Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.pa.tan] | ليڤتن

Definisi : sesuatu yg berlipat; hasil drpd melipat: Dia mengeluarkan duit simpanannya drpd ~ kain itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[li.pa.tan] | ليڤتن

Definisi : 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan­-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lipat
Kata Terbitan : berlipat, melipat, lipatan,

Puisi
 

Bungalah melur kembang setangkai,
     Taruh mari di lipatan kain;
Jikalah benar adik memakai,
     Janganlah adik ingat yang lain.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Menggunting dalam lipatan.

Bermaksud :

Mencelakakan kawan atau saudara sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
glotisist bukaan di antara lipatan-lipatan pd pita suara pd bahagian atas trakea.Kamus Pelajar Edisi Kedua
glotisist bukaan di antara lipatan-lipatan pd pita suara pd bahagian atas trakea.Kamus Pelajar
lipatansesuatu yg berlipat; hasil drpd melipat: Dia mengeluarkan duit simpanannya drpd ~ kain itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lipatan seluarsait seluar;Kamus Dewan Edisi Keempat
lipatan1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan­-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
wiruJw lipatan (pd kain dll); berwiru-wiru berlipat-lipatan (kain dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
lisu1. lipatan atau kedut yg dijahit atau dibuat pd kain; 2. lipatan menirus yg dijahit pd pakaian; berlisu mempunyai atau dihiasi lisu.Kamus Dewan Edisi Keempat
lipit, = kelipitan, = pelipit kelim atau lipatan yg kecil pd kain, baju, songkok dll. melipit membuat lipatan kecil pd tepi kain dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kerut I1. lipatan (pd kulit dll), kedut (pd kulit di dahi dll), gelembur: wajahnya membayangkan kesedihan dan di dahinya penuh ~; 2. Mn keriting, ikal (rambut); ~ kering sangat kering serta lisut; ~-merut a) banyak kerutnya; b) kusut (fikiran), kacau, dan bingung (fikiran, hati); c) banyak dusta­nya (bkn kata-kata); berkerut, berkerut-kerut, terkerut 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut); mengerut 1. menjadi berkerut (bkn kulit): kulitnya mulai ~; 2. menjadi bertambah kecil (pendek dll), mengecut (otot dll); mengerutkan 1. mengedutkan (kening atau dahi), menggelemburkan (kulit dll): orang-orang yg disoal polis kelihatan ~ kening seolah-olah memikir-mikir sesuatu; 2. menge­cutkan, memendekkan (sesuatu yg boleh memanjang memendek spt otot dll); kerutan perihal (keadaan) berkerut-kerut, kedutan, lipatan (pd kulit): masih muda perempuan itu tetapi telah kelihatan beberapa ~ di dahinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
saidlipatan pd pakaian (seluar, baju, dll) yg telah digosok (diseterika); bersaid ada saidnya: sekarang dia memakai pakaian yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas