Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.pa.tan] | ليڤتن

Definisi : sesuatu yg berlipat; hasil drpd melipat: Dia mengeluarkan duit simpanannya drpd ~ kain itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[li.pa.tan] | ليڤتن

Definisi : 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan­-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lipat
Kata Terbitan : berlipat, melipat, lipatan,

Puisi
 

Bungalah melur kembang setangkai,
     Taruh mari di lipatan kain;
Jikalah benar adik memakai,
     Janganlah adik ingat yang lain.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Menggunting dalam lipatan.

Bermaksud :

Mencelakakan kawan atau saudara sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kain dalam lipatan.Perempuan yang melakukan kejahatan di dalam diam-diam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggunting dalam lipatan.Mencelakakan kawan atau saudara sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Leka senantiasa di lipatan sanggul; fikiran singkat akal pun tumpul.Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang robek.Pengetahuan (kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menohok kawan seriring.Mencelakakan kawan sendiri. (Bandingkan dengan: Menggunting dalam lipatan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menghadapkan bedil pulang.Mencelakakan kaum keluarga sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggunting dalam lipatan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas