Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hal] | ماهل

Definisi : 1. tinggi harganya, lwn murah: kain jenis itu memang ~; 2. susah hendak men­dapatnya, sukar, tidak mudah, jarang ada: dlm negeri Melaka terlalulah ~ orang yg tahu menulis dan mengarang barang suatu; ~ dibeli, sukar dicari = ~ tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta prb sesuatu yg sangat sukar diperoleh; memahalkan 1. membuat (menjadikan) mahal, menaikkan harga; 2. meletakkan harga yg terlalu tinggi (lebih drpd sepatutnya), meng­hargai lebih drpd sepatutnya; kemahalan 1. kenaikan harga (barang-barang dll), masa barang-barang mahal; 2. bp terlalu mahal; tunjangan ~ Id tambahan kpd gaji disebabkan harga barang-barang mahal; pemahal yg menyebabkan jadi mahal: Ramlah tidak mempedulikan keindahan rupanya kalau hanya sekadar ~ harga dirinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mahal (adjektif)
Bersinonim dengan tinggi, melambung, menjulang, meningkat, naik;,
Kata Terbitan : memahalkan, kemahalan,

Puisi
 

Bukanlah mahal harga perabot,
     Tidak ternilai tinggi harganya;
Harta orang jangan direbut,
     Kalau direbut buruk padahnya.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Semahal-mahal gading,
     kalau patah tiada berharga.

Bermaksud :

Betapa pun tinggi kemuliaan seseorang itu kalau sekali telah berbuat jahat akan turunlah derajatnya (darjatnya), tak dipedulikan orang lagi.

 

Lihat selanjutnya...(14)

554

There's no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Lain mangkuk lain cawan.

I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan lain mangkuk lain cawan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(31)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
expensive searchcarian mahalKejuruteraanTiadaTiada
bootleg wageupah mahal paksaPentadbiranTiadaBayaran upah yang lebih tinggi daripada kadar pasaran kepada pekerja semasa pasaran burh genting semata-mata untuk menarik dan mengekalkan pekeja mahir.
allegoryalegoriKesenianSeni BinaLuahan idea secara halus atau kiasan dalam bentuk seni. Idea dan ekspresi seni ini diluahkan dalam bentuk penghasilan arca, monumen, lukisan atau ukiran yang bermotifkan flora dan fauna. Contohnya, bangunan Taj Mahal dibina untuk melambangkan kasih sayang Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal yang diluahkan dalam bentuk monumen.
thin clientpelanggan kecilTeknologi MaklumatTiadaStesen kerja yang tidak mahal dan menyerupai terminal dungu.
vacuum metallizingpelogaman vakumKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah penyaduran wap (bahan pengalir yang mahal sahaja, seperti emas dan perak) untuk tujuan penyambungan pada papan litar elektronik dalam keadaan vakum.
catalyst supportpenampung mangkinKejuruteraanKejuruteraan KimiaBahan lengai sebagai dasar untuk meletakkan mangkin yang mahal pada keluasan tertentu untuk kegunaan yang berkesan serta meningkatkan kekuatan mekanikalnya.
sinking fund stampssetem dana terikatPentadbiran PerniagaanTiadaSetem pos yang dijual dengan mengenakan harga yang lebih mahal daripada bayaran biasa dengan tujuan untuk menjelaskan hutang negara.
executive giftshadiah eksekutifKomunikasiTiadaIklan yang ditujukan khusus kepada pengguna industri dan biasanya iklan ini lebih mahal daripada iklan pengguna biasa.
Moghul gardentaman MoghulLandskapTiadaKawasan berlandskap yang bercirikan reka bentuk landskap orang Moghul India. Contohnya, Taj Mahal dan Taman Cahaya Bulan di India.
Moghul gardentaman MoghulLandskapTiadaKawasan berlandskap yang bercirikan reka bentuk landskap orang Moghul India. Contohnya, Taj Mahal dan Taman Cahaya Bulan di India.
1234

Kembali ke atas