiran luar dari kotak. Masyarakat umum
Dewan Masyarakat | 2011 | Mac
seorang pasangan dan mengaku mengamalkan seks bebas. Kata mereka, dalam usia sebeginilah semuanya dicuba sebelum menjadi dewasa. Share Dewasa ini, masyarakat masih pesimis terhadap golongan belia. Mat Rempit, bohsia, remaja lari dari rumah dan kes pembuangan bayi selalu dipaparkan dalam media perdana. Dalam rentetan pendedahan negatif ini, muncul beberapa kelompok belia yang menampakkan kematangan dan berfikiran luar dari kotak. Masyarakat umum
Dewan Budaya » Sekeliling Kita
oleh reka bentuk masjid di Asia Barat. Namun demikian, bukan Tunku Abdul Rahman yang memberikan persetujuan terhadap cadangan tersebut, tetapi Abdul Razak. Menurut Baharuddin, cadangan tersebut dikemukakannya kerana beliau mahu “lari” daripada reka bentuk konvensional. Baginya, payung melambangkan kedaulatan negara. Yang tidak dapat dinafikan ialah penggunaan payung menunjukkan keaslian reka bentuk masjid di negara ini. “Setiap kali kita melihat Yang di
Dewan Budaya » 2014 » July
manusia bersikap hanya sebagai penonton dan tidak lagi mahu atau pandai melibatkan diri secara sedar kerana hubungan erat dengan alam semesta telah terputus sama sekali, walaupun fitrah mereka tidak dapat lari daripada alam semesta pada setiap saat penghidupannya. Ambil sahaja peredaran masa yang dialami setiap ketika; semuanya berkaitan secara langsung dengan peredaran cekerawala di alam semesta, baik dalam bentuk musim mahupun
Dewan Budaya » 2015 » December
oleh reka bentuk masjid di Asia Barat. Namun demikian, bukan Tunku Abdul Rahman yang memberikan persetujuan terhadap cadangan tersebut, tetapi Abdul Razak. Menurut Baharuddin, cadangan tersebut dikemukakannya kerana beliau mahu “lari” daripada reka bentuk konvensional. Baginya, payung melambangkan kedaulatan negara. Yang tidak dapat dinafikan ialah penggunaan payung menunjukkan keaslian reka bentuk masjid di negara ini. “Setiap kali kita melihat Yang di
Dewan Masyarakat | Daripada Editor Dalam Talian
terpanjang di dunia, seolah-olah berlangsung dengan begitu jelas. Share Ambang Kedewasaan Belia Malaysia Daripada Editor Dalam Talian Dewasa ini, masyarakat masih pesimis terhadap golongan belia. Mat Rempit, bohsia, remaja lari dari rumah dan kes pembuangan bayi selalu dipaparkan dalam media perdana. Dalam rentetan pendedahan negatif ini, muncul beberapa kelompok belia yang menampakkan kematangan dan berfikiran luar dari kotak. Masyarakat umum
Dewan Budaya » 2012 » April
Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan berperwatakan aneh dengan rambut yang menggerbang dan tidak terurus. Semasa hari pertama di rumahnya, beliau diganggu oleh Kak Limah sewaktu ingin tidur. Husin lari lintang-pukang ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang kampung bahawa Kak Limah sudah menjadi hantu. ___ Rencana ini dipetik daripada Dewan Budaya April 2012. Posted in: Uncategorized 0
Dewan Budaya » 2013 » June
apabila sesuatu persembahan yang terbit daripada rasa “cuba-cuba” berjaya dilakukan. Maka sebab itulah dalam pentas teater, menjelang peralihan generasi sering kali wujud “bentakan peperangan idea” anak muda yang ingin lari daripada idea yang bersifat konvensional dan konservatif. Mereka lahirkan “teater eksperimental” yang membawa garapan idea baharu yang segar dan menepati cita rasa zaman. Yang dibimbangkan oleh kebanyakan pihak ialah “eksperimental
Dewan Budaya » 2014 » June
fungsi ini sering terlepas perhatian banyak pihak) melalui penerbitan bahan bacaan dan rujukan pelbagai bidang dalam bahasa Melayu. Tatkala segelintir penulis mapan dan orang yang rapat dengan golongan itu kelihatan “lari” meninggalkan DBP menujui tempat yang dapat memberikan lebih “kepuasan”, institusi “nyala membakar semangat rakyat” itu tetap berdiri kukuh berusaha untuk mengatasi masalah tersebut dengan melahirkan kumpulan pelapis – tidak merintih atas

Kembali ke atas