Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.mah] | لمه

Definisi : 1. tidak bertenaga (berkuasa, kuat), lesu: dgn gerak yg ~ spt orang kehabisan tenaga, ia berjalan perlahan-lahan menuju jendela; 2. rendah (dr segi pencapaian): prestasi kerjanya ~; 3. tidak diyakini sbg benar atau logik: hadis yg ~; 4. tidak tegas: dia ~ dlm membuat keputusan; ~ gemalai = ~ gemulai gerak berliuk-liuk yg elok (tubuh badan); ~ hati mudah dipengaruhi orang, tidak tegas, tidak teguh hati; ~-laun lemah dan perlahan (gerak-geri dll); ~ lentur tidak mudah patah (tetapi boleh dilentur­lentur), liat; ~ longlai a) = ~ gemalai; b) tidak bermaya, lemah; ~ lumpuh lemah sekali; ~ persendian tidak bertenaga; ~ semangat mudah terperanjat (mudah kena sakit dll); ~ syahwat (zakar) lemah tenaga batin, zakar tidak bertenaga; ~ diraih, pantai dititi prb sikap yg bijaksana dlm mengeluarkan sesuatu perintah; ~ liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat prb pd lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenar­nya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain­-mainkan; berlemah berbuat lemah, bersikap lemah, lwn berkeras; melemah menjadi lemah (bertambah lemah): suara itu kemudiannya memanjang dan berlanjut-lanjut dan makin ~ pula; melemahkan menjadikan lemah, menye­babkan menjadi lemah: penyakit selesema itu boleh ~ tenaga seseorang; nasib dua watak yg penting ini kurang memuaskan dan merupakan faktor besar yg ~ novel ini; memperlemah menjadikan lebih lemah; kelemahan perihal lemah: ia manusia biasa dan mempunyai berbagai-bagai ~ dan ke­kurangan; pelemahan perihal menjadi atau menjadikan lemah; pelemah sesuatu yg (dapat) melemahkan (semangat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mah] | لمه

Definisi : sj ikan laut, lelemah, lemuk, Lactarius lactarius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mah] | لمه

Definisi : Kd, Pl; pelemah membohong, ber­bohong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lemah (adjektif)
1. Bersinonim dengan lesu: longlai, lengai, kelesa, lembam, tidak bertenaga, tidak bermaya, tidak berdaya, tidak berkuasa,
Berantonim dengan cergas

2. Bersinonim dengan lembam: lempam, lambat, lembap,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melemahkan, kelemahan,

Puisi
 

Lemah lembut pandan berduri,
     Putus tali kain cadar;
Lemah lembut membawa diri,
     Pandai hati siapa menanggar.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Lemah melapis condong menopang.

Bermaksud :

Tolong-menolong satu sama lain.

 

Lihat selanjutnya...(76)

270

A house devided against itself cannot stand

Sesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah.

Kuat lilit kerana simpulnya

We failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand.

Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - kuat lilit kerana simpulnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIASTENIA GRAVIS

Miastenia gravis ialah sejenis penyakit yang

tidak berjangkit yang dicirikan dengan keadaan

otot-otot tulang yang lemah. Keadaan lemah ini

meningkat dengan peningkatan aktiviti fizikal

tetapi sedikit sebanyak boleh diredakan dengan

cara berehat. Penyakit ini menyerang semua

kumpulan umur dan kedua-dua jantina, tetapi ia

paling kerap berlaku di kalangan wanita yang

berumur antara 15 tahun hingga 30 tahun, dan

lelaki yang berumur antara 40 tahun hingga 70

tahun.

UMUM 
NEGERI NAUNGAN

Negeri naungan ialah negeri lemah yang

dikuasai oleh negara yang lebih kuat. Negeri

naungan biasanya mempunyai fungsi kuasa

berkerajaan sendiri yang tertentu tetapi negara

“penaung”nya mempunyai kata pemutus dalam hal-

hal yang penting. Kuasa penaung menjalankan

semua perhubungan luar negeri untuk negeri

naungan dan mengawasi pertahanan negeri

naungan tersebut.

Dalam sejarah British, zaman Naungan (1653–

1659) ialah zaman semasa Oliver Cromwell

memerintah England sebagai Raja Penaung.

Puteranya, Richard menggantikannya sebagai raja

penaung pada tahun 1658.

UMUM 
ASID HIPOKLOROS

Asid hipokloros ialah asid organik lemah yang

membentuk klorin apabila dicampurkan ke dalam

air. Asid ini tidak stabil dan mengurai dengan

cepat apabila didedahkan ke haba atau cahaya.

UMUM 
AMINA

Amina ialah nama kumpulan bes organik lemah

yang sama dengan ammonia dari segi strukturnya.

Ahli kimia membentuk amina dengan

menggantikan satu atau lebih daripada tiga atom

hidrogen pada ammonia dengan mana-mana

kumpulan struktur organik yang mengandungi

karbon dan hidrogen. Apabila dineutralkan oleh

asid, amina membentuk garam (lihat Garam;

Kimia ). Amina digunakan secara komersial sebagai

pelarut dan juga dalam pembuatan bahan pencuci,

pencelup, racun herba, ubat, bahan pencuci filem

fotograf, dan perencat karat.

UMUM 
MERKUROKROM

Merkurokrom ialah nama dagang bagi antiseptik

lemah yang digunakan dalam larutan air.

Nama rasminya ialah merbromin. Merkurokrom

adalah satu daripada antiseptik yang dikenali

sebagai merkurial organik yang mengandungi

merkuri. Merkurokrom ialah serbuk kasar

berwarna hijau, tetapi dalam larutan air, bahan ini

berwarna merah pekat. Formula kimia

merkurokrom ialah C 20 H 8 O 6 Ha 2 Br 2 Hg. Larutan

merkurokrom biasanya tidak terbakar atau

merengsakan apabila disapu pada luka.

Lihat juga Antiseptik.

UMUM 
TELESKOP RADIO

Teleskop radio ialah alat yang mengumpul dan

menyukat gelombang radio yang lemah yang

dikeluarkan oleh objek di angkasa. Ia mengumpul

gelombang radio sebagaimana teleskop optik

mengumpul cahaya. Sebenarnya, gelombang radio

dan gelombang cahaya merupakan bentuk

penyinaran yang sama jenis, yang disebut

gelombang elektromagnet (lihat Gelombang

elektromagnet ).

UMUM 
ASID BORIK

Asid borik, juga dikenali sebagai asid boraksik

ialah asid bukan organik yang lemah, yang paling

dikenali kerana kegunaannya sebagai antiseptik.

UMUM 
ASHTON, SIR FREDERICK

Ashton, Sir Frederick (1904–1988) ialah

koreografer (penggubah tarian).

Tariannya yang lemah lembut lagi halus

menolong mewujudkan gaya Inggeris sekarang

ini pada balet klasik.

UMUM 
KROM RAKSA

Krom raksa ialah nama dagangan untuk antiseptik

lemah yang digunakan dalam larutan air. Nama

rasminya ialah merbromin.

UMUM 
SEMBELITSembelit ialah keadaan apabila usus tidak

membuang bahan sisa semudah biasa.

Orang yang sembelit tidak dapat membuang air

besar dengan teratur, dan mungkin berasa sakit

atau usus besarnya lemah. Mereka mungkin

berasa pening kepala dan sakit tulang belakang.

Sembelit boleh disebabkan oleh otot usus yang

lemah atau kontraksi otot usus yang kuat tidak

tetap. Sembelit juga boleh berlaku apabila

seseorang sering mengambil julap atau tidak

mengambil jenis makanan tertentu secukupnya,

terutama makanan yang mengandungi serat.

Sembelit juga boleh menimbulkan sakit yang tisu

atau saraf usus, seperti ketumbuhan yang

menyekat menjejaskan sebahagian usus kecil.

UMUM 
12345

Kembali ke atas