Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (lébar) 1. lapang (kawasan dll), luas, tidak sempit: Jawa Tengah tidak se~ Jawa Barat dan Jawa Timur; 2. lintang (lwn panjang) pd sesuatu kawasan: ~ tanah ini kira-kira dua puluh meter; ia tersenyum ~; ~ mulut (orang yg) banyak cakap; melebar menjadi (lebih) lebar: senyuman Datuk Ujang yg sudah tumpas tadi ~ semula; melebarkan membuat jadi lebar, melapang­kan, meluaskan: mereka datang hendak ~ tanah jajahan mereka; ~ jalan-jalan yg sempit; memperlebar menjadikan lebih lebar; kelebaran keadaan lebar; pelebaran perihal atau perbuatan melebar­kan, peluasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi orang terjun ke dlm air, cebur; ~-lebu bunyi spt bunyi denyutan jan­tung yg kencang (kerana terperanjat dll), berdebar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /lébar/ 1 tidak sempit; luas (bkn kawasan); lapang: Jalan di sana ~-~ belaka. 2 lintang sesuatu bidang (lw panjang): ~ kawasan itu ialah 10 meter dan panjangnya 30 meter. melebar menjadi lebar: Senyumnya makin ~ sewaktu melihat telatah anaknya. melebarkan menjadikan lebar; membesarkan; meluaskan: Pekerja-pekerja sedang ~ jalan. memperlebar menjadikan lebih lebar: Kerja-kerja ~ jalan raya itu dilakukan pd waktu malam. pelebaran perbuatan, hal dsb melebar atau melebarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebar
Rujuk :lapang

Puisi
 

Tanam tebu beruas-ruas,
     Tanam dari tepi telaga;
Lautan lebar bukankah luas,
     Kenapa kapal selalu berlaga?


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menghubung hendak panjang,
     menyebar hendak lebar.

Bermaksud :

Perkahwinan yang akan menambahkan keluarga di kedua belah pihak.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEMANG LEBAR DAUN

Demang Lebar Daun (? – ?), mangkubumi

kerajaan Palembang. Dia menguasai Muara

Tatang (Batanghari), hulu Sungai Melayu. Bukit

Siguntang terletak di kawasan ini. Menurut Sejarah

Melayu, Demang Lebar Daun ialah orang yang

pertama menggunakan bahasa diraja seperti ‘Yang

Dipertuan’ dan ‘Patik’ dalam perbualannya.

UMUM 
KAIN LEBAR

Kain lebar ialah kain kapas atau kain bulu bebiri

lembut yang digunakan untuk membuat kot, sut,

kemeja dan gaun.

UMUM 
DIMENSI KEEMPAT

Dimensi keempat. Biasanya, kita memikirkan

ruang terdiri daripada tiga dimensi: panjang,

lebar dan tinggi. Sebuah kotak berukuran 6 meter

panjang, 4 meter lebar, dan 2 meter tinggi boleh

digambarkan oleh set nombor yang tertib (6, 4,

2). Set sedemikian juga boleh digunakan untuk

memerihalkan kedudukan suatu titik dalam ruang–

contohnya, kedudukan sebuah kapal terbang.

Namun, ketiga-tiga nombor ini tidak dapat

mewakili kedudukan kapal terbang yang sedang

bergerak. Untuk menandakan kapal terbang yang

sedang dalam penerbangan pada kedudukan

tertentu, seperti (6, 4, 2), kita perlukan dimensi

keempat, iaitu masa.

UMUM 
PULAU KANGGARU

Pulau Kanggaru ialah pulau terbesar yang

terletak di luar pesisir Australia Selatan.

Panjangnya ialah 145 kilometer dan 44 kilometer

lebar di bahagian yang paling lebar. Keluasannya

ialah 4300 kilometer persegi dan merupakan pulau

ketiga terbesar di perairan Australia. Pulau ini

terletak kira-kira 145 kilometer di selatan Adelaide.

Ia dipisahkan dari daratan oleh Selat Investigator.

UMUM 
ARUS PERU

Arus Peru ialah arus lautan yang sejuk, lebar

tetapi cetek di Lautan Pasifik. Ia mengalir dengan

perlahan ke arah utara di sepanjang pantai barat

Amerika Selatan. Di sepanjang pantai Peru, suhu

airnya ialah 8 ° C lebih sejuk daripada normal bagi

permukaan Lautan Pasifik di garis lintang tersebut.

Kebanyakan ahli sains percaya bahawa angin

meniup air permukaan yang panas, menyebabkan

air yang lebih sejuk dari bawah naik ke permukaan.

Arus ini juga dinamakan Arus Humboldt (lihat

Humboldt, Baron von ).

UMUM 
TELUK BISCAY

Teluk Biscay merupakan peluasan Lautan

Atlantik di pantai barat Eropah. Ia terletak ke barat

Perancis dan utara Sepanyol. Pinggir laut Teluk

Biscay sepanjang kira-kira 640 kilometer. Lebar

teluk ini kira-kira 480 kilometer pada bahagian

yang paling lebar.

UMUM 
ARC DE TRIOMPHE

Arc de Triomphe terletak di pangkal lebuh lebar

yang dibarisi pokok yang dikenali sebagai Champs

Élysées di Paris. Ia terletak di Place Charles de Gaulle

(dahulunya Place de l’Etoile) tempat bertemu 12

lebuh. Namanya bermakna Gerbang Kemenangan .

UMUM 
SIMBAL

Simbal ialah sejenis alat perkusi bras yang

bentuknya seperti topi dengan tepinya yang lebar.

Bahagian tengah simbal ini menyerupai kepala atau

puncak topi. Ahli muzik memegang pada pemegang

kulit simbal yang diikat pada bahagian tengah

gendang ataupun dengan menggantungkan alat ini

pada tempat khas. Pemain boleh menghasilkan ton

yang berubah-ubah mutunya dengan cara memukul

dua simbal bersama-sama atau dengan cara

memukul satu simbal dengan menggunakan sejenis

tukul khas. Tukul ini diperbuat daripada logam atau

kayu dan sesetengahnya dibalut dengan kain felt atau

yarn.

UMUM 
PULAU MARIA

Pulau Maria ialah pulau kecil (tidak lebih 19

kilometer panjang dan 13 kilometer lebar) di pantai

timur Tasmania, sebuah negeri pulau di Australia.

Penjelajah Belanda, Abel Tasman melawat pulau itu

pada tahun 1642. Pulau tersebut dihuni oleh Orang

Asli Tasmania sehingga kira-kira pada tahun 1820.

UMUM 
POKOK TULIP

Pokok tulip juga dinamakan poplar kuning

dan poplar tulip , ialah pokok daun lebar yang

tertinggi di timur Amerika Syarikat. Di hutan, ia

boleh tumbuh setinggi melebihi 60 meter, dan

batangnya mungkin setebal 1.5 meter hingga 3

meter di bahagian pangkal. Ia tumbuh dari

selatan New England hingga ke Florida dan ke

arah barat hingga ke selatan Missouri dan

Louisiana.

UMUM 
123456789

Kembali ke atas