Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bat] | لبت

Definisi : 1 banyak dan rapat tumbuhnya (bkn rambut, bulu, buah, bunga dll): Buah jambu itu sangat ~. Bulu keningnya ~ dan hitam. 2 banyak lagi tebal (bkn hujan, embun): ~ betul hujan petang tadi. melebat menjadi lebat (bkn buah-buahan, hujan dsb): Hujan ~ semula. melebatkan menjadikan lebat: Utk ~ buahnya, kita terpaksa membantu dlm proses pendebungaannya. kelebatan keadaan atau hal lebat: ~ rambut. pelebatan perbuatan, hal dsb melebat atau melebatkan. pelebat bahan yg melebatkan: ~ rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[le.bat] | لبت

Definisi : 1. banyak dan rapat tumbuhnya (rambut, bulu, buah, daun, dll): rambutnya ikal, ~ dan hitam; kian lama kian jauh perjalanan kita, kian lama kian ~ rimba yg dituju; pokok ini ~ buahnya; 2. banyak lagi tebal (hujan, embun, dll): hujan yg turun dgn ~nya pd pagi itu masih belum sidang-sidang lagi; 3. banyak lagi penuh (bkn corak kain dsb): dia boleh menyiapkan sehelai kain songket yg ~ corak emasnya dlm masa dua belas hari sahaja; melebat menjadi lebat (hujan, buah-buahan, dll): hujan mula ~ kembali; melebatkan menjadikan atau menyebabkan lebat: minyak yg dikatakan dapat ~ rambut; sj baja yg digunakan utk ~ buah mangga setiap kali musim berbuah; kelebatan perihal lebat (hujan); pelebat (bahan) yg melebatkan: lemak udang pula boleh dijadikan bahan ~ rambut atau bulu roma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lebat
Rujuk :tebal

Puisi
 

8Betapa lebat bunga remia,
     Lebat lagi bunga pegaga;
Betapa hebat pakaian dunia,
     Hebat lagi pakaian syurga.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Mengenalkan diri bagai pisang lebat.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana perbuatannya atau tabiatnya sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Lebat Hujan TaipingLeo A. W. SBerita Minggu21.08.1994
Buah lebat gugur di Jalan Chan Sow Lin...Pak SakoUtusan Malaysia25.01.1975
Semasa hujan lebat turunMabulmaddin ShaiddinHarian Ekspres13.01.2008
Gerimis Semakin LebatSinar Baru, KKBorneo Mail07.09.1991
Puisi meningkah hujan lebat di Rumah PenaZainal BaharumBerita Minggu (Sastera dan Budaya)11.03.2001
Hati Damai Di Hujan LebatSaleh, KemalawatiBerita Minggu16.10.1966
Pentas Rakyat disambut dalam hujan lebatMustapa MeonUtusan Malaysia20.01.1975
Baca puisi Pena bersemangat walaupun hujan lebatHassan OmarBerita Harian15.11.2003
Pepohon sastera negara semakin merendang dan buahnya bertambah lebatPak SakoUtusan Zaman03.05.1981

Kembali ke atas