Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.mah] | لمه

Definisi : 1. tidak bertenaga (berkuasa, kuat), lesu: dgn gerak yg ~ spt orang kehabisan tenaga, ia berjalan perlahan-lahan menuju jendela; 2. rendah (dr segi pencapaian): prestasi kerjanya ~; 3. tidak diyakini sbg benar atau logik: hadis yg ~; 4. tidak tegas: dia ~ dlm membuat keputusan; ~ gemalai = ~ gemulai gerak berliuk-liuk yg elok (tubuh badan); ~ hati mudah dipengaruhi orang, tidak tegas, tidak teguh hati; ~-laun lemah dan perlahan (gerak-geri dll); ~ lentur tidak mudah patah (tetapi boleh dilentur­lentur), liat; ~ longlai a) = ~ gemalai; b) tidak bermaya, lemah; ~ lumpuh lemah sekali; ~ persendian tidak bertenaga; ~ semangat mudah terperanjat (mudah kena sakit dll); ~ syahwat (zakar) lemah tenaga batin, zakar tidak bertenaga; ~ diraih, pantai dititi prb sikap yg bijaksana dlm mengeluarkan sesuatu perintah; ~ liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat prb pd lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenar­nya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain­-mainkan; berlemah berbuat lemah, bersikap lemah, lwn berkeras; melemah menjadi lemah (bertambah lemah): suara itu kemudiannya memanjang dan berlanjut-lanjut dan makin ~ pula; melemahkan menjadikan lemah, menye­babkan menjadi lemah: penyakit selesema itu boleh ~ tenaga seseorang; nasib dua watak yg penting ini kurang memuaskan dan merupakan faktor besar yg ~ novel ini; memperlemah menjadikan lebih lemah; kelemahan perihal lemah: ia manusia biasa dan mempunyai berbagai-bagai ~ dan ke­kurangan; pelemahan perihal menjadi atau menjadikan lemah; pelemah sesuatu yg (dapat) melemahkan (semangat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mah] | لمه

Definisi : sj ikan laut, lelemah, lemuk, Lactarius lactarius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mah] | لمه

Definisi : Kd, Pl; pelemah membohong, ber­bohong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lemah (adjektif)
1. Bersinonim dengan lesu: longlai, lengai, kelesa, lembam, tidak bertenaga, tidak bermaya, tidak berdaya, tidak berkuasa,
Berantonim dengan cergas

2. Bersinonim dengan lembam: lempam, lambat, lembap,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melemahkan, kelemahan,

Puisi
 

Lemah lembut pandan berduri,
     Putus tali kain cadar;
Lemah lembut membawa diri,
     Pandai hati siapa menanggar.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Lemah melapis condong menopang.

Bermaksud :

Tolong-menolong satu sama lain.

 

Lihat selanjutnya...(76)

270

A house devided against itself cannot stand

Sesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah.

Kuat lilit kerana simpulnya

We failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand.

Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - kuat lilit kerana simpulnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
45:55 AM 37 yang tidak berbau dan tidak larut dalam air tetapi larut dalam pelarut organik seperti aseton, benzena dan xilena. Aldrin tahan haba, stabil kepada alkali dan asid lemah, dan banyak digunakan untuk mengawal serangga seperti anai-anai dalam tanah di tapak semaian dan di tapak bangunan. Di kebanyakan negara, penggunaannya dilarang. (HUT) aleuriogenesis (aleuriogenesis) Pembentukan aleurium atau aleuriospora dapat mengurangkan selera. (UBAT) anorexia (anoreksia) Gangguan psikologi yang menyebabkan keengganan untuk makan atau ke - hilangan selera makan. Keadaan ini mengakibatkan individu mengalami ke- hilangan berat badan yang banyak, penderitaan, lemah tubuh dan penurunan kadar metabolisme asas. (BIO, TEKMA, UBAT) anorexia nervosa (anoreksia nervosa) Keadaan psikofisiologi yang mengakibatkan pesakit tidak berselera makan atau tidak mahu makan sehingga menjadi kurus kering dan

Kembali ke atas