Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.ruh] | لوروه

Definisi : gugur kerana sudah masak (buah­buahan), gugur kerana sampai masanya (daun, bulu, dll); musim ~ musim daun gugur; ~ upih pergam datang, suruh putih hitam datang prb lain yg dihajati, lain yg didapat; berluruhan luruh banyak-banyak, luruh di sana sini, berguguran: daun-daun ~ pd musim gugur; meluruh 1. bertukar bulu (ayam dll), me­ranggas; 2. gugur pd musim luruh (daun), meranggas; meluruhkan menyebabkan luruh, menggugur­kan, meranggaskan: tiupan angin yg kencang ~ daun-daun pokok di kawasan itu; luruhan sesuatu yg luruh, guguran: “Nenek, kita ke rumah sakit ya,” ucap Nadira dlm ~ air mata; keluruhan kejadian luruh: ramai orang percaya bahawa bahan itu boleh menyebab­kan ~ rambut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.ruh] | لوروه

Definisi : sl daerah, jajahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
luruh (kata kerja)
Bersinonim dengan gugur, jatuh, terlerai, terlerah, tanggal, terkelupas, meranggas, lurut, rurut, ruruh, rontok, runtuh, reges, reras, laras;,
Kata Terbitan : berluruhan, meluruhkan,

Puisi
 

Pisang emas luruh digoyang,
     Dijolokdengan ranting habu;
Adik emas saya loyang,
     Masakan mahu berkinca bahu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Pelepah bawah luruh,
     pelepah atas jangan gelak.

Bermaksud :

Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POKOK DAUN LURUH

Pokok daun luruh ialah nama bagi mana-mana

pokok yang daunnya luruh pada masa tertentu

setiap tahun dan kemudian tumbuh daun baru. Di

kawasan sederhana di utara, kebanyakan pokok

daun luruh gugur daunnya pada musim luruh.

Ranting dan dahan akan tinggal gondol sepanjang

musim sejuk. Pada musim bunga berikutnya,

tumbuh daun baru berwarna hijau pada pokok.

Sebelum daun mati, bahan makanan yang

terkandung dalam daun diserapkan semula kepada

ranting dan dahan. Di situ, ia disimpan dan

digunakan pada musim bunga berikutnya. Pokok

daun luruh biasanya mempunyai daun yang lebar.

Pokok demikian termasuk ash, bic, birch, mapel

dan oak. Pokok larch adalah pokok daun luruh

yang biasa yang mempunyai daun jejarum.

UMUM 
MUSIM LURUH

Musim luruh ialah musim di antara musim panas

dengan musim sejuk. Hemisfera Utara yang meliputi

separuh bahagian utara bumi mempunyai cuaca

musim luruh dari akhir bulan September, Oktober

dan November. Cuaca musim luruh tidak lama di

kawasan kutub, tempat yang cuaca musim sejuknya

benar-benar sejuk bermula lebih awal. Di kawasan

tropika, terdapat sedikit kelainan musim atau tiada

kelainan musim. Hemisfera Selatan mempunyai

musim luruh dari bulan Mac hingga awal Jun. Untuk

tarikh hari pertama musim luruh, dan untuk

maklumat tentang kedudukan bumi dan matahari

semasa musim luruh, lihat Musim.

UMUM 
HUTAN DAUN LURUH SEDERHANA

Hutan daun luruh sederhana ialah hutan yang kebanyakannya terdiri daripada tumbuhan yang menggugurkan daunnya pada musim tertentu.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIFlora dan Fauna
LIKUIDAMBAR

Likuidambar ialah nama empat spesies pokok

daun luruh yang mempunyai daun bak daun

mapel yang bertukar warna menjadi terang pada

musim luruh. Likuidambar terdapat di Asia dan

Amerika Utara.

UMUM 
POKOK KARANG

Pokok karang juga dikenali sebagai kacang

karang , ialah nama bagi lebih daripada 100

spesies pokok dan pokok renek yang tumbuh di

kawasan tropika dan separa tropika di seluruh

dunia. Kebanyakan pokok karang adalah pokok

daun luruh – iaitu, daunnya luruh dan daun baru

tumbuh setiap tahun.

UMUM 
MUSIM

Musim ialah satu daripada empat tempoh dalam

setahun. Setiap musim – bunga, panas, luruh, dan

sejuk – berlangsung kira-kira tiga bulan dan

membawa perubahan suhu, cuaca, dan panjang

waktu siang.

UMUM 
RINITIS ALERGI

Rinitis alergi ialah alahan yang selalu berlaku

pada musim bunga, musim panas dan musim

luruh.

UMUM 
PERISTIWA TRENT

Peristiwa Trent ialah peristiwa tentera laut

pada tahun pertama Perang Saudara Amerika. Ia

hampir mengheret England dalam konflik di

Selatan. Pada musim luruh tahun 1861, dua orang

pegawai yang mewakili pihak Gabungan , James M.

Mason dan John Slidell belayar ke Eropah dengan

misi mendapatkan bantuan Perancis dan England

yang berkecuali agar membantu pihak Selatan.

Oleh sebab kapal-kapal pihak Utara mengepung

pelabuhan-pelabuhan Selatan, mereka terpaksa

menaiki kapal British, iaitu Trenc di Havana, Cuba .

Charles Wilkes, komander U.S.S. San Jacinto

menahan kapal British itu tanpa arahan untuk

berbuat demikian. Dia menangkap Mason dan

Slidell dan dibawa ke Boston, Massachusetts.

Tindakan ini mencabuli prinsip kebebasan di

lautan kerana England adalah negara berkecuali.

UMUM 
SAFRON

Safron ialah pewarna kuning terang dan perisa

makanan. Ia dihasilkan dengan mengeringkan stigma

dan sebahagian daripada stail krokus ungu musim

luruh yang dikenali secara saintifik sebagai Crocus

Satirus (lihat Krokus ). (Stigma dan stail adalah

bahagian bunga yang mengandungi biji). Lebih

kurang 4000 bunga menghasilkan kira-kira 28 gram

safron komersial. Safron mempunyai bau yang

harum, tetapi rasa yang pahit. Ia digunakan dalam

masakan dan untuk memperisa dan

mewarnakan gula-gula. Penduduk di Eropah dan

India menggunakannya untuk memperasa pelbagai

makanan.

UMUM 
YUCCA

Yucca ialah nama sekumpulan kira-kira 40

spesies pokok renek atau pokok dalam famili

agave. Pokok yucca mempunyai rupa yang

menonjol. Yucca ialah pokok malar hijau, iaitu

daunnya tidak luruh setiap tahun.

UMUM 
12

Kembali ke atas