Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (léga); melega tunduk (menyembah, memberi hormat): dilega sembah di kiri dilenggok pula sebelah kanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tidak sempit (kawasan, ruang, dll), luas, lapang: rumah besar yg ~; 2. = ~ dada (hati) tenteram perasaan (fikiran dll), aman, senang: drpd kata-kata ibunya itu ~ sedikit rasa hatinya; 3. lapang (waktu), tidak sibuk: kalau ada masa yg ~ , jemputlah ke rumah; 4. agak pulih (drpd sakit), beransur sembuh; melegakan 1. menjadikan lega (tempat), melapangkan, meluaskan; 2. = ~ dada (perasaan) menenteramkan hati (fikiran dll): jururawat itulah sahaja yg dapat ~ perasaan­nya; 3. menjadikan berkurang (bkn rasa sakit dsb): ubat itu ternyata dapat ~ sakit sendi yg dihidapinya; terlega menjadi lega: kegusarannya ~ di kamar ini; kelegaan perihal lega, ketenteraman hati (fikiran dll): rancangannya itu akan mendatangkan ~ kpd pekebun-pekebun kecil; pelegaan perbuatan atau usaha utk melega­kan (kesakitan, kerunsingan dsb): ~ sakit secara menyeluruh dilaporkan bagi 87% pesakit; pelega sesuatu (ubat dsb) yg melegakan (rasa sakit dsb): ubat ~ sakit perut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lega (adjektif)
1. Dalam konteks tempat
bersinonim dengan lapang, luas, lebar, selesa, sempit,

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan lapang, tenteram, tenang, senang hati,

Kata Terbitan : melegakan, kelegaan,

Peribahasa

Lulus tabuh perhatian.

Bermaksud :

Hati lapang dan lega; sangat suka. tabuh perhatian = tabuh untuk maklumat.

 

Lihat selanjutnya...(2)

Lihat selanjutnya...(1)

Majalah

Dewan Masyarakat | Nota Editor
dan siaran berita juga boleh dijadikan bahan adaptasi untuk sebuah filem. Kutipan purata RM2.5 juta untuk sebuah filem yang ditayangkan pada 2010 menandakan industri perfileman kita sudah mula bernafas lega. Masa sekarang merupakan masa yang terbaik untuk para pembikin filem tempatan mengadaptasi karya tempatan yang sudah berlonggok-longgok menunggu di rak kepustakaan sastera untuk difilemkan. Sudah tiba masanya para sasterawan

Kembali ke atas