Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bi.han] | لبيهن

Definisi : jumlah (pendapatan, hasil dsb) yg lebih banyak drpd yg sepatutnya atau yg lebih drpd yg diperlukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[le.bi.han] | لبيهن

Definisi : yg berlebih, bakinya, sisanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bi.han] | لبيهن

Definisi : jumlah atau banyaknya sesuatu melebihi sesuatu had atau sesuatu jumlah yg lain: ~ imbangan perdagangan dijangka meningkat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebihan

Peribahasa

Cakapan sejengkel dibawa sehasta.

Bermaksud :

Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sejengkal menjadi sehasta).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sejengkal menjadi sehasta.Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenar. (Peribahasa lain yang sama makna: Cakapan sejengkal dibawa sehasta).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cakapan sejengkel dibawa sehasta.Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sejengkal menjadi sehasta).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kecek ular.Menceritakan berlebih-lebihan daripada keadaan yang sebenarnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gulai terlampau serai maung rasanya.Perbuatan (perkataan) yang berlebih-lebihan akhirnya akan menjadi sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Usahlah teman dimandikan pagi.Usahlah dipermain-mainkan dengan sanjungan yang berlebih-lebihan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.Jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan sehingga tidak pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerana lotong terlalu makan, tupai dijulai timpa perasaan.Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. lotong (lutung) = kera hitam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas