Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bi.han] | لبيهن

Definisi : jumlah (pendapatan, hasil dsb) yg lebih banyak drpd yg sepatutnya atau yg lebih drpd yg diperlukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[le.bi.han] | لبيهن

Definisi : yg berlebih, bakinya, sisanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bi.han] | لبيهن

Definisi : jumlah atau banyaknya sesuatu melebihi sesuatu had atau sesuatu jumlah yg lain: ~ imbangan perdagangan dijangka meningkat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebihan

Peribahasa

Cakapan sejengkel dibawa sehasta.

Bermaksud :

Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sejengkal menjadi sehasta).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
burrgerigis; bonggol; serpihan; lebihanKesenianTiada1. Serpihan: Kepingan kecil yang bergerigis yang terhasil daripada pemotongan, penggerudian atau pembentukan benda kerja.,2. Lebihan: Lebihan pada permukaan tuangan yang belum dilicinkan.
access treatytriti lebihanEkonomiEkonomi IslamPerjanjian yang menghendaki syarikat takaful semula menerima bahagian risiko yang melebihi had bendungan syarikat pengendali takaful. Penerimaan risiko lebihan ini tertakluk kepada jumlah maksimum tertentu. Had bendungan ditentukan oleh syarikat pengendali takaful manakala jumlah maksimum lebihan ditentukan oleh syarikat takaful semula. Kedua-dua syarikat berkenaan akan berkongsi bayaran caruman dan kerugian mengikut nisbah bahagian risiko masing-masing.
excess functionfungsi lebihanKejuruteraanKejuruteraan KimiaFungsi larutan (cecair) yang digunakan untuk menjelaskan sifat sisihan daripada larutan unggul pada keadaan suhu, tekanan, dan kandungan yang serupa. Bagi sifat umum, (katakan M) yang mewakili sifat entropi, entalpi, tenaga Gibbs, isi padu, dan lain-lain, fungsi lebihan dijelaskan sebagai ME = M � MID, dengan ME = sifat lebihan larutan M, M = sifat lebihan, MID = sifat larutan unggul. Fungsi lebihan hanya bermakna bagi larutan sahaja dan tidak bermakna bagi spesies tulen. Ini berlawanan dengan fungsi residu yang sesuai untuk campuran dan spesies tulen.
ledgebiraiPergigianTiadaLebihan bahan restorasi yang membentuk pinggir di kawasan pinggir restorasi. Lebihan ini memudahkan sisa-sisa makanan terkumpul dan jika ia dibiarkan lama boleh mengakibatkan berlakunya karies di pinggir yang berbirai dan menyebabkan gusi menjadi radang atau bengkak. Birai dapat dikesan dengan menggunakan alat teroka. Bagi kaviti kelas II lebihan ini dapat dipastikan dengan menggunakan x-ray kerana ia tidak dapat dilihat. Birai yang dapat dikesan lebih awal boleh dibuang dengan menggunakan bur.
colour excesslebihan warnaMatematikTiadaPerbezaan warna lebihan nilai indeks bintang terhadap nilai intrinsik yang dijangka yang menunjukkan bahawa cahaya bintang tersebut telah menjadi merah kerana melalui debu antara najam.
oversubscriptionlebihan langgan(an)Pentadbiran PerniagaanTiadaTerbitan awam atau hak, menerima lebihan permohonan berbanding dengan bilangan saham yang ditawarkannya.
manual excesslebihan manualPentadbiran PerniagaanTiadaPremium untuk amaun insurans yang merupakan lebihan daripada had asas liabiliti. Premium bagi had yang lebih tinggi ini boleh didapati dengan mendarabkan kadar manual dengan kadar faktor daripada jadual yang ditetapkan.
voluntary excesslebihan sukarelaPentadbiran PerniagaanTiadaSebahagian daripada amaun kerugian yang tidak termasuk lebihan wajib yang ditanggung oleh pihak yang diinsuranskan. Biasanya amaun kerugian ini terdapat di dalam insurans motor, yang boleh mengurangkan premium yang perlu dibayar oleh pihak yang diinsuranskan jika ia bersetuju untuk menanggung secara sukarela.
excess per risk reinsuranceinsurans semula lebihan per risikoPentadbiran PerniagaanTiadaReinsurans lebihan kerugian yang membayar ganti rugi kepada syarikat mengesid terhadap amaun yang melebihi had bendungan yang ditetapkan berhubung dengan setiap risiko yang terlibat dalam setiap peristiwa yang ditetapkan.
excess of loss ratio reinsuranceinsurans semula lebihan kerugian bernisbahPentadbiran PerniagaanTiadaReinsurans lebihan kerugian yang mengganti rugi syarikat mengesid terhadap amaun kerugian tertanggung bagi sesuatu masa, biasanya 12 bulan, melebihi sama ada: a. Satu amaun yang ditetapkan terlebih dahulu atau b. Satu peratusan tertentu daripada premium syarikat bagi jangka masa tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas