Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hal] | ماهل

Definisi : 1. tinggi harganya, lwn murah: kain jenis itu memang ~; 2. susah hendak men­dapatnya, sukar, tidak mudah, jarang ada: dlm negeri Melaka terlalulah ~ orang yg tahu menulis dan mengarang barang suatu; ~ dibeli, sukar dicari = ~ tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta prb sesuatu yg sangat sukar diperoleh; memahalkan 1. membuat (menjadikan) mahal, menaikkan harga; 2. meletakkan harga yg terlalu tinggi (lebih drpd sepatutnya), meng­hargai lebih drpd sepatutnya; kemahalan 1. kenaikan harga (barang-barang dll), masa barang-barang mahal; 2. bp terlalu mahal; tunjangan ~ Id tambahan kpd gaji disebabkan harga barang-barang mahal; pemahal yg menyebabkan jadi mahal: Ramlah tidak mempedulikan keindahan rupanya kalau hanya sekadar ~ harga dirinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mahal (adjektif)
Bersinonim dengan tinggi, melambung, menjulang, meningkat, naik;,
Kata Terbitan : memahalkan, kemahalan,

Puisi
 

Bukanlah mahal harga perabot,
     Tidak ternilai tinggi harganya;
Harta orang jangan direbut,
     Kalau direbut buruk padahnya.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

554

There's no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Lain mangkuk lain cawan.

I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan lain mangkuk lain cawan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(31)

Majalah

Dewan Budaya » 2013 » July
hujan” biasanya dikaitkan dengan fenomena cuaca. Hari “hujan” bagi tahun ini telah jatuh pada 18 Februari yang lalu. Di China, terdapat pepatah yang berbunyi, “Harga air hujan musim bunga lebih mahal daripada minyak”.Air hujan pada awal musim bunga sangat bernilai bagi kaum petani. Serangga Terjaga “Serangga Terjaga” merupakan penggal ketiga dalam kalendar “24 Musim” selepas “hujan”.Hari pertama penggal tersebut
Dewan Budaya » 2014 » December
yang diletakkan untuk sekeping duit syiling negara ini keluaran tahun 1969 yang dijual kepada seorang pengumpul barangan lama di Singapura. Bagi orang biasa, harga itu mungkin tidak masuk akal. Sudahlah mahal, dijual pula di tempat yang tidak langsung difikirkan oleh akal akan harganya. Mungkin bagi orang biasa, memang hal ini dikatakan tidak berbaloi! Namun demikian, bagi penggemarnya, itulah nilai yang sewajarnya
Dewan Budaya » 2015 » September
KPDNKK) menerusi penyebarluasan sensitiviti terhadap hak pengguna. Sedih dan malangnya, usaha ini seolah-olah gagal. Maka tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa walaupun pengguna terpaksa membayar perubahan ini dengan harga yang mahal, sekurang-kurangnya dari satu sisi yang kecil, besar impaknya, iaitu hak pengguna yang berhubung dengan peniaga dapat diangkat dan difahami dengan lebih baik. Hal ini penting supaya peniaga tidak sewenang
Dewan Budaya » 2017 » March
Pahang, atau lebih dikenali sebagai gendang tetawak, tidak lagi mendapat sambutan. Oleh itu, kepentingan dan kehebatannya mula dilupakan. Ada kemungkinan juga bahawa seni persembahan gendang Pahang ini terlalu eksklusif sehingga “mahal” untuk diadakan. Gendang Pahang pernah menjadi alat tradisional yang masyhur di Pahang. Pada suatu ketika dahulu, dipercayai bahawa golongan istana sendiri yang mempelajari dan memainkan gendang Pahang. Dari istana sehingga
Dewan Masyarakat | Ekspresi Putu
dilakukan 15 hari selepas kematian) memberikan kesan yang sangat besar kepada kehidupannya. Di kampungnya di Bali, keluarga Putu sangat dihormati dan merupakan keluarga yang elit – rumah besar dan dilengkapi perabot mahal. Putu berkata, “Saya masih ingat ketika zaman kanak-kanak, tatkala saya berjalan melewati gerai-gerai di tepi jalan di sekitar kampung saya, sering kali para peniaga gerai tersebut membenarkan saya
Dewan Budaya » 2014 » April
Tembok Besar menjadi lambang bangsa China. Sejarah yang begitu lama dan projek yang begitu besar menjadikan Tembok Besar sebagai keajaiban dunia yang sama terkenal dengan piramid di Mesir dan Taj Mahal di India. Tembok Besar China mula dibina pada abad kesembilan sebelum Masihi. Untuk menghalang pencerobohan kaum di bahagian utara, pemerintah di kawasan tengah China pada waktu itu telah membina tembok

Kembali ke atas