Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ju] | ماجو

Definisi : 1 bergerak atau melangkah ke hadapan; mara: Tuan-tuan sekalian dipersilakan ~ sedikit. 2 menjadi lebih baik keadaannya dll; bertambah elok; bertambah memuaskan: Kedainya makin ~. Dia ~ dlm pelajarannya. memajukan 1 menggerakkan atau menjalankan ke hadapan; menyorong ke hadapan; memarakan. 2 membuat supaya menjadi maju; menjadikan lebih baik atau lebih sempurna; memperbaik: Banyak sekali wang yg dikeluarkan utk ~ ilmu pengetahuan dan kesenian. 3 membawa sesuatu usul dll kpd pihak tertentu; mengemukakan: Mereka telah ~ tuntutan-tuntutan mereka kpd pihak majikan melalui kesatuan. kemajuan keadaan maju; ketinggian taraf dll. pemajuan usaha (kegiatan dsb) memajukan. pemaju orang (pihak dsb) yg memajukan: ~ perumahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.ju] | ماجو

Definisi : 1. bergerak ke muka, mara, melangkah ke hadapan, mengasak ke hadapan (tentera dll): guru menyuruh murid-murid yg bertutur itu supaya ~ sedikit; tentera Jepun sedang bergerak ~ ke selatan; 2. bertambah baik keadaannya (dlm pelajaran, perniagaan, dll): perusahaan Pak Ali kelihatannya ~; bagai-mana hendak ~ kalau engkau malas belajar; 3. tinggi tamadunnya (peradabannya, taraf hidupnya, dll): negeri-negeri yg telah ~ spt Jepun patut membantu negeri-negeri lain di Asia yg masih mundur; 4. Id lulus (dlm peperiksaan, ujian): siapa bilang aku ~ dlm ujian itu?; ~ mundur bertambah baik ataupun buruk, maju atau mundur; memajukan 1. menyorong (menolak, meng­gerakkan) ke hadapan: tolong majukan se-dikit tikar itu; 2. meninggikan (taraf hidup, ekonomi, dll), memperluas, memperkem­bangkan (perdagangan, perusahaan, ilmu pengetahuan, dll): kerajaan telah berjanji hendak ~ ekonomi rakyat di pantai Timur; segala langkah telah diambil utk ~ perusahaan kelapa sawit di negeri ini; 3. men­jadikan lebih baik (sempurna dll), membaiki, memperelokkan: ahli fizik bangsa Jerman, Planck, telah ~ teori kuantum dlm tahun 1910; 4. membawa ke tengah bantahan (usul, permintaan, dll) utk dipertimbangkan dsb, mengemukakan pendapat dsb: setelah diper-setujui oleh jemaah menteri barulah rang undang-undang itu dimajukan ke Parlimen utk dibahaskan; tuntutan yg dimajukan oleh kaum buruh ditolak oleh pihak majikan; 5. Id membuat supaya lulus (dlm peperiksaan), meluluskan; kemajuan perihal maju (taraf hidup dll): ~ yg tercapai dlm masa sepuluh tahun ini dapat dibanggakan; ~ material kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt kemajuan ekonomi); ~ rohaniah kemajuan yg berkaitan dgn aspek kero­hanian (spt etika, moral, dsb); pemajuan perihal atau perbuatan memaju­kan; pemaju orang (syarikat dsb) yg memajukan (membangunkan, mengusahakan, dsb) sesuatu kawasan (tanah dsb); ~ perumahan orang atau syarikat yg membina rumah kediaman, rumah kedai, dsb di sesuatu kawasan utk dijual kpd orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
maju
1. Bersinonim dengan membangun: makmur, kaya, moden, dinamik, berkembang, pesat, terkedepan, berjaya,
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

2. Bersinonim dengan bertambah baik
( meningkat, berkembang, berjaya, mencapai kejayaan, berhasil, beruntung, )
(adjektif:)
Berantonim dengan mundur

3. Bersinonim dengan mara
( bergerak ke depan, tampil ke depan, melangkah ke depan, mengasak ke depan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memajukan, kemajuan, pemaju,

