Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : /lébar/ 1 tidak sempit; luas (bkn kawasan); lapang: Jalan di sana ~-~ belaka. 2 lintang sesuatu bidang (lw panjang): ~ kawasan itu ialah 10 meter dan panjangnya 30 meter. melebar menjadi lebar: Senyumnya makin ~ sewaktu melihat telatah anaknya. melebarkan menjadikan lebar; membesarkan; meluaskan: Pekerja-pekerja sedang ~ jalan. memperlebar menjadikan lebih lebar: Kerja-kerja ~ jalan raya itu dilakukan pd waktu malam. pelebaran perbuatan, hal dsb melebar atau melebarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : (lébar) 1. lapang (kawasan dll), luas, tidak sempit: Jawa Tengah tidak se~ Jawa Barat dan Jawa Timur; 2. lintang (lwn panjang) pd sesuatu kawasan: ~ tanah ini kira-kira dua puluh meter; ia tersenyum ~; ~ mulut (orang yg) banyak cakap; melebar menjadi (lebih) lebar: senyuman Datuk Ujang yg sudah tumpas tadi ~ semula; melebarkan membuat jadi lebar, melapang­kan, meluaskan: mereka datang hendak ~ tanah jajahan mereka; ~ jalan-jalan yg sempit; memperlebar menjadikan lebih lebar; kelebaran keadaan lebar; pelebaran perihal atau perbuatan melebar­kan, peluasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi orang terjun ke dlm air, cebur; ~-lebu bunyi spt bunyi denyutan jan­tung yg kencang (kerana terperanjat dll), berdebar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lebar
Rujuk :lapang

Puisi
 

Tanam tebu beruas-ruas,
     Tanam dari tepi telaga;
Lautan lebar bukankah luas,
     Kenapa kapal selalu berlaga?


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
beamlebarKejuruteraanPetroleumLebar terbesar badan kapal atau rig penggerudian luar pantai yang mudah digerakan atau dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
half-widthsetengah lebarFizikAkustikSetengah daripada lebar suatu jalur spektrum yang diukur pada setengah ketinggian jalur spektrum tersebut.
face widthlebar mukaMekanikGunaan(bagi gigi gear) Lebar gigi gear, diukur selari dengan paksi gear itu.
energy level widthlebar aras tenagaFizikMekanik KuantumLihat: lebar aras
natural line widthlebar garisan asliFizikMekanik KuantumBahagian lebar garisan spektrum penyerapan atau pancaran yang terhasil daripada masa hayat peralihan spontan.
level widthlebar arasFizikMekanik KuantumUkuran perebakan tenaga ujaan bagi suatu keadaan tak stabil untuk sistem terkuantum. Sinonim lebar aras tenaga.
aspect rationisbah apsekFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan1. Nisbah lebar dengan tinggi gambar televisyen. (Kebanyakan negeri menggunakan nisbah 4:3) 2. Nisbah lebar dengan panjang saluran dalam MOSFET (Metal Oxide Field Effect Transistor)
general market specificationsspesifikasi pasaran umumPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSpesifikasi Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia yang memperuntukkan peraturan penggredan papan nipis atau tebal yang biasanya digergaji semula sebelum digunakan untuk pelbagai tujuan akhir. Spesifikasi ini juga digunakan untuk mengredkan stok dimensi yang mempunyai panjang dan lebar yang ditetapkan, iaitu lebar dan panjang minimum yang dikehendaki dalam sebarang peringkat yang tidak kurang daripada 4 inci (102 mm) lebar dan 6 kaki (1829 mm) panjang. Spesifikasi ini memperuntukkan enam gred yang berbeza, berdasarkan panjang dan lebar minimum. Gred tersebut adalah prime, select, standard, sound, serviceable dan utility.
edge grainira tepiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanIra pada kayu yang mempunyai permukaan lebar yang bersudut tepat dengan gelang pertumbuhan. Papan yang berira tepi mempunyai sudut di antara gelang pertumbuhan dengan permukaan lebar papan yang berjulat antara 45� hingga 90�.
cutting unitunit potonganPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKeluasan permukaan kayu yang berukuran 1 inci lebar dan 1 kaki panjang, yang bersamaan 12 inci persegi. Misalnya, jumlah unit potongan bagi kayu berukuran 6 inci lebar dan 6 kaki panjang ialah 36 unit potongan. Peratusan unit potongan muka bersih digunakan dalam pengredan kepingan kayu.
12345678910...

Kembali ke atas