Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[luas] | لواس

Definisi : 1 tidak sempit; lapang: Kawasan di sekeliling rumahnya sangat ~. 2 besarnya sesuatu permukaan atau kawasan: Kawasan itu ~nya 10,000 meter persegi. 3 tidak sempit (bkn pengetahuan, pemandangan dll): Ilmu pengetahuannya ~. meluas menjadi luas; bertambah luas; merebak: Penggunaan bahasa Melayu telah mula ~. meluaskan menjadikan luas (ttg kawasan, ilmu dsb); membesarkan: ~ kawasan; ~ ilmu pengetahuan. memperluas menjadikan lebih luas (lebih besar dsb) drpd yg ada; memperbesar: Kerajaan akan ~ penggunaan komputer di jabatan-jabatan kerajaan. keluasan 1 keadaan luas: Kelulusan dan ~ pengalamannya menyebabkan dia berjaya menjadi pengarah yg baik. 2 luasnya sesuatu kawasan. perluasan hasil drpd usaha memperluas: ~ kawasan jajahan Inggeris turut memperluas penggunaan bahasanya. peluasan perbuatan (usaha dsb) meluaskan: Perkembangan ini berhubung rapat dgn ~ jajahan oleh kesultanan Melaka. pemerluasan perihal (perbuatan dsb) memperluas: Sistem perhubungan dan pengangkutan mestilah selaras dgn proses ~ wilayahnya. peluas 1 orang yg meluaskan. 2 alat yg digunakan utk meluaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[luas] | لواس

Definisi : 1. tidak sempit, lapang, lebar: tanah di belakang rumahnya ~; 2. besarnya sesuatu kawasan, besarnya sesuatu permukaan (hasil drpd panjangnya didarabkan dgn lebarnya): ~ kebun itu ialah tiga hektar; 3. ki tidak sempit (pengetahuan, pengertian, dll): pengetahuan­nya sangat ~; perkataan tersebut mempunyai erti yg sangat ~; 4. tidak terbatas (peman­dangan), lantang; 5. besar atau banyak (pengalaman, kesempatan, perbincangan): di dlm buku itu, dibincangkan tujuan pen­didikan dgn ~; kesempatan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih ~ kpd rakyat umum; seluas-luasnya paling luas; meluas menjadi luas (banyak dll), bertambah luas, merebak: penjajahan telah ~ mulai dr revolusi perindustrian di Eropah; perkem­bangan bahasa kebangsaan ~ sejak negara mencapai kemerdekaan; meluaskan menjadikan lebih luas (besar, banyak, dll), menambah dsb supaya menjadi lebih luas (besar dll), membesarkan: kerajaan telah membuat rancangan utk ~ kawasan padi; memperluas menjadikan lebih luas: mereka dihantar ke luar negeri utk ~ pengetahuan dan pemandangan mereka; keluasan 1. perihal luas: dlm buku itu ditunjukkan bagaimana kedudukan dan ~ benua Australia dapat ditetapkan orang; ~ badannya kecil jika dibandingkan dgn isi padu binatang itu; 2. kelapangan, kelong­garan, keringanan, kesempatan: persatuan peladang itu telah mendapat ~ memiliki tanah seluas 28 hektar; perluasan perihal menjadi luas; peluasan perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas: kekurangan hasil penye­lidikan sastera dan bahasa terasa sekali oleh para pengajar di sekolah yg sifat pelajaran tidak lagi merupakan ~ melainkan pen­dalaman soal; peluas orang (alat) yg meluaskan; ~ lubang alat utk meluaskan lubang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
luas (adjektif)
1. Bersinonim dengan lapang: lebar, besar, lawas, selesa,

2. Bersinonim dengan lebar: besarnya

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terbuka fikiran, mendalam,

2. Bersinonim dengan tidak terbatas: lantang, saujana,

Kata Terbitan : meluas, meluaskan, keluasan, peluasan,

Puisi
 

Budak-budak tanam lengkuas,
     Tanam mari tepi kota;
Sudah jumpa tempat yang luas,
     Cukup sedap main senjata.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Menantikan buah rumbia masak.

