Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
luas (adjektif)
1. Bersinonim dengan lapang: lebar, besar, lawas, selesa,

2. Bersinonim dengan lebar: besarnya

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terbuka fikiran, mendalam,

2. Bersinonim dengan tidak terbatas: lantang, saujana,

Kata Terbitan : meluas, meluaskan, keluasan, peluasan,

Puisi
 

Budak-budak tanam lengkuas,
     Tanam mari tepi kota;
Sudah jumpa tempat yang luas,
     Cukup sedap main senjata.


Lihat selanjutnya...(1000)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
jauh pandangan, luas pengetahuanpengetahuanTatabahasa12.03.2008
Saya terbaca satu soalan dalam buku latihan sekolah rendah, dan saya agak keliru dengan jawapan pilihannya. Doktor Arina mempunyai pengalaman yang_____________dalam bidang perubatan. A.mendalam B.luas C.mahir D.besar Saya keliru dengan jawapan A dan B dan ingin mendapatkan bantuan. Terima kasih!!!Jawapan yang tepat ialah pengalaman yang luas.Tatabahasa19.03.2008
Makna kesusasteraan terlalu luas. Bagaimana untuk kita menghuraikannya dengan lebih mendalamSecara umum, erti kesusasteraan dipecahkan seperti yang berikit: Su bererti indah, baik dan berfaedah dan Sastera bererti aksara atau buku, maka kesusasteraan bererti kumpulan buku yang indah, baik dan berfaedah. Untuk menghuraikan lebih mendalam erti kesusasteraan, saudara boleh menumpukan perhatian kepada pemikiran dalam sesebuah karya yang baik dan berfaedah. Manakala dari segi keindahan pula, saudara boleh melihat dari segi bahasa dan perasaan. Sekian, terima kasih. Lain-lain05.07.2009
Apakah konsep sastera mengikut DBP?

Konsep kesusasteraan terlalu luas. Secara umumnya kesusasteraan ialah karya bertulis atau lisan yang dihasilkan dalam bentuk prosa atau puisi oleh sesebuah peradaban atau masyarakat. Kesusasteraan mengandungi nilai keindahan, kemanusiaan, falsafah, intelektual, emosi, unsur kerohanian, dan sebagainya  yang digarap melalui bahasa. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang kesusasteraan, saudara dicadangkan supaya merujuk buku yang berikut , iaitu Citra Sastera oleh Sohaimi Abdul Aziz (DBP,2008), Konsep dan Pendekatan Sastera oleh Hamzah Hamdani (penyelenggara) (DBP,1988), Glosari Istilah Kesusasteraan (DBP,1988) dan Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP,2007).  

Lain-lain11.04.2008
APAKAH MAKSUD BAGI SASTERA,CERPEN,NOVEL,PUISIDAN DRAMA?

Sastera mempunyai takrifan yang luas. Saudara boleh merujuk Kamus Dewan edisi keempat pada halaman 1396 dan buku "Konsep dan Pendekatan Sastera" selenggaraan Hamzah Hamdani terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988. Dalam buku tersebut, saudara boleh merujuk makalah yang ditulis oleh Ali Ahmad yang berjudul "Mencari Definisi Kesusasteraan" pada halaman 19 hingga 26. Dalam buku tersebut Prof. Ali Ahmad merumuskan bahawa sastera ialah hasil ciptaan yang menggunakan bahasa yang sifatnya konotatif, yang mempunyai organisasi dengan unsur-unsur yang berkaitan antara satu sama lain. Sila rujuk juga buku Teori Kesusasteraan oleh Rene Wellek. 

Untuk makluman saudara tiada definisi umum yang konkrit tentang puisi moden (sajak).Sila rujuk pendapat yang dikemukakan oleh Za'ba, Muhammad Haji Salleh, William Wordsworth, Samuel Taylor Coleridge , Robert Frost, Braginsky dan Harun Mat Piah tentang takrif puisi. Misalnya, mengikut Coleridge, puisi ialah perkataan terbaik dalam susunan terbaik.Cerpen, novel dan drama ialah cereka rekaan yang ditulis dalam bentuk naratif. Secara umumnya takrifan cerpen ialah kisah rekaan yang relatif pendek yang dihasilkan dalam bentuk prosa. Cerpen biasanya mengandungi antara 500 hingga 15,000patah perkataan, dan novel lebih daripada itu.Drama ialah prosa/puisi yang mengandungi dialog, pantomim atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan.Antara komposisi drama ialah seni lakon/muzik/.

Lain-lain30.01.2008
Apakah yang boleh diterangkan mengenai bidang-bidang fonetik dan fonologi?Soalan anda terlalu luas. Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang fonetik dan fonologi. Saya cadangkan anda mendapatkan buku "Asas-asas Fonetik" tulisan Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin, dan juga buku "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad. Itu antara buku terbaik tentang fonetik dan fonologi yang boleh anda rujuk.Lain-lain04.09.2007
bagaimana caranya untuk saya memperolehi makna perkataan melayu dalam bahasa sanskritSoalan sdr terlalu luas dan umum. Untuk memperoleh perkataan Melayu dlm bahasa sanskrit sdr cubalah mencari kamus  sama ada di perpustakaan universiti ataupun di perpustakaan negara. Persoalan kami, apakah bidang yg sdr inginkan? Buat permulaan, sdr lihatlah dahulu teks Melayu lama dan perhatikan di bahagian glosari yg mencatatkan tentang makna bahasa tertentu, misalnya sebutan sanskrit dan maknanya dalam bahasa Melayu. Saya pasti setiap glosari dalam kebanyakan teks Melayu lama yg terdapat di perpustakaan, terdapat pemerolehan ini. Terima kasih. Makna21.09.2008
penggunaan bahasa inggeris dalam mataprlajaran sains dan teknologi.apakah implikasinya terhadap usaha mengantarabangsakan bahasa melayu?Soalan sdr terlalu luas cakupannya. Memang banyak terdapat implikasinya terhadap bahasa Melayu. Antaranya masalah kepada pelajar-pelajar yg masih tidak dapat menguasai BI dengan baik dan banyak lagi. Untuk mendapatkan maklumat mengenai kesan secara langsung dan tidak langsung ini, sdr bolehlah mendapatkan bahan bacaan yg dapat membantu, antaranya majalah Dewan Masyarakat yg banyak menyentuh isu ini dan juga majalah atau akhbar arus perdana. T.kasih.Lain-lain03.09.2008
Apakah perbezaan syarahan perdana,taklimat dan ucapan.

Syarahan perdana ialah satu bentuk syarahan/ceramah yang disampaikan di tempat yang luas dan  disaksikan oleh penonton yang ramai.  

Taklimat ialah penerangan ringkas tentang sesuatu perkara.

Ucapan ialah 1. apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peribahasa, simpulan bahasa, ungkapan;

Istilah14.05.2009
kepentingan filologi dalam sasteraSecara umum, filologi dalam sastera ialah suatu ilmu yangberhubungan dengan kajian terhadap teks. Dalam pergertian yang luas, filologi merupakan suatu disiplin yang ditujukan pada kajian tentang teks yang tersimpan atau teks lama. Kajian terhadap sesebuah teks lama, maksud di sini sesebuah naskhah lama yang dijumpa perlu dikajian atau di bandingakan dengan teks lain sama ada yang sama atau tidak (berkaitan). Di sinilah kepentingan filologi perlu kerana dalam teks lama lazimnya terdapat variasi disebabkan penyalinan nakhah tersebuah sehingga teks asli sentiasa mengalami perubahan. Ringkasnya kerja filologi didasarkan pada prinsip bahawa teks akan perubah setiap kali disalin kembali oleh penyalin yang lain kerana adanya tokok tambah.Lain-lain05.09.2008
12345

Kembali ke atas