Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (lébar) 1. lapang (kawasan dll), luas, tidak sempit: Jawa Tengah tidak se~ Jawa Barat dan Jawa Timur; 2. lintang (lwn panjang) pd sesuatu kawasan: ~ tanah ini kira-kira dua puluh meter; ia tersenyum ~; ~ mulut (orang yg) banyak cakap; melebar menjadi (lebih) lebar: senyuman Datuk Ujang yg sudah tumpas tadi ~ semula; melebarkan membuat jadi lebar, melapang­kan, meluaskan: mereka datang hendak ~ tanah jajahan mereka; ~ jalan-jalan yg sempit; memperlebar menjadikan lebih lebar; kelebaran keadaan lebar; pelebaran perihal atau perbuatan melebar­kan, peluasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi orang terjun ke dlm air, cebur; ~-lebu bunyi spt bunyi denyutan jan­tung yg kencang (kerana terperanjat dll), berdebar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /lébar/ 1 tidak sempit; luas (bkn kawasan); lapang: Jalan di sana ~-~ belaka. 2 lintang sesuatu bidang (lw panjang): ~ kawasan itu ialah 10 meter dan panjangnya 30 meter. melebar menjadi lebar: Senyumnya makin ~ sewaktu melihat telatah anaknya. melebarkan menjadikan lebar; membesarkan; meluaskan: Pekerja-pekerja sedang ~ jalan. memperlebar menjadikan lebih lebar: Kerja-kerja ~ jalan raya itu dilakukan pd waktu malam. pelebaran perbuatan, hal dsb melebar atau melebarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebar
Rujuk :lapang

Puisi
 

Tanam tebu beruas-ruas,
     Tanam dari tepi telaga;
Lautan lebar bukankah luas,
     Kenapa kapal selalu berlaga?


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menghubung hendak panjang,
     menyebar hendak lebar.

Bermaksud :

Perkahwinan yang akan menambahkan keluarga di kedua belah pihak.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud kata ganda lebar-lebar?Makna lebar-lebar berserta ayat contoh dalam Kamus Dewan Perdana (2020):

 

lebar-lebar adv (membuka mata, mulut, pintu dll) dgn luas atau besar sekali: Dia membuka matanya lebar-lebar sambil menikmati keindahan alam.Semua tingkap dibuka lebar-lebar dan terasa angin nyaman menerjah masuk.

Makna23.04.2023
1)Apakah maksud bertatasusila dan bertatabahasa?(atau tidak ada dalam kamus?)Mengapakah dua perkataan ini tidak ada dalam Kamus Dewan atau Kamus Pelajar?Boleh memberikan saya contoh ayat bagi perkataan “bertatasusila dan bertatabahasa”?(Jika ada dalam kamus) 2)Apakah maksud”lebar-lebar”?(atau tidak ada dalam kamus?) Adakah “lebar-lebar” bermaksud lebar?Boleh jelaskan?Boleh memberikan contoh ayat? Terima kasih.

1) Makna bertatasusila dan bertatabahasa berserta ayat contoh dalam Kamus Dewan Perdana (2020):

 

tatasusila n adat sopan santun dan budi pekerti yg baik: Tamadun manusia yg tinggi nilai peradabannya ialah mereka yg menjaga adab dan tatasusila terpuji.

 

bertatasusila 

ktt mempunyai tatasusila: Pelajar harus diajar utk menggunakan bahasa yg sesuai dan bertatasusila apb berhadapan dgn ahli keluarga, guru dan rakan.

tatabahasa Lin n cabang ilmu linguistik yg berkaitan dgn sintaksis, morfologi, dan termasuk juga fonologi serta semantik;

nahu;

bertatabahasa ktt menggunakan atau mengikut tatabahasa: Sesetengah lirik lagu didapati mengabaikan kesantunan bertatabahasa. Bahasa baku persuratan ialah bahasa yg bertatabahasa dan gramatis yg dizahirkan dlm bentuk tulisan.