Bermaksud :

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Majalah

Dewan Budaya » 2015 » June
tanpa menggunakan pelan dan hanya berdasarkan pengalaman itu kekal bertahan hingga hari ini atau seperti telur di hujung tanduk? Terengganu, yang merupakan negeri yang mempunyai keluasan pantai dan laut yang luas dan panjang di Semenanjung, mempunyai tukang kapal antara 60 orang hingga 100 orang sekitar tahun 1950-an. Hal ini membuktikan betapa rancaknya dunia perkapalan dibangunkan di negeri tersebut pada masa membawa simbolik serta tanda kegemilangan Melayu kian sepi kerana banyak faktor. *** Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Jun 2015. Posted in: Uncategorized 0 Comments LANCANG KUNING MEREDAH SEGARA LUAS admin on June 1st, 2015 H ingga kini, Ferdinand Magellan disebut sebagai manusia pertama yang berjaya belayar mengelilingi dunia oleh sejarawan berdasarkan bukti yang ada, terutama yang dikemukakan oleh sarjana
Dewan Budaya » Plitvice Taman Dunia
pagi yang cerah. Rumah peladang berbaris di jalan dan setelah itu bukit dan hutan pula yang menyambung kehadiran dan hayatnya. Kami seharian di hutan simpan UNESCO Plitvice, sebuah taman yang luas dan luar biasa. Tiada kota yang dikejar pada hari ini, tetapi inilah peluang untuk memasuki secara rasmi sebuah hutan UNESCO yang tinggi di bukit dan dihiasi oleh beberapa buah tasik
Dewan Budaya » Kembara Seorang Penyair
pagi yang cerah. Rumah peladang berbaris di jalan dan setelah itu bukit dan hutan pula yang menyambung kehadiran dan hayatnya. Kami seharian di hutan simpan UNESCO Plitvice, sebuah taman yang luas dan luar biasa. Tiada kota yang dikejar pada hari ini, tetapi inilah peluang untuk memasuki secara rasmi sebuah hutan UNESCO yang tinggi di bukit dan dihiasi oleh beberapa buah tasik
Dewan Budaya » 2013 » November
Gunung Arxan. Kononnya beberapa ratus tahun yang lampau, seorang maharaja telah menghidap sejenis penyakit yang kritikal. Apabila kerabat diraja sibuk membuat persiapan bagi pengebumian maharaja itu, seorang sami yang berpengetahuan luas memasuki istana dan memberitahu tabib diraja supaya menghantar maharaja itu ke Gunung Arxan untuk dimandikan dalam mata air panas di gunung itu kerana dipercayai air tersebut dapat mengubati penyakit maharaja membangunkan jenama produk budaya kita secara berpakej seperti yang dilakukan oleh negara Korea Selatan? Semua itu akan terjawab dalam Tahun Melawat Malaysia 2014 dengan tema “Meraikan 1Malaysia…Asia Sebenar”. Melancong Luas Pandangan - Abdul Ghani Abu Rencana ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran November 2013. Posted in: Nota Editor • Carian • Video Promosi Pelancaran Majalah Dewan Tamadun Islam pada 14 Januari 2013
Dewan Budaya » 2015 » February
berkorban jiwa dan raga demi agama, bangsa dan negara.” Mohd. Fauzi, pelakon watak Guru Silat, memang guru silat di Terengganu. Pelakon pesilat diambil daripada Kumpulan Silat Sendeng Gunung Sakti Paya Luas. Jati diri pesilat digunakan sepanjang latihan dan pementasan ini. Mutakhir ini, kita dapat melihat setiap latihan teater di negara kita sentiasa ada latihan silat untuk persiapan kumpulan. Setidak-tidaknya gerak Peluang menimba dan menuntut ilmu di luar negara dianggap sebagai peluang keemasan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang menyimpan hasrat untuk menjelajah dan melihat dunia ilmu dengan skala yang lebih luas. Pengalaman selama hampir empat tahun berkelana di England dan menuntut di University of Hull cukup memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup penulis. Banyak juga perbahasan yang menyentuh budaya
Dewan Budaya » 2017 » February
dengan renungan dan pengetahuan yang ada pada diri mereka. Golongan ini cuba merungkaikan permasalahan masyarakat, melihat sesuatu secara menyeluruh pada sudut pandangan pemikiran mereka, dan terlibat dalam pelbagai isu yang luas. Mereka ini boleh sahaja seniman, negarawan, ahli falsafah dan agama, usahawan dan teknokrat. Pada zaman dahulu, tuk guru ialah intelektual pada zamannya dan dihormati oleh masyarakat kerana berpengetahuan luas, bijak memecahkan persoalan, dan teliti ketika menganalisis sesuatu perkara yang berlaku dalam masyarakatnya. Isu hudud, misalnya, bukan sekadar hudud, tetapi diiring pemahaman dengan takzir, qisas dan diat. Tatkala hudud merujuk
Dewan Budaya » 2014 » August
pada waktu subuh ini. Selepas berjalan kira-kira 10 meter, terdapat jambatan batu yang menuju ke sebuah bangunan kuno. Inilah rumah kuno milik keluarga Pak Yu. Rumah ini besar dan luas dengan atapnya berwarna hitam dan dindingnya yang putih. Ketika pintu itu dibuka, saya seolah-olah seperti kembali ke zaman purbakala. Mata saya terpaku menatap ukiran yang diperbuat daripada kayu-kayan
Dewan Budaya » 2011 » December
turut menjadi pusat pengembangan Islam di kepulauan Nusantara. Melaka menjadi pelabuhan dan pusat perdagangan antarabangsa yang terkenal di serata pelosok dunia.Hatta di bawah pemerintahan sultanMelayu, tanah jajahan Melaka bertambah luas dan pengaruh mereka semakin kuat. Kedudukannya yang strategik di Selat Melaka menjadi salahsatu faktor kejayaan. Beratus-ratus orang pedagang memenuhi perairan pelabuhan. Selain itu terdapat juga 150 buah perahu kepunyaan
Dewan Budaya » 2012 » February
Melanau. Kuih ini menjadi kuih tradisional yang dihidangkan pada setiap kali musim perayaan. Dalam majlis perkahwinan, kuih Cina turut menjadi hidangan wajib kepada tetamu yang datang. Keenakan kuih Cina tersebar luas di Sarawak. Hal ini menjadikan banyak usahawan kuih Cina muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Hari ini produk kotej ini dijual dengan harga RM1 hingga RM2 sebungkus. Setiap bungkus mempunyai Ombak Rindu Melodrama di Tangan Osman Ali admin on February 5th, 2012 Oleh Fadli al-Akiti F ilem Ombak Rindu dibuka dengan beberapa montaj yang menjemukan, tetapi ditangkap dengan latar luas yang statik dan teliti. Dalam babak ini, gunung menjadi gunung dan awan menjadi awan. Kamera kemudiannya menangkap deruan ombak yang menderu dan membanting Maya Karin yang terkulai, patah hati di
Dewan Budaya » 2012 » December
dan peringatan Ilahi terhadap seluruh umat manusia yang merupakan komponen mewujudkan negara bangsa. Mauduk ini menyentuh peranan dan tanggung jawab nakhoda, menakhodai sebuah bahtera untuk mengharungi gelombang pelayaran di maya luas. Raja laksana nakhoda, negara bangsa laksana bahtera, laluan yang ditempuhi laksana gelombang pelayaran. Yang diperlukan, kebijaksanaan dan kearifan nakhoda, melayari bahtera dalam keadaan padu dan selamat agar tidak tenggelam dalam
Dewan Budaya » 2013 » September
pendapat, idea, dan pemikiran yang benar.Tidak semua orang muda pergi merempit atau hidup berkeliaran menagih dadah.Sindrom mengenepikan idea dan pandangan orang muda telah menyebabkan wujud jurang perbezaan yang luas terhadap persepsi asal usul sejarah bahkan pengiktirafan pada kebudayaan asal penduduk negara ini. Ilusi manusia yang berumur setengah abad terhadap dirinya yang berasa sentiasa benar menghanyutkan bahtera negara yang sentiasa
Dewan Budaya » 2014 » October
Walau bagaimanapun, pilihan raya umum ke-13 mengubah landskap sosiopolitik di negara ini. Dengan peningkatan celik politik dan penggunaan media sosial, terutama dalam kalangan generasi muda, ruang awam semakin terbuka luas, sekali gus memberikan cabaran kepada usaha untuk mewujudkan hubungan etnik yang harmoni, aman dan damai. Sekali-sekala seolah-olah kesepaduan dan perpaduan tercabar dan bergolak. Bersatu teguh bercerai roboh. Perpaduan
Dewan Budaya » 2016 » January
berpotensi menggegarkan dunia! Itulah senario yang berlaku tentang perubahan generasi baharu yang turut menuntut budaya baharu dalam pelbagai aspek kehidupan dan keperluan. Generasi ini memacu destinasi dan bukan dipacu, berpandangan luas dan bukannya sempit, sentiasa maju dan bukannya terperangkap di sesuatu tempat. Yang menariknya, apabila generasi itu bergerak dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi seperti sekarang, iaitu perubahan zaman
Dewan Budaya » 2017 » June
tersebut sekadar datang untuk membuang masa dan hanya “menternak” lemak. Memang jauh sekali untuk mengatakan bahawa rakyat Malaysia malas mengeluarkan peluh apabila melihat keadaan betapa penuhnya kawasan letak kereta yang luas di taman rekreasi itu tadi. **** Artikel ini dipetik dari Dewan Budaya Bil.6 2017 Posted in: Uncategorized 0 Comments Budaya Pemakanan Sihat Menjamin Kesihatan admin on June 2nd, 2017 Teks
Dewan Budaya » Nota Editor
baru penulis ini kenali sejak empat bulan yang lalu. Walaupun telah lama mengenali Muhammad, memang tidak disangka dan dijangka bahawa sahabat penulis ini akan menjadi insan yang mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang gendang Pahang. Muhammad memang meminati muzik sejak bangku sekolah. Beliau dram major pancaragam sekolah. Beliau mendampingi Abdul Razak Shafie, guru muzik sekolah. Beliau mampu menulis not muzik
Dewan Budaya » 2012 » March
dicat putih. Rumah asal ini sudah mula diganti oleh rumah yang separuh simen, seperti di selatan. Sangat jelas pergelutan sengit penduduk untuk menangkap masa kini dan masa hadapan. Peluang terbuka luas, walaupun sedikit serebeh dan saingannya cukup sengit dan dasar. Rezekinya juga kelihatan bersifat “kais pagi makan pagi”. Sesiapa sahaja boleh menangkap peluang yang lewat di depannya, menjinakkannya hingga menjadi ruang
Dewan Budaya » 2013 » March
berusaha menggunakan bahasa yang paling mudah untuk difahami bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan. Hal ini demikian kerana bahasa amat penting untuk kita bercerita tentang budaya, dan kita juga perlu luas pengetahuan tentang dialek tempatan bagi memudahkan komunikasi.Seperti “pak cik” nilai murni tersebut pasti telah membudaya dalam diri. - Abdul Ghani Abu *** Rencana ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Mac
Dewan Budaya » 2014 » June
Institusi “api dari suatu zaman, kesaktian lidah rakyat” itu akan terus mendukung citra sebagai ejen pembangunan tamadun bangsa dalam bahasa Melayu. DBP laksana laksamana yang mengemudikan armada di samudera yang luas terhampar. Dirgahayu, DBP! Armin Azhari Saleh Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Jun 2014. Posted in: Nota Editor • Carian • Video Promosi Pelancaran Majalah Dewan Tamadun Islam pada 14
Dewan Budaya » 2015 » July
dapat dipisahkan daripada budaya. Budaya dijual melalui kegiatan pelancongan dan kerap kali yang ditonjolkan ialah budaya yang serasi dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Budaya Malaysia mula didedahkan kepada khalayak yang lebih luas melalui kegiatan pelancongan, termasuk dengan mempersembahkan kebudayaan kebangsaan di pentas antarabangsa. Syarikat Penerbangan Malaysia dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, misalnya, pernah mengadakan persembahan budaya di pelbagai kota dunia, termasuk di
Dewan Budaya » 2017 » March
baru penulis ini kenali sejak empat bulan yang lalu. Walaupun telah lama mengenali Muhammad, memang tidak disangka dan dijangka bahawa sahabat penulis ini akan menjadi insan yang mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang gendang Pahang. Muhammad memang meminati muzik sejak bangku sekolah. Beliau dram major pancaragam sekolah. Beliau mendampingi Abdul Razak Shafie, guru muzik sekolah. Beliau mampu menulis not muzik
Dewan Budaya » 2018 » July
pagi yang cerah. Rumah peladang berbaris di jalan dan setelah itu bukit dan hutan pula yang menyambung kehadiran dan hayatnya. Kami seharian di hutan simpan UNESCO Plitvice, sebuah taman yang luas dan luar biasa. Tiada kota yang dikejar pada hari ini, tetapi inilah peluang untuk memasuki secara rasmi sebuah hutan UNESCO yang tinggi di bukit dan dihiasi oleh beberapa buah tasik

Kembali ke atas