Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.pa.tan] | ليڤتن

Definisi : sesuatu yg berlipat; hasil drpd melipat: Dia mengeluarkan duit simpanannya drpd ~ kain itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[li.pa.tan] | ليڤتن

Definisi : 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan­-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lipat
Kata Terbitan : berlipat, melipat, lipatan,

Puisi
 

Bungalah melur kembang setangkai,
     Taruh mari di lipatan kain;
Jikalah benar adik memakai,
     Janganlah adik ingat yang lain.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Menggunting dalam lipatan.

Bermaksud :

Mencelakakan kawan atau saudara sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIPATAN

Lipatan dalam bidang geologi ialah sejenis bentuk kedutan seperti gelombang, berlaku pada batuan berlapis akibat tindakan daya di muka bumi.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
SAMPUL SURAT

Sampul surat ialah lipatan kertas yang digam. Ia

berfungsi sebagai sampul untuk mengisi surat dan

kertas lain yang ingin dipos, atau ia juga bertindak

sebagai pelindung daripada kehilangan atau

kerosakan. Sampul surat diperbuat daripada helaian

kertas tunggal yang dilipat, oleh itu hanya satu

sahaja penutup yang terbuka. Penutup ini digam

supaya sampul surat boleh ditutup setelah surat

atau kertas dimasukkan. Sampul surat yang

berperekat sendiri menggunakan gam yang tidak

perlu lagi dilembapkan untuk dilekatkan.

Mesin yang pertama berjaya membuat sampul

surat telah dipatenkan pada tahun 1849 oleh J.K. Park

dan C.S. Watsen dari New York City. Pada tahun 1898,

John Ames Sherman telah mematenkan mesin

pencetak sampul surat yang telah banyak diperbaik,

mengurangkan kos membuat sampul surat bergam.

UMUM 
SISIK

Sisik ialah plat leper yang membentuk selaput

luar kebanyakan ikan dan banyak ular dan cicak.

Lipatan kulit yang keras, berduri membentuk sisik

reptilia. Pada kebanyakan ikan, sisik adalah cakera

bertulang yang tumbuh dari bawah kulit. Tetapi sisik

ikan jerung mempunyai renamel di

permukaan luar dan tulang di permukaan dalam.

Sisik juga meliputi beberapa mamalia seperti

tenggiling bersisik. Sisik bertindih dengan satu

sama lain seperti atap genting dan menjadi perisai

perlindungan kepada badan lembut di bawahnya.

Sisik berbeza-beza dari segi saiz, bentuk, dan

susunan, bergantung pada haiwannya. Sayap rama-rama

dan kupu-kupu juga mempunyai sisik yang

halus, gebu.

UMUM 
NAGA TERBANG

Naga terbang ialah nama yang biasanya diberi

kepada cicak terbang di tenggara Asia dan Hindia

Timur. Ia membesar sepanjang kira-kira 20

sentimeter. Ia sebenarnya tidak terbang, tetapi

meluncur dengan menggunakan lipatan kulit yang

mengembang pada rusuknya. Naga terbang tinggal

di atas pokok dan meluncur dari pokok ke pokok

untuk mencari makanan atau untuk mengelakkan

musuhnya. Semasa berehat, ia melipatkan “sayap”

pada sisi badannya. Pada musim mengawan,

serangga jantan mengembangkan “sayap” yang

berwarna terang untuk menarik perhatian serangga

betina.

UMUM 
PENDING

PENDING, sejenis perhiasan yang diperbuat daripada emas, perak, tembaga, suasa atau kayu yang dipakai di dada atau tali pinggang.  Pending asli hanya menggunakan bengkung atau tali pinggang yang dibentuk daripada lipatan kain dan pending dijadikan kepalanya.

BUDAYAKraf Tangan
DESTARDESTAR, sejenis pakaian di kepala yang di sesetengah tempat dikenali dengan setangan, tengkolok atau tanjak, mengikut reka bentuknya. Destar biasanya menggunakan kain yang dipintal dan diikat di kepala seperti serban, atau diikat di keliling tarbus tinggi atau kopiah. Ada juga destar yang dibuat daripada sehelai kain (setangan) yang sederhana besarnya dan diikat di kepala mengikut cita rasa pemakainya. Sekiranya lipatan kain itu meruncing ke atas, ikatan ini disebut tanjak. Tengkolok pula lebih rumit reka bentuknya yang biasanya dipakai oleh raja dan orang bangsawan.BUDAYAKonsep

Kembali ke atas