2) Makna lebar-lebar berserta ayat contoh dalam Kamus Dewan Perdana (2020):

 

lebar-lebar adv (membuka mata, mulut, pintu dll) dgn luas atau besar sekali: Dia membuka matanya lebar-lebar sambil menikmati keindahan alam.Semua tingkap dibuka lebar-lebar dan terasa angin nyaman menerjah masuk.

Semoga jawapan ini dapat memberi pencerahan kepada tuan/puan. 

Terima kasih.

Makna28.04.2023
perkataan jalur lebar talian tetap (fixed broadband) dan jalur lebar mudah alih (mobile broadband) adalah kata nama khas atau kata nama am?Perkataan "jalur lebar talian tetap" dan "jalur lebar mudah alih" merupakan kata nama am.Lain-lain12.04.2022
Semakan penggunaan ayat 1. Mula berniaga guna jalur lebar hanya rm99 atau 2. Mula niaga guna jalur lebar hanya rm99Jawapan Mula berniaga menggunakan jalur lebar. hanya RM99Tatabahasa15.01.2013
Apa yang dimaksudkan dengan Jalur Lebar? Adakah perkhidmatan Internet yang diberikan oleh streamyx dari telekom termasuk dalam kategori Jalur Lebar?

Jalur Lebar merujuk kepada isyarat telekomunikasi (yang memproses isyarat telekomunikasi lebih laju). Lebih lebar jalur lebih besar keupayaan untuk memproses isyarat telekomunikasi. Perkhidmatan Internet yang diberikan oleh Streamyx juga tergolong dalam kategori Jalur Lebar.

Lain-lain08.02.2011
Tuan, bolehkah tuan terangkan perbezaannya antara senyum dan tersenyum? mengapakah dia senyum lebar salah? perlu dia tersenyum lebar? terima kasih.

Dalam Kamus Pelajar tersenyum bermaksud  melahirkan rasa gembira dan lain-lain dengan memaniskan muka (mulut tertutup atau terbuka sedikit). 

Senyum pula bermaksud gerak bibir yang ternaik pada hujungnya yang membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara.
Klausa tersenyum lebar lazim digunakan berbanding senyum lebar. Kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa16.07.2020
JALUR LEBAR

Assalamualaikum

Sila rujuk PUSAT RUJUKAN PERSURATAN MELAYU DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 

Sekian. 

Lain-lain01.09.2010
Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu kami mengesahkan penggunaan ayat berikut adalah betul (Sila rujuk kepada lampiran berikut) Pilihan 1 MULA BERNIAGA GUNA JALUR LEBAR DENGAN HANYA RM99. Pilihan 2 MULA BERNIAGA MENGGUNAKAN JALUR LEBAR DENGAN HANYA RM99. Untuk makluman Tuan/Puan, ayat ini adalah tujuan pengiklanan bagi iklan cetak. Kami berharap pihak Tuan/Puan dapat menjelaskan penggunaan ayat yang betul bagi rujukan kami. Kerjasama Tuan/Puan amat dihargai. Terima Kasih!Ayat yang betul ialah: 2. MULA BERNIAGA MENGGUNAKAN JALUR LEBAR DENGAN HANYA RM99Tatabahasa15.01.2013
Salam sejahtera. Adakah kata hubung ‘apabila’ dan ‘bila’ dapat digunakan di permulaan ayat? Contohnya: 1. Bila loceng sekolah berbunyi, murid-murid bergegas ke kantin sekolah. 2. Apabila Yasmin menerima trofi itu, dia tersenyum lebar.Ayat yang betul ialah Apabila Yasmin menerima trofi itu, dia tersenyum lebar, ayat penyata. Bila digunakan dalam ayat tanya, seperti Bilakah anda berpindah?Tatabahasa23.10.2020
adakah kertas mahjong (kertas putih dan lebar) terdapat dalam entri kamus?kalau tiada perkataan apa yg perlu digantikanIstilah kertas mahjong tidak terdapat dalam pangkalan data kami.Istilah11.02.2011
12345

Kembali ke atas