Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bat] | لبت

Definisi : 1 banyak dan rapat tumbuhnya (bkn rambut, bulu, buah, bunga dll): Buah jambu itu sangat ~. Bulu keningnya ~ dan hitam. 2 banyak lagi tebal (bkn hujan, embun): ~ betul hujan petang tadi. melebat menjadi lebat (bkn buah-buahan, hujan dsb): Hujan ~ semula. melebatkan menjadikan lebat: Utk ~ buahnya, kita terpaksa membantu dlm proses pendebungaannya. kelebatan keadaan atau hal lebat: ~ rambut. pelebatan perbuatan, hal dsb melebat atau melebatkan. pelebat bahan yg melebatkan: ~ rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[le.bat] | لبت

Definisi : 1. banyak dan rapat tumbuhnya (rambut, bulu, buah, daun, dll): rambutnya ikal, ~ dan hitam; kian lama kian jauh perjalanan kita, kian lama kian ~ rimba yg dituju; pokok ini ~ buahnya; 2. banyak lagi tebal (hujan, embun, dll): hujan yg turun dgn ~nya pd pagi itu masih belum sidang-sidang lagi; 3. banyak lagi penuh (bkn corak kain dsb): dia boleh menyiapkan sehelai kain songket yg ~ corak emasnya dlm masa dua belas hari sahaja; melebat menjadi lebat (hujan, buah-buahan, dll): hujan mula ~ kembali; melebatkan menjadikan atau menyebabkan lebat: minyak yg dikatakan dapat ~ rambut; sj baja yg digunakan utk ~ buah mangga setiap kali musim berbuah; kelebatan perihal lebat (hujan); pelebat (bahan) yg melebatkan: lemak udang pula boleh dijadikan bahan ~ rambut atau bulu roma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lebat
Rujuk :tebal

Puisi
 

8Betapa lebat bunga remia,
     Lebat lagi bunga pegaga;
Betapa hebat pakaian dunia,
     Hebat lagi pakaian syurga.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Mengenalkan diri bagai pisang lebat.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana perbuatannya atau tabiatnya sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Majalah

Dewan Masyarakat | Halal Bukan Setakat di Kedai Makan
dalam Fail Jenayah “Pemerkasaan” dan “Pemartabatan” Bahasa Melayu dalam Kaca di Jendela “Para Belia Perlu Berfikiran Global” – Shobana Nair dalam Rencana Utama Jangan Tersalah Pilih IPTS dalam Sosial Tuah Hujan Lebat dalam Panorama Dialog Media Malaysia – Indonesia Perkukuh Semangat Setia Kawan dalam Daripada Ketua Editor Tiga Ancaman Besar dalam Kaca di Jendela Kebanjiran Warga Asing Mendatangkan Keburukan? dalam Surat Pembaca Recent
Dewan Masyarakat | Panorama
manusia! Masakan tidak, lihat saja situasi pada hari ini, sampah sarap setiap hari bertambah jumlahnya. Manusia pula sering menuding jari dan meletakkan bebanan tersebut kepada pihak berwajib. Share Tuah Hujan Lebat Panorama Tanpa diduga juara GP Sepang ditawan oleh Fernando Alonso yang bermula di petak kelapan dengan mempamerkan kebangkitan Ferrari dalam perlumbaan tersebut. Share Tragedi 100 Tahun Panorama Hanya dua buah
Dewan Masyarakat | 2012 | Mei
dan memerlukan persediaan yang secukupnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Profesion keguruan menjurus cabaran yang dihadapi di kawasan sekolah amnya dan cabaran dalam pengajarannya khususnya. Share Tuah Hujan Lebat Panorama Tanpa diduga juara GP Sepang ditawan oleh Fernando Alonso yang bermula di petak kelapan dengan mempamerkan kebangkitan Ferrari dalam perlumbaan tersebut. Share PTPTN Tidak Kejam Dari Meja Editor “Kerajaan
Dewan Masyarakat | Kolumnis
dalam Fail Jenayah “Pemerkasaan” dan “Pemartabatan” Bahasa Melayu dalam Kaca di Jendela “Para Belia Perlu Berfikiran Global” – Shobana Nair dalam Rencana Utama Manusia Berjiran dengan Sampah? dalam Panorama Tuah Hujan Lebat dalam Panorama Transformasi Pendidikan Tingkatan Enam dalam Pendidikan Amalan Menumpang Nama dalam Pendidikan Bangunan Pintar dalam Alam Sekitar Recent Posts • Komen admin daripada Bahasa Kebangsaan Tidak Merendahkan Taraf Akademik   Editor

Kembali ke atas