Peribahasa

Hendak mara bedil bertinak,
     hendak undur gelar telah besar.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi. bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
progression of the monsoongerak maju monsunMeteorologiMeteorologi PerhubunganGerak maju jisim udara yang agak perlahan yang dibawa oleh moosun di satu kawasan yang besar.
Africa, Caribbean and Pacific (ACP))Afrika, Caribbean dan PasifikSains PolitikHubungan AntarabangsaPakatan negara-negara Afrika, Caribbean dan Pasifik yang memerlukan bantuan khas dan skim perdagangan istimewa daripada negara maju. Pembentukan rejim perdagangan dan bantuan khas negara maju khususnya Kesatuan Eropah terhadap ACP telah dimeterai di Yaound�, Cameroon dan Lome, Togo. Terma bantuan Kesatuan Eropah kepada negara ACP selari dengan konvensyen Lome keempat yang dimeterai pada tahun 1990. Namun demikian, kritikan yang kerap dibuat oleh anggota ACP ialah bantuan pembangunan yang dijanjikan oleh negara maju khususnya dalam menangani masalah kebuluran, pertumbuhan ekonomi dan memperbaik taraf sosial rakyat tidak mencapai matlamat. Sinonim ACP.
lead anglesudut majuMekanikGunaanSudut yang memberikan hubungan di antara majuan sesuatu skru dengan perimeter (ukur keliling) purata skru itu. sudut ini, q, diberikan oleh ungkapan, Tan q = L/2pr dengan L sebagai majuan skru dan r ialah jejari puratanya.
civilizationtamadunArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKeadaan hidup masyarakat yang bertambah maju. Tamadun berasal daripada perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar atau masyarakat yang mempunyai peradaban. Namun begitu, tidak semestinya peradaban merujuk kepada kemajuan yang dicapai di kota atau bandar semata-mata. Hal ini kerana peradaban manusia mempunyai tahap tertentu, iaitu peradaban rendah, primitif di desa dan peradaban tinggi di kota atau bandar. Contohnya, tamadun Yunani, tamadun Mesopotamia dan tamadun Rom. Sinonim peradaban.
eccentriceksentrikFizikMekanikBahagian jentera yang digunakan untuk menukar gerakan memutar kepada gerakan maju-mundur.
pumping unitunit pengepamanKejuruteraanPetroleumMesin yang memberikan gerakan bolak-balik, atau gerakan maju mundur atau gerakan penyilangan kepada rentetan rod penyedut yang dihubungkan ke pam sesaran positif yang terletak di dasar atau berdekatan dengan dasar telaga. Dalam hal ini, susunan rasuk yang digunakan biasanya digerakkan oleh engkol yang dihubungkan pula ke alat pengurang laju. Unit yang umumnya digunakan pada sistem pengepaman rod penyedut adalah unit pengepaman rasuk.
perjanjian tekstil dan pakaianagreement on textiles and clothingUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian yang menghapuskan secara berperingkat-peringkat kuota import terutamanya oleh negara maju terhadap import tekstil dan pakaian dari negara membangun. Perjanjian ini mengintegrasikan sistem kuota import tekstil dan pakaian dalam Perjanjian Multigentian (MFA) ke dalam Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT). Perjanjian tekstil dan pakaian berakhir secara automatik pada tahun 2005 apabila kuota import diganti dengan tarif dan sekatan bukan tarif berpandukan peraturan GATT. Perjanjian ini dilampirkan kepada Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan menjadi sebahagian daripada sistem Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD)Organisation of Economics Cooperation and Development (OECD)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh 35 buah negara perindustrian dan maju yang menerima demokrasi dan prinsip pasaran bebas. OECD menyelaraskan polisi ekonomi dan kewangan negara anggota agar mereka dapat meningkatkan peluang pekerjaan, menaikkan taraf hidup, mengekalkan kestabilan kewangan, membantu perkembangan kewangan negara-negara lain dan menyumbang kepada perkembangan perdagangan dunia.
sucker-rod pumppam rod penyedutKejuruteraanPetroleumSinonim : pam rod. Pam atau pasangan dalam lubang yang digunakan untuk membantu pengangkatan bendalir dari dalam lubang telaga ke permukaan dengan tindakan maju mundur atau penyalingan rentetan rod penyedut. Komponen dasarnya adalah pelocok, ceropong kerja, injap dan rentetan rod penyedut. Terdapat dua jenis pam rod penyedut, iaitu pam tetiub dan pam sisipan rod penyedut. Biasanya digunakan pada telaga pengeluaran yang tidak mampu lagi untuk mengeluarkan minyak dengan sendiri.
lathebinduPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAlat yang terdiri daripada gelendung yang berputar dan gerabak penghulur yang dilengkapi dengan mata pisau. Dalam penghasilan venir kupasan, balak yang dicengkam pada cuk gelendung berputar, mata pisau maju ke hadapan pada jarak yang ditentukan pada setiap putarannya. Jarak yang dipilih menentukan ketebalan venir yang dihasilkan.
123

Kembali ke atas