Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.ruh] | لوروه

Definisi : gugur kerana sudah masak (buah­buahan), gugur kerana sampai masanya (daun, bulu, dll); musim ~ musim daun gugur; ~ upih pergam datang, suruh putih hitam datang prb lain yg dihajati, lain yg didapat; berluruhan luruh banyak-banyak, luruh di sana sini, berguguran: daun-daun ~ pd musim gugur; meluruh 1. bertukar bulu (ayam dll), me­ranggas; 2. gugur pd musim luruh (daun), meranggas; meluruhkan menyebabkan luruh, menggugur­kan, meranggaskan: tiupan angin yg kencang ~ daun-daun pokok di kawasan itu; luruhan sesuatu yg luruh, guguran: “Nenek, kita ke rumah sakit ya,” ucap Nadira dlm ~ air mata; keluruhan kejadian luruh: ramai orang percaya bahawa bahan itu boleh menyebab­kan ~ rambut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.ruh] | لوروه

Definisi : sl daerah, jajahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
luruh (kata kerja)
Bersinonim dengan gugur, jatuh, terlerai, terlerah, tanggal, terkelupas, meranggas, lurut, rurut, ruruh, rontok, runtuh, reges, reras, laras;,
Kata Terbitan : berluruhan, meluruhkan,

Puisi
 

Pisang emas luruh digoyang,
     Dijolokdengan ranting habu;
Adik emas saya loyang,
     Masakan mahu berkinca bahu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Pelepah bawah luruh,
     pelepah atas jangan gelak.

Bermaksud :

Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fall foliagedaun musim gugurLandskapTiadaDedaun yang berubah warna sebelum luruh pada musim gugur.
flower fadingkelunturan bungaBotaniTiadaKeadaan yang berlaku selepas pendebungaan, iaitu bunga menjadi layu dan luruh. Keadaan ini berlaku akibat pengalihan bahan larut daripada bahagian bunga ke bahagian ovari berserta dengan kehilangan air yang cepat.
autumn plantingtanaman musim gugurLandskapTiadaTanaman yang ditanam pada musim gugur. Tanaman ini mempunyai daun yang berubah warna dan akan luruh keseluruhannya sehingga meninggalkan ranting dan dahan sahaja pada musim gugur dan sejuk.
autumn plantingtanaman musim gugurLandskapTiadaTanaman yang ditanam pada musim gugur. Tanaman ini mempunyai daun yang berubah warna dan akan luruh keseluruhannya sehingga meninggalkan ranting dan dahan sahaja pada musim gugur dan sejuk.
xantophyllxantofilBiologiHistologi dan SitologiPigmen kuning atau karotinoid perang yang biasanya didapati bersama dengan karotin tumbuh-tumbuhan. Pigmen inilah yang mewarnakan daun tumbuh-tumbuhan berdaun luruh yang tua dan gugur.
antarctic airudara antartikMeteorologiMeteorologi PerhubunganJisim udara yang sejuk dan kering pada sepanjang musim yang berasal dari benua Antartika. Udara antartik lebih sejuk di permukaan bumi pada semua musim dan lebih sejuk pada semua aras pada musim luruh dan musim sejuk berbanding dengan udara artik. Kadangkala udara ini disebut sebagai udara kutub benua.
charcoal rotbusuk arangKimiaTiadaPenyakit, misalnya pada kapas yang disebabkan oleh kulat Macrophomina phaseolina. Gejala ialah layu mendadak yang menyeluruh pada daun yang sudah tua dan berkembang ke atas, kemudian diikuti dengan perubahan warna menjadi kuning dan luruh. Batangnya hitam seperti arang dan akhirnya pokok mati. Sering terdapat bintik hitam pada bahagian terjangkit yang merupakan jasad buah kulat tersebut.
peridermperidermaBiologiHistologi dan Sitologi1. Lapisan pelindung tisu sekunder yang terbentuk di dalam lapisan epidermis atau suberpedermis batang, akar dan organ-organ lain tumbuh-tumbuhan. Lapisan ini biasanya terdapat sepanjang organ dan disertai dengan lapisan tisu yang hampir sama dan terletak ke dalam sedikit. Lapisan ini terdiri daripada lapisan pemula (di tengah), lapisan parenkima dalaman dan lapisan gabus luaran. 2. Lapisan luar epidermis fetus yang bersel dan akan luruh sebelum bayi dilahirkan. epitrikium. 3. Lapisan kitin dan perisarka yang terdapat pada sesetengah hidrozoon. 4. Kutikel (eponikium dan hiponikium) yang kekal pada bayi setelah dilahirkan.

Kembali ke atas