Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.su] | لسو

Definisi : tidak bertenaga kerana tidak makan (tidak puas tidur dll); letih; lemah. melesukan menjadikan atau menyebabkan lesu: Perjalanan yg jauh kadang-kadang ~ badan. kelesuan keadaan lesu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[le.su] | لسو

Definisi : 1. lemah (kerana tidak puas tidur, kurang makan, dsb), tidak cergas, letih: aku melihat rakyat tani dgn kaki ayam berjalan ~ menuju pondoknya yg buruk; letih ~ letih sekali; 2. ki merosot (perniagaan dll), sepi (perniagaan): sejak akhir-akhir ini, perniagaannya semakin ~; melesukan menyebabkan (badan dsb) men­jadi lesu, melemahkan; kelesuan 1. perihal (keadaan) lesu, keletihan; 2. berasa lesu atau lemah, keletihan: Zaini yg ~ tidur dgn lenanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lesu (adjektif)
1. Bersinonim dengan lemah: letih, letah-letai, litak, lejar,

2. Bersinonim dengan merosot: mundur, menurun, berkurangan, surut, susut lemah, buruk,
Berantonim dengan rancak

Kata Terbitan : kelesuan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Teater Melayu Lesu Di Manakah Silapnya?A. Wahab HamzahDewan Budaya1 June 2002
Sungai mengalir lesu ,selaih pengalaman Sang SutradaraSyeikh Xiexan Al-YamaniDewan Sastera1 November 1997
Sungai Mengalir Lesu menyerlah dalam bentuk asal?Mohamed Ghouse NasuruddinDewan Budaya1 November 1997
Sungai Mengalir Lesu dari sudut kalaA. Rahim AbdullahDewan Sastera1 August 2003
AUKU Punca Mahasiswa Lesu?Munira LatipDewan Masyarakat1 August 2008
Kenapa sungai semakin lesu ?Rusilawati KamarudinDewan Masyarakat1 January 1997
Teater Sungai Mengalir LesuTiadaDewan Budaya1 December 1997
Pementasan Sungai Mengalir LesuTiadaDewan Sastera1 July 1997
Dunia sastera makin lesu dengan polemikTalib SamatDewan Sastera1 February 1997
Kritikan teater Melayu lesuTiadaMastika1 June 1995
12

Kembali ke atas