Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.pa.tan] | ليڤتن

Definisi : sesuatu yg berlipat; hasil drpd melipat: Dia mengeluarkan duit simpanannya drpd ~ kain itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[li.pa.tan] | ليڤتن

Definisi : 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan­-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lipat
Kata Terbitan : berlipat, melipat, lipatan,

Puisi
 

Bungalah melur kembang setangkai,
     Taruh mari di lipatan kain;
Jikalah benar adik memakai,
     Janganlah adik ingat yang lain.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Menggunting dalam lipatan.

Bermaksud :

Mencelakakan kawan atau saudara sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang kaya beremas sutera, Lipatan kusut dari Siam; Baik percaya angin utara, Ribut sampai dalam diam.
Kurik Kundi Merah SagaBungalah melur kembang setangkai, Taruh mari di lipatan kain; Jikalah benar adik memakai, Janganlah adik ingat yang lain.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail di Kuala Bentan, Umpama dilumur dengan lumut; Menggunting dalam lipatan, Itulah musuh dalam selimut.
Kurik Kundi Merah SagaBunga cempaka digubah intan, Pecah kelopak di dalam perahu; Surat dibuka dari lipatan, Seorang makhluk jangan diberitahu.
Kurik Kundi Merah SagaSi patan burung si patan, Si patan mari di dalam peti; Dibuka surat dalam lipatan, Surat adinda bersusah hati.
Kurik Kundi Merah SagaSi patan burung si patan, Si patan mari di dalam peti; Dibuka surat dalam lipatan, Surat adinda bersusah hati.

Kembali ke atas