Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.pa.tan] | ليڤتن

Definisi : sesuatu yg berlipat; hasil drpd melipat: Dia mengeluarkan duit simpanannya drpd ~ kain itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[li.pa.tan] | ليڤتن

Definisi : 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan­-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lipat
Kata Terbitan : berlipat, melipat, lipatan,

Puisi
 

Bungalah melur kembang setangkai,
     Taruh mari di lipatan kain;
Jikalah benar adik memakai,
     Janganlah adik ingat yang lain.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Menggunting dalam lipatan.

Bermaksud :

Mencelakakan kawan atau saudara sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Majalah

Dewan Budaya » 2014 » February
1970-an menyaksikan penglibatan mereka bersama-sama para pejuang bahasa dan sastera negara mengangkat nilai keilmuan tamadun bangsa dan menterjemahkannya dalam bentuk penerbitan sama ada majalah mahupun buku. Lebih manis lipatan kenangan lalu, apabila dunia seni mereka bukan sahaja di lingkaran rakan-rakan di pejabat, malahan perkongsian seni dilanjutkan bersama-sama teman sealiran yang disemarakkan dengan aspirasi dan inspirasi tokoh-tokoh
Dewan Budaya » Ceritera Bulan Ini
kebaya rona birupekat di hadapan matanya.Kemunculan bayangan wanita itu sekali gus menggamit dirinya ke Sumatera Barat. Ingatannya pada bumi Minangkabau yangs udah ditinggalkan selama puluhan tahun, kini kembali dalam lipatan ingatannya, bertali-temali dengan rentetan sejarah hidupnya sebagai anak Minang. ***** Artikel ini dipetik daripada majalah Dewan Budaya Bil.7 2018. Posted in: Ceritera Bulan Ini • Carian • Video Promosi Pelancaran Majalah
Dewan Budaya » 2018 » July
kebaya rona birupekat di hadapan matanya.Kemunculan bayangan wanita itu sekali gus menggamit dirinya ke Sumatera Barat. Ingatannya pada bumi Minangkabau yangs udah ditinggalkan selama puluhan tahun, kini kembali dalam lipatan ingatannya, bertali-temali dengan rentetan sejarah hidupnya sebagai anak Minang. ***** Artikel ini dipetik daripada majalah Dewan Budaya Bil.7 2018. Posted in: Ceritera Bulan Ini 0 Comments Ceritera Seni Tarian

Kembali ke atas