Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.ngai] | لڠاي

Definisi : 1. tidak tangkas dlm melakukan sesuatu, tidak cergas, tidak aktif; 2. lalai, lengah; 3. (Kim) tidak bertindak balas secara kimia dgn bahan lain (bkn gas dsb): gas ~; lengai-lengai dgn lengai: kerja ~ lambat beroleh laki; kelengaian sifat atau keadaan lengai: ~ gas itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lengai
Rujuk :lemah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya berjanji "pada", "kepada", "dengan" atau "terhadap" dia? Mohon berikan contoh untuk menunjukkan bezanya. Terima kasih.Salam sejahtera,

"Pada", "kepada", "dengan" dan "terhadap" merupakan kata sendi.

1. Kata sendi "pada" untuk menunjukkanketerangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu.
Contoh: (i) Bas kami bertolak pada pukul 7 pagi. (ii) Wang itu ada pada ibu.

2. Kata sendi "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.
Contoh: (i) Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. (ii) Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan.

3. Kata sendi "dengan" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama.
Contoh: (i) Ayah pergi ke pecan dengan ibu.  (ii) Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya.

4. Kata sendi "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda.
Contoh: (I) Seorang ketua harus sentiasa bersikap adil terhadap anak buahnya. (ii) Air bersifat lengai terhadap logam adi.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa12.10.2017
Apakah perbezaan antara perkataan 'tentang', 'mengenai' dan 'terhadap' serta penggunaannya dalam konteks ayat? Contoh : Pegawai itu memberi taklimat mengenai / tentang pengambilan makanan seimbang. Penggunaan perkataan manakah yang paling sesuai, tentang atau mengenai?1. Kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya:
i. Mereka berbincang tentang masalah negara.
ii. Kami berbual tentang kejadian rompakan itu.
3. Pegawai itu memberi taklimat tentang pengambilan makanan seimbang.

2. Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut:
1. Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya.
ii. Bola yang ditendangnya mengenai palang gol.

3. Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contohnya:
i. Seorang ketua harus bersikap adil terhdap anak buahnya.
ii. Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang.
iii. Air bersifat lengai terhadap logam adi.
Tatabahasa15.09.2012

Kembali ke atas