Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
metamorfosismetamorphosisPerubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam kitar hidup sesuatu organisma daripada peringkat awal sehingga dewasa, seperti yang berlaku pada serangga dan amfibia. Perubahan ini berlaku secara mendadak atau secara beransur-ansur. Metamorfosis terbahagi kepada metamorforsis tak lengkap dan metamorfosis lengkap.Menengah Atas
litar lengkapcomplete circuitLitar elektrik dari kutub positif bateri melalui alat elektrik dan kembali semula ke kutub negatif bateri yang membenarkan pengaliran arus elektrik.Menengah Rendah
litar lengkapcomplete circuitLitar yang komponennya bersambung dari satu hujung bateri melalui semua komponen tanpa terputus.Sekolah Rendah
frekuensifrequencyBilangan ayunan lengkap yang dilakukan oleh suatu jasad yang bergetar dalam satu saat.Menengah Atas
litar tertutupclosed circuitLitar lengkap yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.Menengah Rendah
persamaan termokimiathermochemical equationPersamaan lengkap yang mewakili tindak balas kimia yang menggambarkan stoikiometri dan perubahan kandungan tenaga tindak balas kimia.Menengah Atas
jelagasootDebu hitam yang terhasil daripada pembakaran tidak lengkap bahan seperti minyak, kayu atau arang.Menengah Rendah
tempohperiodMasa yang diambil oleh suatu jasad untuk satu ayunan atau getaran lengkap.Menengah Atas
putaran per minitrotation per minuteUkuran frekuensi putaran yang menunjukkan jumlah putaran lengkap dalam tempoh satu minit pada paksi yang tetap. Ia digunakan untuk mengukur kelajuan putaran sesuatu komponen mekanikal.Menengah Atas
haba pembakaranheat of combustionHaba yang dibebaskan apabila satu mol bahan dibakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan.Menengah Atas
12

Kembali ke atas