Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bat] | لبت

Definisi : 1 banyak dan rapat tumbuhnya (bkn rambut, bulu, buah, bunga dll): Buah jambu itu sangat ~. Bulu keningnya ~ dan hitam. 2 banyak lagi tebal (bkn hujan, embun): ~ betul hujan petang tadi. melebat menjadi lebat (bkn buah-buahan, hujan dsb): Hujan ~ semula. melebatkan menjadikan lebat: Utk ~ buahnya, kita terpaksa membantu dlm proses pendebungaannya. kelebatan keadaan atau hal lebat: ~ rambut. pelebatan perbuatan, hal dsb melebat atau melebatkan. pelebat bahan yg melebatkan: ~ rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[le.bat] | لبت

Definisi : 1. banyak dan rapat tumbuhnya (rambut, bulu, buah, daun, dll): rambutnya ikal, ~ dan hitam; kian lama kian jauh perjalanan kita, kian lama kian ~ rimba yg dituju; pokok ini ~ buahnya; 2. banyak lagi tebal (hujan, embun, dll): hujan yg turun dgn ~nya pd pagi itu masih belum sidang-sidang lagi; 3. banyak lagi penuh (bkn corak kain dsb): dia boleh menyiapkan sehelai kain songket yg ~ corak emasnya dlm masa dua belas hari sahaja; melebat menjadi lebat (hujan, buah-buahan, dll): hujan mula ~ kembali; melebatkan menjadikan atau menyebabkan lebat: minyak yg dikatakan dapat ~ rambut; sj baja yg digunakan utk ~ buah mangga setiap kali musim berbuah; kelebatan perihal lebat (hujan); pelebat (bahan) yg melebatkan: lemak udang pula boleh dijadikan bahan ~ rambut atau bulu roma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lebat
Rujuk :tebal

Puisi
 

8Betapa lebat bunga remia,
     Lebat lagi bunga pegaga;
Betapa hebat pakaian dunia,
     Hebat lagi pakaian syurga.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Mengenalkan diri bagai pisang lebat.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana perbuatannya atau tabiatnya sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
molosah[m.l.sAh]kata adjektifberkenaan hujan, air yang mencurah-curah.Ujan tu lobek, molosah turune.[u.dZAn tu l.bE/ m.l.sAh tu.Äun.E]Hujan itu lebat, mencurah-curah turunnya.
kata nama[t.mu.wA]kata namasungai.Bilo ujan lobek, sawah topi tomua copek apuih.[bi.l u.dZAn l.bE/ sA.wAh t.pi t.mu.wA tS.pE/ A.puih]Apabila hujan lebat, air sungai di tepi sawah cepat melempahi tebing.
lotai[l.tAj]kata kerjapunggah, ambil secara besar-besaran.Manggih di kobun tu lobek, dah masak, kok todayo den ngambek, lotailah sobanyak mano yang kau ndak.[mAN.gih di k.bun tu l.bE/ dAh mA.sA/ k/ t.dA.j dEn NAm.bE/ l.tAj lAh s.bA.øA/ mA.n kAw ndA/]Manggis di kebun itu lebat, sudah masak, kalau terdaya, ambillah sebanyak mana yang kau hendak.
bodayah[b.dA.jAh]kata adjektifberkenaan makanan yang banyak.Makanan kek rumah orang kawen tu bodayah sobab ramai yang tak datang dek ujan lobek.[mA.kA.nAn kE/ Äu.mAh .ÄAN kA.wen tu b.dA.jAh s.bAb ÄA.mAj .ÄAN tA/ dA.tAN de/ u.dZAn l.bE/]Makanan di rumah orang kawin itu banyak sebab ramai yang tidak datang kerana hujan lebat.

Kembali ke atas