Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.pa.tan] | ليڤتن

Definisi : sesuatu yg berlipat; hasil drpd melipat: Dia mengeluarkan duit simpanannya drpd ~ kain itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[li.pa.tan] | ليڤتن

Definisi : 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan­-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lipat
Kata Terbitan : berlipat, melipat, lipatan,

Puisi
 

Bungalah melur kembang setangkai,
     Taruh mari di lipatan kain;
Jikalah benar adik memakai,
     Janganlah adik ingat yang lain.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Menggunting dalam lipatan.

Bermaksud :

Mencelakakan kawan atau saudara sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
omentumomentumVeterinarPraklinikalLipatan peritoneum yang bermula dari perut ke organ lain. Omentum terdiri daripada beberapa lipatan. Lipatan yang paling penting ialah omentum besar; iaitu lipatan yang melepasi bahagian hujung kolon besar dan pangkal kolon kecil. Omentum biasanya mengandungi lemak.
vocal cordpita suaraBiologiTiadaLipatan-lipatan membran nukus yang menganjur ke dalam larinks, dan kerana getaran boleh mengeluarkan suara.
isoclinal linegarisan isoklinGeografiTiadaGarisan yang menghubungkan lipatan-lipatan yang mempunyai tungkai yang selari.
primitive pitpit primitifBiologiTiadaPenutup pada hujung anterior lipatan-lipatan primitif yang bertemu.
ventricularventrikelBiologiTiadaBerkaitan dengan ventrikel, merujuk kepada ligamen dan lipatan-lipatan larinks.
Pumpelly's rulehukum PumpellyGeologiTiadaPengitlakan bahawa paksi-paksi dan permukaan-permukaan paksi bagi lipatan-lipatan minor di sesuatu kawasan adalah sepadan dengan paksi-paksi dan permukaan-permukaan paksi bagi struktur-struktur lipatan major yang sama fasa canggaannya.
accordantsearasGeografiTiadaPermukaan dua sungai yang searas di kuala pertemuan sungai-sungai tersebut atau lipatan-lipatan yang mempunyai orientasi yang sama.
overturned foldlipatan terbalik , lipatan lampauGeologiTiadaLipatan yang kecondongannya melampaui sudut tegak sehingga jujukan stratanya kelihatan terbalik.
anal foldlipatan dubur/lipatan anusPerubatanTiadaTiada
transverse foldlipatan melintangGeologiTiadaLipatan yang menyilang lipatan yang wujud terlebih dahulu yang berbeza orientasinya.
12345678910...

Kembali ke atas