Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.ruh] | لوروه

Definisi : gugur kerana sudah masak (buah­buahan), gugur kerana sampai masanya (daun, bulu, dll); musim ~ musim daun gugur; ~ upih pergam datang, suruh putih hitam datang prb lain yg dihajati, lain yg didapat; berluruhan luruh banyak-banyak, luruh di sana sini, berguguran: daun-daun ~ pd musim gugur; meluruh 1. bertukar bulu (ayam dll), me­ranggas; 2. gugur pd musim luruh (daun), meranggas; meluruhkan menyebabkan luruh, menggugur­kan, meranggaskan: tiupan angin yg kencang ~ daun-daun pokok di kawasan itu; luruhan sesuatu yg luruh, guguran: “Nenek, kita ke rumah sakit ya,” ucap Nadira dlm ~ air mata; keluruhan kejadian luruh: ramai orang percaya bahawa bahan itu boleh menyebab­kan ~ rambut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.ruh] | لوروه

Definisi : sl daerah, jajahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
luruh (kata kerja)
Bersinonim dengan gugur, jatuh, terlerai, terlerah, tanggal, terkelupas, meranggas, lurut, rurut, ruruh, rontok, runtuh, reges, reras, laras;,
Kata Terbitan : berluruhan, meluruhkan,

Puisi
 

Pisang emas luruh digoyang,
     Dijolokdengan ranting habu;
Adik emas saya loyang,
     Masakan mahu berkinca bahu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Pelepah bawah luruh,
     pelepah atas jangan gelak.

Bermaksud :

Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Luruh upih pergam datang; suruh putih hitam datang.Lain yang dihajatkan lain yang diperoleh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak.Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana buah masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri.Orang tua yang sudah uzur sewaktu-waktu mungkin mendapat sakit berat. lum = ranum.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langkas buah papaya.Suatu perkara yang mustahil. langkas = luruh kerana terlampau masak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dulu rampak rimbun daun, kini 'lah sangat merarasi.Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk. raras = gugur, luruh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas