Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka] | مک

Definisi : 1 (kata utk memulakan sesuatu ayat yg bermaksud) setelah itu; lalu; dan: ~ pergilah mereka ke rumah orang tua itu. 2 kerana itu; oleh sebab itu: Kerana terlalu letih, ~ pergilah ia berehat di tebing sungai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.ka] | مک

Definisi : 1. sl lalu, sudah itu lalu, dan (dipakai utk memulakan ayat): ~ fakir namanya hikayat ini Sulatul-Salatin yakni peraturan segala raja-raja; apabila dilihatnya lanun-lanun sudah pergi semuanya, ~ pemuda itu pun keluarlah dr tempat bersembunyinya; 2. = ~ itu, ~nya = ~ dari itu sebab itu, kerana itu: kerana terlalu susah hidupnya, ~ terpaksa dia pindah ke tempat lain; 3. bahawa: itulah sebabnya ~ dia gagal dlm peperiksaan itu; 4. = ~nya dgn sebab itu: dgn bermain ombak dan membiasakan diri menempuh gelora itulah ~nya penyakit mabuk laut akan hilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
maka (kata tugas)
1. Bersinonim dengan lalu: sesudah itu, selepas itu, justeru itu, kemudian,

2. Bersinonim dengan bahawa: yang.


Puisi
 

Tukang emas bertukang gelang,
     Maka diukur dirangkainya;
Sedang erat digenggam orang,
     Adat hayat terungkainya.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Berteguran dulu maka berkenalan,
     mendaki dulu maka tahu lelah.

Bermaksud :

Setelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(90)

509

A rotten apple spoils the barrel

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnya

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(44)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Maka terhasillah cerita Sebuah Rumah Kaca...Hipani AlwiJendela SarawakTiada
Maka Pergilah AkuJaafar HasnyDewan Sastera1 January 2007
Maka Turunlah HalilintarAbu Zaki FadzilDewan Pelajar1 December 1979
Maka Kecubung Putih Itu Pun BerlaluKemalaDewan Sastera1 August 2008
Maka jadilah kita bahan ketawaNoor AzamMasa1 April 2006
Maka Tuhan BertanyaLeonid ZavalniukDewan Sastera1 August 1997
Maka Pantun Pun Dikarang OrangSiti Zaleha M. HashimDewan Budaya1 July 1998
MakaZahari HasibURTV15 June 2003
Maka lahirlah pedagang-pedagang dan dukun-dukun politik: (menyambutsidang agung UMNO yang ke 25)Noor AzamDewan Masyarakat15 June 1974
Maka Adam Adalah KenangankuAzizah Hj. SupardiDewan Siswa1 November 1984
123

Kembali ke atas