Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (léga); melega tunduk (menyembah, memberi hormat): dilega sembah di kiri dilenggok pula sebelah kanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tidak sempit (kawasan, ruang, dll), luas, lapang: rumah besar yg ~; 2. = ~ dada (hati) tenteram perasaan (fikiran dll), aman, senang: drpd kata-kata ibunya itu ~ sedikit rasa hatinya; 3. lapang (waktu), tidak sibuk: kalau ada masa yg ~ , jemputlah ke rumah; 4. agak pulih (drpd sakit), beransur sembuh; melegakan 1. menjadikan lega (tempat), melapangkan, meluaskan; 2. = ~ dada (perasaan) menenteramkan hati (fikiran dll): jururawat itulah sahaja yg dapat ~ perasaan­nya; 3. menjadikan berkurang (bkn rasa sakit dsb): ubat itu ternyata dapat ~ sakit sendi yg dihidapinya; terlega menjadi lega: kegusarannya ~ di kamar ini; kelegaan perihal lega, ketenteraman hati (fikiran dll): rancangannya itu akan mendatangkan ~ kpd pekebun-pekebun kecil; pelegaan perbuatan atau usaha utk melega­kan (kesakitan, kerunsingan dsb): ~ sakit secara menyeluruh dilaporkan bagi 87% pesakit; pelega sesuatu (ubat dsb) yg melegakan (rasa sakit dsb): ubat ~ sakit perut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lega (adjektif)
1. Dalam konteks tempat
bersinonim dengan lapang, luas, lebar, selesa, sempit,

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan lapang, tenteram, tenang, senang hati,

Kata Terbitan : melegakan, kelegaan,

Peribahasa

Lulus tabuh perhatian.

Bermaksud :

Hati lapang dan lega; sangat suka. tabuh perhatian = tabuh untuk maklumat.

 

Lihat selanjutnya...(2)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
130Cut your coat according to your clothBerbelanjalah mengikut kemampuanSempit bertelempu, lega berlunjurWe are facing a difficult moment in our lives. So, we must be prudent and cut your coat according to your cloth.Kita kini menghadapi saat-saat sukar dalam hidup kita. Jadi, berjimat cermatlah. Sempit bertelempu, lega berlunjur.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas