Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.ruh] | لوروه

Definisi : gugur kerana sudah masak (buah­buahan), gugur kerana sampai masanya (daun, bulu, dll); musim ~ musim daun gugur; ~ upih pergam datang, suruh putih hitam datang prb lain yg dihajati, lain yg didapat; berluruhan luruh banyak-banyak, luruh di sana sini, berguguran: daun-daun ~ pd musim gugur; meluruh 1. bertukar bulu (ayam dll), me­ranggas; 2. gugur pd musim luruh (daun), meranggas; meluruhkan menyebabkan luruh, menggugur­kan, meranggaskan: tiupan angin yg kencang ~ daun-daun pokok di kawasan itu; luruhan sesuatu yg luruh, guguran: “Nenek, kita ke rumah sakit ya,” ucap Nadira dlm ~ air mata; keluruhan kejadian luruh: ramai orang percaya bahawa bahan itu boleh menyebab­kan ~ rambut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.ruh] | لوروه

Definisi : sl daerah, jajahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
luruh (kata kerja)
Bersinonim dengan gugur, jatuh, terlerai, terlerah, tanggal, terkelupas, meranggas, lurut, rurut, ruruh, rontok, runtuh, reges, reras, laras;,
Kata Terbitan : berluruhan, meluruhkan,

Puisi
 

Pisang emas luruh digoyang,
     Dijolokdengan ranting habu;
Adik emas saya loyang,
     Masakan mahu berkinca bahu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Pelepah bawah luruh,
     pelepah atas jangan gelak.

Bermaksud :

Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Phytophthora leaf fallluruh daun PhytophthoraBiologiPatologiPenyakit pokok getah yang menunjukkan gejala luruh daun yang disebabkan oleh Glomerella cingilata dan Oidium hevea. Penyakit ini menyerang terutama sekali pada daun muda yang baru tumbuh setelah musim luruh yang sebenar pada musim kering. Daun yang terserang akan mati dan luruh. Oleh itu penyakit ini dinamakn luruh daun sekunder, untuk membezakannya dengan luruh daun yang sebenar pada musim kering.
sloughingluruhKejuruteraanTiada2. Luruh: Pemindahan lendir atau selaput yang melekat pada bahantara turas biologi.
abnormal leaf fallluruh daun tak normalBiologiPatologiPenyakit yang dicirikan dengan luruhnya daun secara luar biasa, kerana daun tersebut masih nampak hijau akibat terbentuknya lapisan luruh antara pangkal petiol dengan ranting. Contohnya ialah penyakit pada pokok getah yang disebabkan oleh kulat Phytophthora botruosa. Oleh itu, kadang-kadang penyakit ini dinamakan juga sebagai luruh daun Phytophthora.
autumnmusim luruhGeografiTiadaTempoh perantaraan di antara ekuinok musim luruh dan solstis musim sejuk.
mixed deciduous foresthutan campur daun luruhGeografiTiadaHutan daun luruh yang mengandungi pelbagai spesies.
autumn maximummaksimum musim luruhGeografiTiadaTempoh masa di mana kesan musim luruh adalah sangat ketara iaitu di Hemisfera Utara pada bulan Oktober dan di Hemisfera Selatan pada bulan April.
celestial longitudelongitud cakerawalaMatematikTiada1. Jarak sudut di timur ekuinoks musim luruh di sepanjang ekliptik - arka ekliptik atau sudut di kutub di antara bulatan latitud ekuinoks musim luruh dengan bulatan latitud pada titik di sfera samawi yang diukur ke timur dari bulatan latitud ekuinoks musim luruh melalui 360 darjah.
autumn-sown cerealbijirin semaian musim luruhGeografiTiadaBijiran yang disemai pada musim luruh seperti gandum dan barli.
fall turnoverpusing balik musim luruhKejuruteraanTiadaPencampuran lengkap air tasik yang berlaku dalam musim luruh kerana suhu dan ketumpatan air adalah seragam dari atas ke bawah.
fall overturnpusing balik musim luruhKejuruteraanTiadaPencampuran lengkap air tasik yang berlaku dalam musim luruh kerana suhu dan ketumpatan air adalah seragam dari atas ke bawah.
1234567

Kembali ke atas