Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ha.ra.ni] | مهاراني

Definisi : raja perempuan; permaisuri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.ha.ra.ni] | مهاراني

Definisi : sl raja perempuan, ratu, permaisuri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
maharani
Rujuk :permaisuri


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAHARANI AND COMPANY

MAHARANI AND COMPANY, antara syarikat kerjasama Melayu yang terawal. Syarikat kerjasama ini telah ditubuhkan pada tahun 1925 oleh sekumpulan orang Melayu Muar, Johor. Syarikat kerjasama mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1921. Pada tahun 1922, satu enakmen koperasi telah digubal di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Berasaskan enakmen ini, Undang-undang Koperasi bagi negeri-negeri lain juga telah digubal.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MARIA THERESA

Maria Theresa (1717–1780) ialah maharani Rom

Holy, permaisuri Hungary dan Bohemia, dan

archduchess Austria.

UMUM 
KELUARGA DIRAJA

Keluarga diraja ialah anggota keluarga raja

berperlembagaan yang memerintah, – iaitu raja,

ratu, maharaja, maharani, sultan, amir, atau raja

berdaulat yang lain. Keluarga diraja dianggotai oleh

seorang raja yang berkuasa dalam sebuah negara,

dan juga anggota keluarganya yang terdekat – isteri

atau suami, anak, cucu, adik-beradik dan ibu bapa.

Keluarga diraja tidak semestinya sama dengan

keluarga pemerintah sesebuah negara (mereka

yang berkuasa ke atas sesebuah kerajaan). Di

kebanyakan negara – United Kingdom contohnya–

raja adalah ketua negara tetapi tidak memainkan

sebarang peranan dalam pentadbiran kerajaan.

Sesetengah keluarga pemerintah yang menguasai

kerajaan pula tidak semestinya berdarah raja.

Contohnya, keluarga pemerintah negara Kuwait

bukanlah berdarah raja. Keluarga sebegini biasanya

tidak mempunyai asal usul dari keturunan

bangsawan sejak zaman nenek moyang lagi.

UMUM 
MOHAMED NOAH OMAR, TAN SRI

MOHAMED NOAH OMAR, Tan Sri (1897-1991), ahli politik, Speaker Dewan Rakyat yang pertama (1959-1964).  Dia lahir pada 18 Ogos 1897 di Bandar Maharani, Muar, Johor.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Maharani, Muar.  Kemudian dia menuntut di sekolah Arab al-Madrasah al-Arabiyah al-Khairiyah, Muar selama tiga tahun. Dia melanjutkan pelajarannya ke Timur Tengah, iaitu di Kolej al-Othmaniyah al-Islamiyah pada tahun 1914 dan Syrian Protestant College (kini University of Beirut) dari tahun 1914 hingga tahun 1919 hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NAKHODA TENGGANG

NAKHODA TENGGANG , cerita rakyat yang digolongkan dalam cerita dongeng teladan. Cerita ini dikenal juga dengan cerita “Si Tenggang”. Tarikh cerita ini tercipta tidak diketahui. Cerita ini berkembang dalam masyarakat Melayu secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Cerita Nakhoda Tenggang atau “Si  Tenggang” ini terdapat juga di beberapa negeri. Di Pahang, cerita ini dikatakan berlaku di Tasik Bera. Di Negeri Sembilan, cerita ini dikaitkan dengan Bukit Jong, berhampiran Seremban. Di Johor, cerita ini dikaitkan dengan Bukit Tereh, tidak jauh dari Bandar Maharani, Muar. Di Selangor, cerita ini dikaitkan dengan Batu Caves.

SASTERAKarya

Kembali ke atas